Gambar hiasan

Nampaknya dalam masa terdekat kita tak akan berhenti untuk membicarakan tentang minuman popular masa kini boba milk tea atau jenis minuman yang mengandungi biji boba.

Bahkan di serata negara pelbagai jenama dan perasa baru diperkenalkan. Di Lembah Klang sahaja outlet yang menjual minuman ini dilihat tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan. Tak salah kalau MASKULIN katakan mencari minuman ini lebih senang daripada mencari kedai serbaneka.

Penangan Minum Minuman Boba Pearls Seorang Gadis Meninggal Dunia Akibat Tercekik

Jadi tak salah kalau MASKULIN katakan bahawa minuman boba pearls ini merupakan air minuman yang paling popular di Malaysia buat masa sekarang.

Populariti itu bukan sahaja dirasakan di negara kita sahaja bahkan ia telah lama berlaku di negara luar seperti China, Taiwan dan Thailand.

IKLAN

Namun terbaru telah tular satu berita yang cukup mengerikan datang dari negara China. Seorang gadis berusia 19 tahun telah meninggal dunia akibat tercekik biji boba yang diminumnya.

BACA: Doktor Nasihat Cara Berhenti Makan Cokelat Agar Muka Tak Berkerawat

Malang memang tak berbau. Kejadian yang menggemparkan dan menjadi bualan peminat minuman ini di negara tersebut berlaku ketika mangsa bersama abangnya sedang dalam perjalanan ke rumah kawan mereka.

IKLAN

Namun bila sampai di lokasi mangsa mengadu dia sukar bernafas. Malah tangannya juga bertukar menjadi kebiruan yang menandakan badannya kekurangan oksigen.

Penangan Minum Minuman Boba Pearls Seorang Gadis Meninggal Dunia Akibat Tercekik
Minuman yang kini sudah jadi trend sangat popular.

Mangsa kemudian pengsan dan digegaskan segera ke hospital. Namun ketika dalam perjalanan, walaupun doktor berusaha dengan melakukan bantuan pernafasan mangsa didapati meninggal dunia.

Laporan lanjut mendapati dia telah tercekik boba pearls akibat sedutan yang kuat. Sebanyak tiga biji boba pearls didapati tersubat di dalam trakea yang secara langsung menghalang ruang udara dan sekali gus mengakibatkan dia tercekik serta tak boleh bernafas.

IKLAN

Jadi dinasihatkan buat anda agar lebih berhati-hati apabila menyedut minuman mengandungi boba pearls. Jika straw tersumbat usah paksa dengan menyedutnya dengan kuat. Tekanan yang kuat memasuki tekak dengan boba pearls boleh akibatkan anda tercekik.

Dan kalau boleh usahlah biar kanak-kanak mengambil minuman mengambil bahan ini kerana dikhuatiri berlaku kejadian sama.

Berhati-hatilah ketika menikmati bubble tea dan yang sewaktu dengannya ya!

Sumber: World of Buzz & See Hua Daily

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI