Lelaki pemalu.

MASKULIN percaya di kalangan ahli keluarga, rakan-rakan dan kenalan anda pastinya akan ada seorang lelaki yang sukar sangat nak buka mulut atau dianggap pemalu.

Namun adakah pemalu itu sama dengan sifat introvert?

Tetapi apa itu introvert? Perkataan ini sering kita dengar bila berbicara tentang personaliti dan psikologi. Tapi apakah yang dimaksudkan dengan introvert?

Introvert itu sendiri asalnya daripada perkataan moden Latin iaitu introverte; intro – to the side dan vertere – to turn. Ia kini digunakan sebagai salah satu terminologi psikologi sejak awal kurun ke-20.

Karakter introvert

Kalau dalam maksud mudahnya mereka merupakan orang yang sangat ambil berat tentang pemikiran dan perasaan sendiri berbading hal-hal luaran.

IKLAN

Namun ramai yang salah anggap tentang lelaki yang memiliki karakter introvert. Berikut merupakan 10 mitos yang sering dikatikan dengan introvert.

MITOS 1: TAK GEMAR BERBUAL

“Pendiam Tapi Bukan Pemalu”, Ini 7 Mitos Tentang Lelaki Introvert Yang Sering Disalah Erti

Ini tidak benar sama sekali. Seseorang yang introvert hanya tidak suka bercakap melainkan mereka ada perkara yang dirasakan perlu sahaja. Mereka tak suka borak-borak kosong. Namun jika kena dengan subjek yang mereka suka mereka tak akan berhenti bercakap.

MITOS 2: PEMALU

“Pendiam Tapi Bukan Pemalu”, Ini 7 Mitos Tentang Lelaki Introvert Yang Sering Disalah Erti

IKLAN

Sebenarnya sikap pemalu tidak ada kaitan langsung dengan seseorang yang introvert. Malah mereka bukannya takut untuk berkomunikasi dengan orang lain. Apa yang mereka tekankan ialah sebab yang kukuh untuk berkomunikasi. Jika anda mahu berbual dengan seseorang introvert, apa yang penting harus teruskan berbual. Usah risau tentang rasa kekok dan menjadi sopan.

MITOS 3: KURANG AJAR

Salah satu mitos yang agak ekstrem. Jangan disebabkan mereka seorang yang agak reserve dan memilih untuk berbual perkara yang lebih penting tidak bermakna itu kurang ajar. Mereka hanya mahukan semua orang lebih jujur, terbuka dan menjadi diri sendiri.

BACA: Tip Pilih Pakaian Ikut Bentuk Tubuh Badan, Pastikan Pilih Yang Sesuai

IKLAN

MITOS 4: TAK SUKA ORANG

Ini tidak benar sama sekali. Individu introvert terutamanya sangat menghargai kawan-kawan baiknya. Mereka juga merupakan seorang yang sangat setia dan boleh diharap.

MITOS 5: KURANG GEMAR KELUAR

“Pendiam Tapi Bukan Pemalu”, Ini 7 Mitos Tentang Lelaki Introvert Yang Sering Disalah Erti

Another nonsense! Mereka hanya tidak suka berada di luar dalam tempoh yang lama kerana ia bukanlah satu keperluan dan menyenangkan. Mereka cepat serap maklumat dan faham dengan apa yang berlaku di sekekliling. Disebabkan itulah mereka tak perlukan masa yang lama untuk faham akan situasi.

MITOS 6: SERING BERSENDIRIAN

Percayalah rakan-rakan anda  yang introvert sangat selesa dengan gaya hidup mereka. Mereka memang banyak berfikir dan berangan-angan. Namun itu tak menghalang mereka untuk menyelesaikan apa jua masalah yang dihadapi.

MITOS 7: ORANG YANG PELIK

Persepsi yang sering dikaitkan dengan seseorang yang dianggap pendiam. Mereka tak suka ikut trend semata-mata atau menjadi pengikut membuta-tuli. Mungkin disebabkan itulah mereka dianggap pelik. Walhal hakikatnya mereka lebih senang melakukan hal sendiri.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI