MASKULIN yakin anda sebagai lelaki moden pasti menggunakan sekurang-kurangnya satu produk pencuci muka setiap hari.
Selepas seharian melakukan pelbagai tugasan, kerja mahu pun aktviti cergas semestinya anda mahu pastikan kondisi wajah sentiasa terjaga dengan baik.
Pencuci muka bukan sahaja mampu membuang kotoran asing yang melekat di kulit malah ia boleh membantu memberikan kesegaran serta keperluan vitamin untuk kulit wajah menjadi lebih terpelihara.
Di pasaran sekarang terdapat ratusan jenis pencuci muka. Ada yang mahal dan tidak kurang juga yang mampu milik. Setiap satunya datang dengan pelbagai jenis solusi cucian.
Bagi MASKULIN antara pencuci muka yang paling baik untuk lelaki gunakan ialah daripada kategori kawalan minyak.
Di sini kami ingin berkongsi beberapa jenis pencuci muka pilihan untuk anda semua.
Untuk cucian harian bagi mengawal minyak di wajah. NIVEA MEN ACNE 8H OIL CLEAR SCRUB juga datang dengan Salicylic Acid dan Carnitine untuk mengurangkan minyak di permukaan wajah.
Buat anda yang ingin mencari kesegaran selepas cucian, inilah jawapannya. NANO WHITE MEN OIL CONTROL CONTROL CLEANSER diperkaya dengan bahan Menthol dan Nanowhite untuk kesegaran selepas cucian.
Merupakan solusi pencuci muka untuk mengawal minyak di permukaan wajah. SHISEIDO UNO WHIP WASH MOIST mampu memberi cucian menyeluruh tanpa menyebabkan kulit berasa kering.
Diformulakan dengan menggunakan arang daripada batang pokok buluh. MEN’S BIORE OIL BUSTER mampu melakukan 10 kali serapan dan membuang minyak dari luar dan dalam liang kulit.
HIMALAYA MEN INTENSE OIL CLEAR LEMON FACE WASH merupakan pencuci wajah yang bebas sabun dengan menggunakan formulasi herba yang mampu menyingkirkan minyak di wajah. Ia diperkuatkan dengan Active Boost Technology yang meningkatkan penetrasi dan membantu cucian wajah.
Pencuci muka ini mempunyai dua agen penyejukan dengan ICE GEL + DOUBLE SCRUB. GATSBY COOLING FACE WASH ICE FREEZE mengandungi Menthol Crystal ia memberikan sensasi kesejukan ketika melakukan cucian.
Semoga perkongsian ini boleh memberikan idea buat anda yang ingin tampil segak dan kacak untuk penjagaan kulit wajah yang lebih menyeluruh dan baik.