“Your money is my money. My money is my money.” Itulah yang sering diungkapkan oleh para isteri yang telah mendirikan rumah tangga. Tak salah sebenarnya untuk berkongsi harta sepencarian, namun para isteri lebih memilih jalan sebegitu. Bahkan, jika dilihat, para suami akan mengalami situasi dimana isteri akan mengambil duit para suami tanpa izin. Ia sama seperti mencuri!

Jika pendekatan “your money is my money” digunapakai, adakah mengambil duit suami yang bukan nafkah itu diizinkan? Menerusi Mukmin solution, apa pun alasan yang digunakan untuk tujuan kebaikan sekalipun seperti yang diterapkan oleh Robin Hood, mencuri lalu diberi hasil curian itu kepada fakir miskin tidak menghalalkan harta yang dicuri itu. Ia tetap haram. Dalam situasi isteri mengambil duit suami, tidak ada masalah, cuma para isteri perlulah memberi tahu di kemudian hari kepada suami jika isteri terdesak untuk menggunakan duit tersebut.

Pendekatan ‘Your Money Is My Money’ Isteri Terhadap Suami

Isteri jangan alpa dengan fakta yang mengatakan itu merupakan nafkah anda. Para suami juga harus maklumkan pada isteri berapa peruntukan nafkah kepada mereka sebulan agar isteri tidak sewenang-wenangnya mengambil duit anda tanpa makluman anda.

Ads

Mazhab Syafi’i mengungkapkan jika hukum mengambil harta suami untuk sekadar menopang kehidupan keluarga inti, bukan berniat untuk boros atau huru-hara maka hal ini diperbolehkan. Ini dengan catatan jika suami bersifat bakhil dan enggan memenuhi kewajibannya untuk keluarga. Kadar yang diambil janganlah terlalu banyak, cukup untuk menampung kehidupan. Diluar haknya tersebut maka tidak diperbolehkan, kecuali jika hak memperoleh nafkah itu terhalang. (Sumber: mukminsolution)

Pendekatan ‘Your Money Is My Money’ Isteri Terhadap Suami

Berhubung persoalan ini Rasulullah bersabda yang bermaksud:

Ads

“Ambillah apa yang dapat menampungmu dan anak-anakmu secukupnya”. (maksud hadis). Abu Sufian adalah seorang yang sangat kedekut dalam perbelanjaannya. Dia tidak menyediakan perbelanjaan yang cukup untuk anak dan isterinya sehingga isterinya terpaksa datang mengadu dan menceritakan kesempitan hidupnya kepada Rasulullah.

Hadis ini diceritakan oleh Aisyah, riwayat Bukhari Muslim.

Ads

Sikap yang kedekut ini sangat banyak diamalkan oleh sesetengah orang kaya pada zaman ini. Namun, mereka lebih bermurah hati jika berada diluar rumah kerana ingin dipuji dan dikenali.

Arahan Rasulullah seperti yang dinyatakan di atas adalah menunjukkan bahawa si isteri boleh mengambil duit si suami tanpa kebenaran suami, sekiranya pemberian suami masih tidak cukup untuk menampung perbelanjaan yang diperlukan oleh si isteri dan anak-anaknya.

Tetapi pengambilan ini mempunyai had di mana si isteri hanya perlu mengambil untuk keperluan sahaja dan adalah HARAM sekiranya si isteri mengambilnya dengan melebihi keperluan yang diperlukan isteri dan anak-anaknya.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI