“Kematian Paling Sunyi…” Perkongsian Penolong Pegawai Perubatan Meruntun Hati Warganet
Ketika artikel ini ditulis jumlah kematian disebabkan oleh wabak Covid-19 telah mencecah sebanyak 14 nyawa. Dan kita sekarang sudah memasuki hari ketujuk Perintah Kawalan Pergerakan dengan objektif memutuskan penularan virus ini di negara kita.
Virus ini cukup agresif dan memberikan kesan yang sangat merbahaya terutamanya kepada golongan veteran, memiliki kondisi perubatan dan juga lemah antibodi.
Seperti mana yang kita tahu pengurusan jenazah bagi mangsa yang meninggal dunia akibat Covid-19 diuruskan sepenuhnya oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dengan mengikuti prosedur dan protokal yang cukup ketat.
MASKULIN tertarik dengan perkongsian daripada saudara Mohd Noor Firdauz yang merupakan Penolong Pegawai Perubatan di laman Facebook kendaliannya.
Perkongsian tersebut cukup meruntun dan menyentak hati warganet yang rata-rata berasa cukup bersedih dan insaf. Ia juga sebenarnya sebagai satu peringatan kepada kita semua tentang betapa seriusnya wabak ini dan keperluan untuk kita terus berada di rumah dan jangan keluar.
“Kematian paling sunyi
“Tiada ahli keluarga dibenarkan mandi jenazah. Jenazah dibaluti (sealed) plastic tebal berlapis dan itulah lapisan kafan.
“Isteri, anak-anak, ahli keluarga atau sahabat tidak boleh menghampiri arwah ketika sakit. Saat kematian, langsung tidak boleh diusik, apa lagi memberi kucupan terakhir. Sakit yang bersendiri. Kematian yang sepi.
“Ahli keluarga hanya boleh solat jenazah ghaib. Dari bilik mayat terus ke kuburan. Di kuburan, tiada sesiapa dibenarkan menghampiri liang lahad.
“Dan kita semua masih ambil ringan tentang wabak ini..”
#Covid19
#StayAtHome
#janganambilmudah
#hanyasepitiadakamudisisi
——————————————————————
Semoga perkongsian ini menjadi satu pengajaran yang terbaik untuk kita. Sama-sama kita patuh akan saranan kerajaan untuk terus mengikuti Perintah Kawalan Pergerakan untuk seminggu lagi.
Kredit: