Pemilik Kereta Kena Tahu Cara Kenalpasti Tayar Baru Atau Lama, Untuk Elak Ditipu Penjual Tayar

Share

Banyak kita dengar, ada bengkel yang menjual tayar kitar semula atau menipu kerana mereka tahu tidak ramai orang yang tahu cara-cara untuk kenalpasti serta membaca kod nombor yang dicetak pada tayar.

Selain itu, ada juga yang lagi berani ‘mengukir’ semula bunga tayar dan menjualnya dengan harga yang murah. Sudahlah tayar tersebut botak, dijualnya semula kepada pengguna.

Di bawah ini adalah serba sedikit maklumat yang MASKULIN kumpulkan agar selepas ini anda tidak ditipu oleh penjual tayar serta keselamatan penumpang lain terjamin.

BACA: Tahu Tak Macam Mana Nak Cek Tayar Elok Ke Tak? Meh Maskulin Kasi Tip!

Info tentang tayar kenderaan:

1.Kod Tayar Kenderaan

Contoh 205/65/R1594H..

205 = Lebar..
65 = Tinggi..
R = Radial..
15 = Saiz / Rim..
94 = Had Maksimum Bebanan..
H = Had Maksimum Kelajuan 210 KM / Jam..

Jika ianya abjad yang terakhir, ianya seperti di bawah;

S = Maksimum Had Laju 180 KM / Jam..
T = Maksimum Had Laju 190 KM / Jam..
U = Maksimum Had Laju 200 KM / Jam..
V = Maksimum Had Laju 240 KM / Jam..
Z = Maksimum Had Laju 240 KM / Jam..
W = Maksimum Had Laju 270 KM / Jam..
Y = Maksimum Had Laju 300 KM / Jam..

2. Setiap tayar mempunyai 4 angka yang tercatit di sisi tayar

Contohnya 0514..

Ianya menunjukkan tayar baru keluaran kilang pada minggu ke 5 tahun 2014.

Tempoh penggunaan tayar adalah selama 5 tahun dari tarikh ianya dikeluarkan.

Tayar baru yang berusia lebih dari 5 tahun masih boleh digunakan tetapi ianya telah menjadi keras sebab getah tayar sudah tamat tempoh (expired).

BACA: Cara Pam Tayar Kereta Dengan Betul, Jangan Pula Tekan Sampai Lebih 300 KPA

Semoga perkongsian ini membantu kita agar tidak ditipu oleh kedai jual tayar dan berharap agar ia memberi manfaat kepada kita semua.

Published by
arif.karim