Sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diumumkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 18 Mac yang lalu, pelbagai cara dilakukan oleh selebriti serta warga untuk mengisi masa terluang.
Antara aktviti yang paling popular dilakukan ialah melakukan senaman di rumah. Ia bukanlah satu perkara yang mudah kerana memerlukan komitmen serta kesungguhan yang tinggi.
Bagi mereka yang perlu bekerja dari rumah ini merupakan cabaran yang cukup besar untuk mengagihkan masa melakukan tugasan, kerja rumah dan pelbagai hal lain lagi.
Namun bagi Dato’ Hans Isacc masa ini telah digunakan sebaiknya untuk melaksanakan misinya menurunkan berat badan.
Menerusi satu hantaran di Instagram beliau berkongsi bagaimana menggunakan 28 hari dari tempoh PKP dengan melakukan senaman di rumah serta mengikuti diet tersendiri.
Selain itu Dato’s Hans Isaac juga mengamalkan meminum air yang mencukup setiap masa. Hasilnya berat badan beliau telah turun dari 85kg kepada 81kg. Dan kini beliau hanya tinggal 1kg lagi untuk mendapat berat sasarannya.
Ternyata senaman di rumah serta mengamalkan diet yang baik oleh Pengerusi FINAS ini mencuri perhatian daripada warganet terutamanya pengikut beliau di Instagram.
“28 hari bersenam di rumah dan mengamalkan pemakanan sihat. Tidak lupa juga minum air selalu. Dari 85kg turun ke 81kg. Sasaran nak turun samapi 80kg,” jelasnya menerusi kapsyen foto menamilpkan dirinya berpeluh selepas bersenam.
Kalau Dato’ Hans Isaac yang sentiasa sibuk dengan segala macam tugasan, takkan kita tak boleh lakukan perkara sama.
Let’s bersenam!