Penduduk Di Kerala India Guna Payung Sebagai Teknik Penjarakan Sosial

Share

Penularan wabak COVID-19 masih lagi berlaku di peringkat global. Walaupun di beberapa negara termasuk Malaysia sudah mulai menunjukkan kesan positif selepas melakukan Perintah Kawalan Pergerakan namun perjuangan masih lebih belum selesai.

Malah warga semua terus diingatkan untuk melakukan penjarakan sosial dan sentiasa mengamalkan kebersihan diri dengan mencuci tangan dengan kerap.

Bagi sebuah negara yang memiliki kepadatan penduduk yang tinggi terutama di kawasan bandar seperti Kerala, India melakukan penjarakan sosial adalah satu usaha yang mencabar.

Selain menggunakan penututp hidup serta mencuci tangan penduduk di sebuah kampung di Kerala telah menemui satu teknik baru bagi memastikan penjarakan sosial diamalkan setiap masa.

Idea unik yang dilakukan di kampung bernama Thanneermukkom di Kerala merupakan sebuah inisiatif daripada Menteri Kewangan negerintya, T.M. Thomas Isaac.

Perkara tersebut dikongsi sendiri oleh beliau menerusi akauan Twitter kendaliannya.

“Untuk memastikan penjarakan sosial penduduk di Thanneermukkom di Alappuzha setiap orang mesti membawa payung ketika keluar rumah.

“Dua payung yang dibuka bersebelah secara tidak langsung memastikan pejarakan sosial sebanya satu meter dilakukan. Payung juga dieedarkan pada kadar subsidi,” jelasnya menerusi satu ciapan beserta sekeping foto di Twitter.

Bantuan dari badan kerajaan dengan memberi subsidi bagi penjualan payung di kedai-kedai koperasi serta menawarkan pelan pembayaran secara beransur bagi mereka yang tidak mampu.

Difahamkan juga sebanyak lebih kurang 12,000 payung bakal disalurkan kepada penduduk kampung berkenaan. Pengenalan teknik mengekang penularan COVID-19 di Kerala ini telah mendapat pujian dan perhatian daripada media antarabangsa dan masyarakat dunia.

Langkah-langkah serius oleh kerajaan tempatan di Kerala telah dilakukan dengan serius kes koronavirus pertama dikesan di negeri itu pada 30 Januari apabila seorang pelajar bidang perubatan pulang dari Wuhan, China.

Secara keseluruhan, India kini merekodkan sebanyak kira-kira 27,000 kes positif dan 826 angka kematian akibat COVID-19 setakat Ahad.

Published by
Farizul Izwany