
Baru-baru ini, tersebarnya kisah seorang pemuda mualaf yang dikenali sebagai Dono atau nama islamnya Muhammad Omar Arumugam yang telah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya di Damansara Daman.
Kisahnya ini menjadi bualan orang ramai apabila seorang kenalan Allahyarham konsi sedikit cerita yang membuka mata semua orang.
Menerusi akaun pemilik Syahril A.Kadi berkata, dia mengenali arwah dari umur belasan tahun dan mereka tinggal berdekatan dengan rumah magsa.
Katanya, walaupun bukan beragama Islam pada awalnya, Dono sering kelihatan sibuk dengan pelbagai aktiviti di surau. Malah, Dono sendiri tidak pernah ‘membuang’ keluarganya walaupun hanya berbeza fahaman tentang agama dan pendirian.
Lebih menyentuh perasaan, Dono seakan tidak putus harapan apabila ia menyedari ilmu agamanya masih cetek. Jika ada masa terluang dia akan mencuri masa untuk belajar mengaji bersama rakan-rakannya. Malah, buku iqranya tetap tersimpan rapi untuk kegunaannya bila datang nanti.
Kemalangan Meragut Nyawa
Kira-kira jam 12.30 malam, Dono pergi ke 7 Eleven Damansara Damai, 300 meter dari kawasan perumahannya, untuk membeli barangan. Tetapi mereka semua telah dikejutkan dengan satu Whatsapp mengatakan Dono telah dijumpai terbaring di jalan raya dan mengalami luka yang parah di kepala. Motornya pula rosak teruk.
Ahli Keluarga Turut Menghormati Jenazah
Melalui Facebook, Syaril A.Kadir juga mengatakan sungguhpun arwah sudah beragama islam, tetapi ahli keluarganya tetap menyabut kepulangan jenazah dengan baik. Malah segala kos pembelanjaan dan pengurusan pengkebumian ditanggung oleh ahli kariah dan rakan-rakan musim di kawasan perumahannya.
Sumber: Facebook Syaril A. Kadir & Gambar Rosman Man Lorry
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Kenali Siapa ‘Superman’ Terbaru, David Corenswet

David Corenswet kini menjadi perhatian dunia selepas diumumkan sebagai pelakon utama dalam filem Superman terbaharu.
Dan hari ini, trailer filem versi terbaru ‘Superman’ telah pun diperkenalkan dan ia mula tular di laman media sosial. Lebih menarik, filem ini dikatakan menjadi langkah pertama DC Universe (DCU) yang dikepalai oleh pengarah terkenal, James Gunn.
Hadir dengan karisma semula jadi dan latar belakang yang menarik, David Corenswet dilihat cukup bersedia untuk membawa watak ikonik ini ke tahap yang lebih tinggi.
Rata-rata komen dilihat dari teaser pertama filem ‘Superman’ sangat positif. Siapa sebenarnya David Corenswet, dan bagaimana dia mencapai tahap kejayaan ini dalam dunia lakonan? Artikel ini akan membongkar perjalanan hidupnya, daripada zaman kanak-kanak hingga menjadi pelakon terkenal.
Latar Belakang David Corenswet
David Packard Corenswet dilahirkan pada 8 Julai 1993 di Philadelphia, Pennsylvania, Amerika Syarikat.
Dia dibesarkan dalam keluarga yang menghargai seni dan kreativiti. Ayahnya merupakan seorang peguam yang juga bekas pelakon teater, manakala ibunya seorang kaunselor. Sejak kecil lagi, David telah menunjukkan minat mendalam terhadap seni persembahan.
Pendidikan awal David banyak dipengaruhi oleh persekitarannya yang kreatif. Dia menamatkan pengajian di Juilliard School, sebuah institusi seni persembahan berprestij di New York City.
Di sana, David bukan sahaja mengasah kemahiran lakonannya tetapi juga membina asas kukuh untuk kerjaya masa depannya.
Permulaan Kerjaya dalam Dunia Lakonan
David Corenswet mula melibatkan diri dalam dunia lakonan semasa remaja melalui teater komuniti di tempat kelahirannya. Debut profesionalnya bermula apabila dia diberikan peluang kecil dalam beberapa produksi televisyen.
Namun, bintang muda ini mula meraih perhatian apabila dia muncul dalam siri TV Netflix, “The Politician” (2019), sebagai River Barkley. Peranannya dalam siri ini membuka pintu kepada lebih banyak peluang besar.
BACA: Episod Ketiga ‘MASKULIN Who’s Your Bro’ Tampil Dengan Log Jam Challenge!
Kemudian, dia turut membintangi siri Netflix lain, “Hollywood” (2020), di mana dia memainkan watak Jack Castello, seorang pelakon muda yang bercita-cita tinggi. Lakonannya yang memukau dalam siri ini mengukuhkan lagi reputasinya sebagai pelakon yang berbakat besar.

Pemilihan David untuk menjadi Superman baharu bukanlah satu kebetulan. Dengan ketinggian 6 kaki 4 inci, wajah klasik Amerika, dan kemahiran lakonan yang luar biasa, dia benar-benar sesuai untuk membawa watak Clark Kent ke layar perak.
Penerbit filem itu menyatakan bahawa mereka kagum dengan dedikasi David terhadap seni lakonan dan karisma semula jadinya yang menyerupai watak Superman.
Filmografi David Corenswet
Berikut adalah senarai beberapa produksi terkenal yang pernah melibatkan David Corenswet:
- “The Politician” (2019) – sebagai River Barkley
- “Hollywood” (2020) – sebagai Jack Castello
- “We Own This City” (2022) – sebagai David McDougall
- “Pearl” (2022) – sebagai The Projectionist
- “Look Both Ways” (2022) – sebagai Jake
Masa Depan David Corenswet
Peranan Superman adalah langkah besar dalam kerjaya David Corenswet. Filem ini bukan sahaja akan memperkenalkan David kepada penonton di seluruh dunia, tetapi juga memberi peluang kepada beliau untuk meletakkan tandanya dalam sejarah filem superhero.
Dengan pengalaman dan bakat yang dimilikinya, ramai yang yakin bahawa dia mampu memberi nafas baharu kepada watak ini sambil menghormati legasi Superman yang sedia ada.
Sebagai seorang pelakon muda yang berbakat, David Corenswet membuktikan bahawa kerja keras dan dedikasi adalah kunci kejayaan.
Pemilihannya sebagai Superman menandakan permulaan era baharu untuk watak ikonik ini, dan para peminat tidak sabar untuk melihat apa yang akan dibawanya ke layar perak.
Subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Bapa Tinggal Di ‘Parking’ Agar Dekat Dengan Anak Sakit Di Hospital, Terharu Terima Sokongan Pelbagai Pihak

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Pengorbanan seorang bapa kerap kali kita dengar dalam pelbagai kisah masyarakat. Menjadi bapa bukanlah satu tanggungjawab yang ringan apatah lagi bila diuji dengan ujian yang cukup berat.
Itulah yang dilalui oleh seorang lelaki yang tinggal di dalam kereta di tempatletak kereta hospital kerana mahu dekat dengan anaknya yang dirawat. Kisah lelaki ini mencuri perhatian orang ramai dengan tularnya foto keretanya di kawasan letak kereta Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh.
Susulan fotonya yang tular portal berita Astro Awani telah mendekati lelaki tersebut yang dikenali dengan nama Adi Saifullizam Abdul Sani. Jelasnya kepada Astro Awani, selepas fotonya dikongsi dan tular banyak pihak tampil memberikan kata-kata semangat dan mendoakan anaknya berusia 8 tahun, Muhammad Afeef Mikail kembali sihat.
Anaknya dirawat di hospital tersebut kerana menghidap tumor otak yang memerlukan rawatan yang cukup intensif. Dia yang merupakan bapa kepada tiga orang anak tersebut menyatakan tidak menyangka bahawa perkongsiaan yang dilakukan untuk rakan-rakan dan keluarga telah tular.

“Bagusnya rakyat Malaysia ini, mereka memang prihatin tentang permasalahan apa yang berlaku di kalangan kita. Saya tidak putus-putus mendapat ucapan yang mendoakan kesejahteraan anak saya, malah ada juga yang beri sumbangan.
“Terima kasih kepada yang mendoakan kesihatan dan kesembuhan anak saya. Mana yang telah menderma tak kiralah wang tunai atau makanan kepada saya, saya ucapkan terima kasih banyak-banyak,” tambahnya lagi.
TERHARU
Lebih istimewa sumbangan yang diterima olehnya datang dari pelbagai pihak termasuklah dari berlainan agama dan bangsa. Malah ada yang datang dari Pulau Pinang semata-mata untuk menyampaikan sumbangan.
Bantuan dari pengurusan Masjid Muhibbuddin Shah yang terletak berdekatan dengan hospital tersebut menawarkan tempat penginapan apabila ada pihak tampil ingin menanggung perbelanjaan sewa sepanjang tempoh rawatan anaknya.
Anak bongsunya disahkan menghidap tumor selepas pada asalnya hanya bengkak pada bahagian mata. Dia yang tinggal di Felda Trolak Utara reda dengan ujian yang diberikan walaupun berat untuk menerima keadaan itu dan akan mencari rawatan terbaik untuk memastikan anaknya sembuh.
Dua lagi anaknya, Dhia Irdina, 15, dan Muhammad Aqeef Firdaus, 12, buat masa ini tinggal sementara dengan ibu saudaranya.
“Kekuatan saya datang daripada anak-anak yang ada di rumah, isteri saya dan juga anak yang sakit ini. Kalau kita lemah, dia lagilah teruk. Memang saya menangis tapi tidak tunjuk depan anak, saya lari ke belakang.
“Sebab itulah saya ambil keputusan untuk duduk di kereta, saya seorang-seorang dan kalau saya menangis pun orang tak nampak,” jelas bapayang cukup tabah ini.
Marilah kit semua mendoakan agar anaknya diberikan kesembuhan dengan segera.
Sumber: Astro Awani
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Pernah Dicerca, Mualaf Buktikan Jualan Tudungnya Mampu Cecah 100,000 Unit

Walaupun pernah dicerca kerana menjual barangan wanita, seorang lelaki mualaf, Ken Karaei, 49, berjaya membuktikan produk jenamanya, ‘@tudung_i’ mampu menembusi pasaran Malaysia sehinggakan dalam tempoh dua tahun sahaja, ‘@tudung_i’ miliknya telah terjual sebanyak 100,000 unit.
Mengimbau kembali saat pertama kali Ken cuba-cuba untuk berniaga, tidak dinafikan memang terdapat banyak halangannya. Lebih-lebih lagi Ken adalah seorang lelaki berbangsa Cina dan keghairahannya menjual tudung kadangkala dipandang sinis. Namun begitu, pengalamannya sebagai agen penjual insurans suatu ketika dahulu telah mematangkan dirinya.
1. Tidak ambil hati
Bagi Ken untuk berjaya dalam sesebuah perniagaan, fokus adalah sesuatu perkara yang tidak boleh dipandang remeh. Meskipun ramai pelanggannya tidak mengetahui bahawa dia merupakan seorang mualaf dan sudah memeluk agama Islam sejak 20 tahun lalu, Ken langsung tidak ambil hati tentang perkara itu.
Baginya menjadi seorang mualaf adalah transisi manusia ke arah mahu mengenal Pencipta. Dalam skop perniagaan pula, Nabi Muhammad S.A.W juga merupakan seorang peniaga. Tiada salahnya bagi Ken untuk mengikut jejak idola umat Islam dan seluruh dunia itu menerusi ajaran serta sunnah-sunnahnya.
2. Abaikan suara sumbang dan pamerkan sisi positif
Memang ada suara sumbang yang sentiasa bercakap belakang tentang dirinya. Namun jika perkara negatif itu yang lebih diberi perhatian, pastinya urusan perniagaan sukar diberi fokus sekali gus boleh mencacatkan visi dan misinya yang sedang belajar untuk menjadi usahawan yang bertaraf lebih professional.
Mengatasi masalah tersebut, Ken mengambil pendekatan menolak elemen-elemen negatif dalam hidupnya dan menjadikan setiap orang baharu yang ditemui adalah pelanggannya. Walaupun ‘tidak sudi membeli’, Ken merasakan wajib bagi dirinya terus mempamerkan sisi diri yang positif untuk menyakinkan bahawa dia memiliki kekuatan yang tersendiri.
3. Utamakan kualiti dengan harga yang berpatutan
Jika mahu sesuatu perniagaan bertahan lama, kualiti produk yang ingin dijual perlulah dititik beratkan. Ujar Ken, pelanggan adalah duta awam yang mempromosikan produknya secara tidak langsung.
Dalam erti kata lain, si pemakai tudung yang dijual oleh Ken akan bercerita tentang produk yang dibelinya itu. Jika bagus, mereka akan berpuas hati. Lebih-lebih lagi sekiranya produk berkualiti itu dijual pada harga yang sangat berpatutan. Pastinya menjadi ‘pisang goreng panas’ apabila golongan wanita mula ‘membawang’.l
4. Cari keunikan dalam perniagaan untuk diingati
Kebanyakan kaum lelaki berasa malu untuk membeli tudung kepada pasangan masing-masing. Itu adalah sifat semula jadi kaum lelaki namun sebagai wanita, Ken amat memahami mereka sentiasa menanti-nantikan kejutan daripada teman lelaki mahu pun suami.
Bagi mengatasi permasalahan tersebut, Ken mahu muncul sebagai hero kepada kaum lelaki. Kalau sebelum ini lelaki malu-malu mahu membeli tudung misalnya, Ken mencadangkan untuk semua kaum lelaki ini kalau boleh bertemu dengannya kerana dia juga sudah pakar tentang hal-hal tudung ini.
Bukan sahaja tentang material tudung yang digunakan malah Ken juga hebat dalam membuat tutorial tudung kepada kaum hawa yang memerlukannya. Jadi, Ken sentiasa bersikap terbuka untuk berbicara tentang fesyen semasa.
5. Hargai pendapat orang sekeliling
Kongsi Ken, jenama @tudung_i tercipta berdasarkan suara orang di sekeliling. Walaupun cara tercetusnya idea itu agak lucu namun Ken beranggapan itu adalah idea spontan yang sangat mahal dan sukar untuk didapati.
Katanya, jenama tudung itu diperolehi sewaktu dia bertengkar dengan isterinya tentang tudung tersebut.
Pada ketika itu, Ken menyatakan hasrat mahu meniaga tudung setelah hadiah tudung yang diberikan kepada isterinya itu menjadi bualan rakan-rakan tempat isteri bekerja.
Isterinya pada asalnya tidak menyokong namun sehingga hari ini, Ken masih terkenang kata-kata yang dilemparkan isterinya, “Yang you nak sibuk-sibuk kenapa? Bukan tudung you.. tudung I..!!”
Maka dari situlah jenama @tudung_i yang mula mendapat perhatian daripada pelanggan baharu di Instagramnya tercetus.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI