Banyak kita dengar, ada bengkel yang menjual tayar kitar semula atau menipu kerana mereka tahu tidak ramai orang yang tahu cara-cara untuk kenalpasti serta membaca kod nombor yang dicetak pada tayar.
Selain itu, ada juga yang lagi berani ‘mengukir’ semula bunga tayar dan menjualnya dengan harga yang murah. Sudahlah tayar tersebut botak, dijualnya semula kepada pengguna.
Di bawah ini adalah serba sedikit maklumat yang MASKULIN kumpulkan agar selepas ini anda tidak ditipu oleh penjual tayar serta keselamatan penumpang lain terjamin.
205 = Lebar..
65 = Tinggi..
R = Radial..
15 = Saiz / Rim..
94 = Had Maksimum Bebanan..
H = Had Maksimum Kelajuan 210 KM / Jam..
Jika ianya abjad yang terakhir, ianya seperti di bawah;
Ads
S = Maksimum Had Laju 180 KM / Jam..
T = Maksimum Had Laju 190 KM / Jam..
U = Maksimum Had Laju 200 KM / Jam..
V = Maksimum Had Laju 240 KM / Jam..
Z = Maksimum Had Laju 240 KM / Jam..
W = Maksimum Had Laju 270 KM / Jam..
Y = Maksimum Had Laju 300 KM / Jam..
2. Setiap tayar mempunyai 4 angka yang tercatit di sisi tayar
Contohnya 0514..
Ads
Ianya menunjukkan tayar baru keluaran kilang pada minggu ke 5 tahun 2014.
Tempoh penggunaan tayar adalah selama 5 tahun dari tarikh ianya dikeluarkan.
Tayar baru yang berusia lebih dari 5 tahun masih boleh digunakan tetapi ianya telah menjadi keras sebab getah tayar sudah tamat tempoh (expired).
Ramai lelaki yang menganggap kereta mereka sebagai aset kesayangan. Apatah lagi kalau kereta itu dibeli dengan harga yang mahal menggunakan titik peluh sendiri. Pasti sangat berharga.
Tapi tak kurang juga lelaki yang anggap kereta itu sebagai rumah mereka yang kedua. Di situlah mereka jadikan kenderaan, di situlah mereka makan, di situlah mereka keluar dating dan di situ jugalah jadi spot tidur sementara.
Bukan sahaja pakaian malah segala macam perkakasan, kasut dan pelbagai lagi dimuatkan dalam kereta. Namun tahukah anda dengan cuaca negara kita yang sentiasa lembab dan panas boleh mengakibatkan barangan yang disimpan dalam kereta menjadi rosak.
Ini sekali gus boleh membuatkan anda rugi. Tak pasal-pasal anda kerugian dek kerana anda suka sangat simpan barang dalam kereta. Dan jika amalan ini berlarutan ia juga boleh membahayakan nyawa anda dan penumpang.
Di sini MASKULIN kongsikan 10 barangan yang dilarang disimpan di dalam kereta.
1. Botol Air Plastik
Simpan air minuman dalam botol plastik dalam kereta adalah satu perkara yang boleh menbahayakan kesihatan anda. Kebanyakan botol plastik mengandungi bahan pollietilena terephtalate (PET) yang digelar penggangu endoktrin. Ia berpotensi untuk menggangu hormon pembiakan manusia.
2. Kaca Mata
Ini antara aksesori yang sering disimpan dalam kereta. Tapi sebenarnya perbuatan ini hanya merugikan anda kerana ia membuatkan kaca mata menjadi panas lalu cepat rosak. Apatah lagi jika bingkai kaca mata diperbuat daripada bahan seperti asetat atau nilon.
Tak kiralah apa jenis ubat pun anda dilarang menyimpannya di dalam kereta. Ini kerana bila kenderaan panas suhu tersebut mampu mengubah strukrue molekul ubat. Akibatnya ubat tersebut jadi ‘tawar’dan kurang berkesan.
4. Telefon Pintar
Apa jua barangan elektronik terutamanya telefon pintar tak boleh disimpan dalam kereta. Selain membahayakan kenderaan dan menjadi sasaran mudah pencuri ia juga boleh merosakkan telefon pintar akibat cuaca yang panas. Apabila berada dalam suhu panas melampau, ia boleh merosakkan peranti-peranti yang anda simpan dalam kereta.
5. Penyembur Rambut
Mungkin ada yang trak tahu bahawa penyembur rambut mengandungi bahan yang mudah terbakar. Dan barangan seperti ini adalah dilarang sama sekali disimpan di dalam kawasan panas.
6. Pemetik Api
Begitu juga dengan pemetik api yang dengan jelas mengandungi cecair mudah terbakar. Ingat, walaupun ia bersaiz kecil namun impak jika ia terbakar sangatlah besar. Jadi jangan simpan pemetik api dalam kereta jika tak mahu kereta anda hangus dijilat api.
7. CD Muzik
Mungkin sekarang penggunaan CD semakin berkurangan dengan adanya pelbagai servis penstriman lagu. Namun, ia masih popular di kalangan penggemar muzik sejati. Jika sayangkan CD anda, elakkan menyimpannya dalam kereta. Suhu yang pana boleh merosakkan CD dan mengakibatkan ia melengkung.
8. Perfume
Perfume atau minyak wangi merupakan bahan wajib dimiliki oleh seorang lelaki. Untuk lelaki yang sering on-the-go biasanya anda menyimpan perfume di dalam kereta. Tapi ia sebenarnya hanya merugikan anda kerana suhu panas boleh membuatkan perfume menjadi kurang berbau.
9. Dokumen Penting
Anda perlu ingat segala jenis dokumen penting tak boleh disimpan dalam kereta dalam tempoh yang lama. Ini kerana dokumen-dokumen itu mengandugi pelbagai maklumat peribadi anda. Jika kereta anda kena pecah oleh pencuri, maklumat anda akan terdedah. Pastinya anda tak mahu perkara ini berlaku, bukan?
10. Pencuci Muka
Pencuci muka dan produk grooming yang lain juga tak boleh disimpan dalam kereta. Disebabkan suhu panasa, beli tak sampai sebulan produk-produk anda itu jadi rosak. Sebaliknya letakkan produk penjagaan wajah dan badan ke dalam beg khas yang mudah dibawa ke mana-mana.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
MASKULIN percaya secara umumnya anda pasti sudah tahu akan risiko memandu kereta atau kenderaan yang memiliki tayar sudah botak. Ya, kita memang usudah sedia maklum bahawa tayar botak itu satu risiko yang cukup besar dan boleh sebabkan kemalangan.
Lebih parah apabila ia melibatkan kemalangan mengakibatkan kecederaan malah kematian. Bukan sahaja kepada kita tetapi pengguna jalan raya yang lain.
Namun masih banyak dilaporkan tentang kemalangan yang berlaku akibat perkara ini. Rata-ratanya sudah tahu akan kondisi kereta tetapi disebabkan sikap acuh tidak acuh, mengakibatkan kemalangan yang sebenarnya boleh dielakkan.
Ikuti perkongsian daripada MASKULIN untuk memberi kesedaran bersama akan bahaya risiko memandu kereta dengan tayar botak.
SALURAN AIR TAYAR TIADA
Disebabkn ia sudah botak maka secara tidak langsung bunganya juga tiada. Dan ‘bunga’ tersebut bukanlah perhiasaan semata. Ia berfungsi sebagai saluran yang mengalirkan air keluar dari bawah tayar.
Apabila memandu dengan tayar botak maka kereta mudah untuk berhadapan kejadian dipanggil ‘aquaplanning’. Ia kondisi di mana kereta seakan terapung seketika apabila tiada saluran khusus untuk air keluar. Dan jika ini berlaku kereta akan hilang kawalan dan berpusing walaupun memandu di jalan lurus. Malah, anda juga boleh berdepan dengan keadaan ‘understeer’.
Tayar botak juga menandakan ia sebenarnya semakin menipis. Terutamanya di bahagian luar tayar. Lapisan luaran itu tidak direka untuk bertahan lama apabila ia sudah haus. Jadi apabila anda memandu laju terutamanya di waktu jalan raya sangat panas, haba semakin meningkat. Lalu boleh menyebabkan ia meletup atau berlakunya blow out.
Bila meletup berkemungkinan besar anda akan hilang kawalan dan seterusnya mengakibatkan kemalangan. Jadi periksalah kondisinya dari semasa ke semasa untuk elakkan perkara ini berlaku.
Bunga tayar juga berfungsi untuk memberikan cengkaman di atas jalan raya. Jika sudah botak, anda mungkin berdepan situasi di mana perlu menekan brek jauh lebih awal daripada kebiasaan. Lebih menakutkan jika menekan brek secara mengejut kereta akan menggelungsur terus ke hadapan. Lalu melanggar bontot kereta di hadapan.
Inilah situasi yang seringkali kita lihat berlaku terutamanya apabila cuaca hujan. Usah bandingkan tayar anda dengan kereta Formula 1 yang luarannya keliharan begitu.
Tahukah anda tayar kereta F1 akan berfungsi dengan lebih baik apabila suhu semakin meningkat tinggi.
Jadi sama-samalah kita menjadi pemandu dan pemilik kereta yang lebih bertanggungjawab. Lakukan servis kereta sama ada dalam atau luaran secara berkala.
Ikuti YouTube MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Selepas hujan, anda mungkin pernah perasan terdapat kesan lelehan hitam yang muncul pada badan kereta, terutama di bahagian bawah cermin atau pada bahagian pintu.
Lelehan hitam ini bukan sahaja menjejaskan penampilan kereta, malah ia juga boleh menyebabkan kerosakan pada lapisan cat jika tidak ditangani dengan baik.
Lelehan Hitam Pada Kereta Selepas Hujan Boleh Rosakkan Cat, Ini Puncanya?
Punca-Punca Kesan Lelehan Air
Kotoran dan Debu: Air hujan membawa kotoran dan debu dari udara dan jalan raya. Apabila air mengalir di sepanjang permukaan kereta, ia meninggalkan kesan kotoran tersebut.
Debunga dan Sisa Tanaman: Di kawasan yang banyak tumbuhan, debunga dan sisa daripada tanaman boleh menyebabkan lelehan hitam apabila bercampur dengan air hujan.
Pencemaran Udara: Zarah-zarah pencemaran daripada kenderaan dan industri melekat pada permukaan kereta dan larut dalam air hujan, menyebabkan garis-garis hitam.
Produk Pembersihan Kereta: Produk pembersihan kereta yang tidak dibilas dengan sempurna boleh meninggalkan kesan yang kelihatan selepas hujan.
Cara Mengatasi dan Mencegah Kesan Lelehan Air
Cuci Kereta Secara Berkala: Basuh kereta anda dengan sabun khas yang dapat menghilangkan kotoran dan debu dengan lebih efektif. Ini membantu mencegah kotoran yang boleh menyebabkan lelehan hitam.
Gunakan Pelindung Cat: Gunakan wax atau coating cat untuk mengurangkan kotoran melekat pada permukaan kereta. Produk ini membentuk lapisan pelindung yang menjadikan permukaan kereta licin dan kurang terdedah kepada kotoran.
Cuci Selepas Hujan: Jika boleh, cuci kereta selepas hujan untuk menghilangkan kotoran dan debu sebelum ia mengering dan meninggalkan kesan yang berpanjangan.
Lap Kereta dengan Kain Mikro: Lap kereta dengan kain microfiber selepas hujan untuk mengelap sisa-sisa air hujan dan kotoran sebelum ia meninggalkan kesan.
Gunakan Air Bebas Mineral: Jika mencuci kereta sendiri, gunakan air yang bebas mineral (distilled water) untuk mengelakkan kesan titisan air yang mengandungi mineral yang boleh meninggalkan kesan.
Kesan lelehan air adalah masalah yang biasa dihadapi oleh pemilik kereta, terutamanya mereka yang memiliki kereta berwarna terang. Dengan penjagaan yang betul dan langkah-langkah pencegahan yang tepat, anda boleh menjaga kereta anda agar tetap bersih dan kelihatan baru.
Tip penjagaan wajah ala pelakon Korea, patutlah kulit glowing. Setiap selebriti pasti mempunyai cara tersendiri untuk menjaga kulit mereka, termasuk para pelakon lelaki Korea.