Setiap lelaki ada karakter rambut pada wajah yang berbeza-beza. Ada yang lahir dengan genetik wajah mereka mudah tumbuh janggut dan jambang. Manakala ada juga yang sekadar boleh menyimpan janggut sejemput sahaja.
Walau apapun gaya rambut pada wajah ada ia semetisnya perlu dijaga dengan baik agar sentiasa nampak kemas, rapi dan juga tidak berbau!
Bagi lelaki yang mempunyai jambang dan janggut mereka perlu berusaha lebih sedikit bagi menjaga penampilan diri. Jika memilih untuk menyimpan janggut dan jambang pastikan anda sentiasa peka dengan penjagaan harian.
Tidak guna kalau jambang tumbuh melata di atas wajah tanpa dirapikan dengan baik. Tidak kena gaya anda boleh kelihatan sebagai seorang yang amat selekeh dan tidak keruan.
Usah risau kerana anda boleh ikut 5 langkah terbaik untuk pastikan kondisi janggut dan jambang sentiasa berada dalam keadaan terbaik.
BASUH JANGGUT DAN JAMBANG DENGAN SYAMPU
Ya, syampu rambut anda boleh digunakan untuk mencuci jambang dan janggut. Lakukan cucian sebanyak 2 atau 3 kali seminggu. Cucian ini akan dapat membuatkan ia berbau lebih harum, bersih dan mengelakkan permukaan kulit menjadi terlalu berminyak.
PASTIKAN SENTIASA HIDRAT
Untuk memastikan jambang atau janggut sentiasa kelihatan bersinar-sinar anda boleh gunakan minyak khas yang boleh didapati di pasaran. Minyak janggut ini biasanya mempunyai kandungan semulajadi dengan minyak ekstraks premium.
Ikuti langkah berikut:
- Tuangkan beberapa titik ke atas tapak tangan.
- Sapukan minyak ke bahagian atas janggut dan lakukan urutan secara sapuan lembut.
- Lurutkan janggut hingga ke bahagian bawah dengan teknik urutan agar minyak dapat diratakan dengan baik.
- Anda boleh membuat sapuan minyak ini kira-kira dua atau tiga kali seminggu.
TRIM DENGAN KEMAS
Melakukan potongan kemas atau trimming merupakan cara paling baik untuk menjaga janggut dan jambang yang menarik. Ramai lelaki tak tahu bahawa ia juga boleh rosak dan bercabang.
Dapatkan gunting kecil dan potong bahagian hujung janggut yang rosak. Jika anda mahukan potongan berbeza, boleh ikuti tip potongan mengikut bentuk kemahuan menerusi tutorial video.
MASKULIN cadangkan anda luangkan sedikit masa di depan cermin sekurang-kurangnya seminggu sekali bagi melakukan trimming.
BAHAGIAN LEHER
Sesetengah lelaki akan ditumuhi rambut di bahagian leher. Jadi amatlah penting anda perlu memastikan ia dipotong atau dicukur dengan kemas. Usah lakukan trimming janggut mengikut bentuk jawline. Ini hanya akan membuatkan anda nampak lebih gemuk.
HIDUP SIHAT
Amalkan pemakanan sihat dan sentiasa bersenam. Kedua-dua faktor ini juga memainkan peranan penting bagi memastikan janggut dan jambang sentiasa dalam kondisi yang sihat dan menarik.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI