Kecoh, kecoh, kecoh!
Lumrah bila pasukan negara berjaya masuk ke perlawanan akhir pasti tiket akan menjadi rebutan ramai. Ini bukan lagi macam pisang goreng panas tetapi umpama jongkong emas!
Seperti yang dimaklumkan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) di Facebook semalam, mereka terus menggunakan portal tickethotline (www.tickethotline.com.my) untuk proses jualan secara online.
Menurut FAM, tiket secara online akan diperuntukkan sebanyak 40,000 keping dengan jualan sebanyak 20,000 pada hari ini (7 Disember 2018) dan 20,000 pada hari esok (8 Disember 2018).
Sejak semalam ramai peminat sudah mula bersedia dan menyatakan keterujaan mereka untuk mendapatkan tiket yang dijadualkan dibuka pada jam 9 pagi bermula hari ini. Namun apa yang berlaku tidak seperti yang dijanjikan.
BACA: “Saya Mahu Jumpa Vietnam, Misi Balas Dendam” – Hasrat Farizal Marlias Jadi Kenyataan
Pada hari ini tiket telah dibuka untuk jualan secara online lebih awal. Menurut keluhan peminat di Twitter, ada yang berjaya mendapatkan tiket seawal jam 8:30 pagi.
Kami di MASKULIN juga cuba telah membuka laman web tersebut pada jam 8:45 pagi dan mendapati ia telah mula dibuka untuk jualan. Namun akibat jumlah trafik yang tinggi kami gagal mendapatkan tiket.
Gara-gara tiket yang release terlebih awal tanpa sebarang notis ini telah mengundang kemarahan ramai peminat. Jelas ramai yang tidak berpuas hati mengapa perkara ini berlaku. Jualan tiket sebanyak 20,000 dikatakan telah sold out
sebelum jam 9 pagi.Kemudian pada kira-kira jam 10 pagi, Tickethotline telah mengumumkan di Twitter; disebabkan sambutan yang sangat luar biasa mereka mengeluarkan sebanyak 10,000 lagi tiket atas arahan FAM. Jelas FAM, pihak Tiekcthotline telah melakkan ujian pada sistemnya setengah jam lebih awal. Disebabkan perkara ini tiket lesap disapu bersih dalam tempoh kira-kira setengah jam. Dan seperti dijangka ia lesap dalam sekelip mata bak duit gaji dalam dompet.
Adakah esok Tickethotline akan mengeluarkan hanya baki 10,000 tiket yang diperuntukkan untuk jualan online atau lebih? Dan adakah ia akan mula dijual lebih awal… seawal azan Subuh mungkin?
Seperti penyokong yang lain, kami di MASKULIN berharap perkara ini dapat diberikan penjelasan. Sistem jualan secara talian ini sebenarnya sudah baik cuma perlu dielakkan sikap ‘cakap tak serupa bikin’ dengan melakukan jualan terlbih awal seperti yang dijadualkan.
Apa-apa pun kepada yang tak berjaya mendapatkan tiket bolehlah mula mencari khemah untuk berkampung di depan Stadium Nasional nanti kerana baki tiket akan dijual di sana.