Penantian Selama 14 Tahun Berkahwin, Akhirnya Mark Adam Sedia Timang Anak

Share

Penantian selama 14 tahun bukanlah satu jangka masa yang singkat bagi sebuah perkahwinan, pasti pelbagai dugaan yang diterima selama tempoh masa tersebut.  Biarpun sudah 14 tahun mendirikan rumah tangga, pasangan Mark Adam, 38, dan Nor Azad Redzuan, 38, bersedia untuk menerima anak angkat.

Jika itu rezeki kata Mark atau nama sebenarnya Fikri Mark Adam Abdullah dia tidak akan menolak.

“Kami masih berusaha dan mencuba sehabis baik untuk mendapatkan zuriat namun semuanya sudah ditentukan, kami berserah pada ketentuan Allah.

“Tidak pernah saya marah, sedih atau terkilan kalau ditanya perkara ini (anak) sebab semua pun ingin tahu tentang kehidupan peribadi saya.

“Sebelum ini kami pernah dikurniakan anak angkat namun rezeki tidak menyebelahi kami apabila ada beberapa perkara yang tidak diingini.

“Biarlah kami simpan kisah itu dan tak perlu diungkit-ungkit lagi.

“Namun, kalau ada yang ingin memberikan kami anak angkat, saya akan terima dengan hati terbuka,” katanya

Menurut Mark Adam dia tidak pernah terkilan jika ditanya soal anak. Sebelum ini, Mark Adam dan isteri pernah mengambil anak angkat tapi mempunyai sedikit masalah. Kita doa yang baik baik buat mereka sekeluarga. Semoga diberikan rezeki anak. Inn sha Allah.

Mark Adam dilahirkan pada 15 Oktober 1979 di Cebu, Filipina dan telah berhijrah ke Malaysia pada tahun 2001.

Published by
Ruziana Zainal