Buat penggemar fesyen terutamanya sudah pasti mengetahui tentang hasil kerja tangan dan seni yang cukup berkualiti datang dari negara Itali.
Salah sebuah jenama yang sinonim dengan penghasilan kasut dari negara tersebut, GEOX dikenali ramai kerana mampu memnyediakan pelbagai variasi gaya menarik.
Terbaru GEOX telah menampilkan koleksi Musim Luruh/Sejuk 23/24 dengan mempamerkan pelbagai jenis kasut untuk lelaki dan juga wanita. Mereka hadir dengan rekaan dan inspirasi menyatukan gaya dengan keselesaan dan teknologi yang inovatif.
Bagi keolski untuk lelaki, GEOX menampilkan pelbagai jenis kasut dengan menyelitkan gaya lelaki Itali.
Koleksi pada kali ini menonjolkan reka bentuk baharu dengan nilai estatik klasik yang dihasilkan daripada bahan premium, berinovatif dan mesra alam serta dipadankan dengan teknologi kebolehnafasan, kalis air dan thermo-regulation dari GEOX yang telah dipatenkan.
Sistem kusyen Spherica, berbentuk sfera ditapak luar, memanjang ke tali kasut, kasut loafer, kasut but buku lali dan kasut but Chelsea dibuat atas tapak lug dalam bentuk kulit atau kulit suede.
Kasut sneaker Cupsole didatangkan dengan pelbagai gaya termasuklah tali kasut elastik dan tapak luar yang tebal, dengan pilihan Econyl atau mikrofiber. Spherica Actif pula mengandungi getah neoprene dengan pilihan kemasan kulit nappa atau kulit suede menampakkan gaya yang anggun dan selesa.
Fluctis, antara ikon GEOX, mempamerkan gaya estetik dengan tapak berjenis cupsoles berwarna biru atau hijau tentera kulit nubuck dengan tapak luar kalis air yang selesa. Gaya tampalan kulit dan fabrik menambah keunikan untuk pilihan warna hitam atau coklat Cognac.
Koleksi ini juga termasuk kasut Derby bertali warna hitam atau coklat gelap, kasut but Chelsea dan kasut but buku lali yang sesuai untuk gaya formal. Gaya ini menggabungkan kombinasi gaya klasik estetika dengan keselesaan kasut sneaker, menggunakan tapak luar kalis air yang selesa.
Untuk musim sejuk, teknologi Amphibiox dari GEOX memastikan kalis air tahap maksimum dan selesa walaupun didalam cuaca yang teruk. Kasut high-top hybrid, yang diperbuat dari kulit anak lembu tumbled dan kulit dalam warna biru laut dan coklat Cognac, menggabungkan teknologi Amphibiox dan tapak luar Spherica.
Tapak luar Plus Grip meningkatkan kestabilan dan diketengahkan dalam running-style sneakers dan but buku lali berinspirasikan pendakian. Koleksi dilengkapkan dengan kasut but buku lali kasual dari kulit tumbled untuk gaya santai.
Manakala untuk koleksi wanita pula GEOX memperkenalkan koleksi yang bergaya dan mampu milik untuk wanita, digabungkan dengan keanggunan kontemporari dengan menggunakan bahan yang eksklusif dan kemasan yang terperinci. Koleksi ini menawarkan pelbagai jenis bentuk dan gaya untuk memenuhi permintaan wanita setiap hari dengan harga yang mampu milik.
Rangkaian Walk Pleasure mewakili gaya formaliti moden, menampilkan ikatan tali yang lebih maskulin, court shoes, kasut loafer, kasut but, dan kasut but buku lali. Diperbuat daripada brushed kulit hitam premium atau kulit suede, koleksi klasik ini dilengkapkan dengan kasut but tunggangan dengan kulit tumbled yang halus, boleh didapati sehingga ketinggian buku lali.
Selain itu pelakon popular yang juga pemenang Oscar, Penelope Cruz telah dilantik sebagai duta jenama sulung GEOX. Pengasas dan pengerusi GEOX, Mario Moretti Polegato mengangkat bintang ‘Vanilla Sky’ tersebut sebagai duta yang ideal untuk menyampaikan falsafah jenama mereka.
“Dia akan menyampaikan kedudukan jenama baharu kami kepada dunia kerana dia merangkumi evolusi gaya yang mengaburkan garis antara kecantikan, kesejahteraan dan keselesaan – falsafah pemenang yang sentiasa menyokong reka bentuk produk kami,” kata Polegato.
Ikon glamor terkenal itu akan memberikan keanggunannya kepada kempen global jenama kasut Itali itu, dibahagikan kepada dua fasa. Fasa pertama sejajar dengan koleksi Autumn-Winter 23-24 wanita, dengan fasa kedua khusus untuk musim Spring-Summer 24.
Sesetengah kasut but bercirikan tumit tinggi dan bermotif kulit buaya yang mewah, manakala kasut balet, kasut loafer bertumit rendah, dan kasut but buku lali baldu dalam palet warna Burgundy atau denim gelap, dihiasi dengan buckle logam berwarna keemasan. Kasut but buku lali menjadi tema sepanjang musim, dengan platform crepe yang fashion-forward muncul dengan pelbagai gaya.
Kasut dan pakaian luar GEOX akan berada di semua butik GEOX di Malaysia dan kedai atas talian rasmi GEOX di Shopee, Lazada dan Zalora.