“Kematian Paling Sunyi…” Perkongsian Penolong Pegawai Perubatan Meruntun Hati Warganet
Ketika artikel ini ditulis jumlah kematian disebabkan oleh wabak Covid-19 telah mencecah sebanyak 14 nyawa. Dan kita sekarang sudah memasuki hari ketujuk Perintah Kawalan Pergerakan dengan objektif memutuskan penularan virus ini di negara kita.
Virus ini cukup agresif dan memberikan kesan yang sangat merbahaya terutamanya kepada golongan veteran, memiliki kondisi perubatan dan juga lemah antibodi.
Seperti mana yang kita tahu pengurusan jenazah bagi mangsa yang meninggal dunia akibat Covid-19 diuruskan sepenuhnya oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dengan mengikuti prosedur dan protokal yang cukup ketat.
MASKULIN tertarik dengan perkongsian daripada saudara Mohd Noor Firdauz yang merupakan Penolong Pegawai Perubatan di laman Facebook kendaliannya.
Perkongsian tersebut cukup meruntun dan menyentak hati warganet yang rata-rata berasa cukup bersedih dan insaf. Ia juga sebenarnya sebagai satu peringatan kepada kita semua tentang betapa seriusnya wabak ini dan keperluan untuk kita terus berada di rumah dan jangan keluar.
Ads
“Kematian paling sunyi
“Tiada ahli keluarga dibenarkan mandi jenazah. Jenazah dibaluti (sealed) plastic tebal berlapis dan itulah lapisan kafan.
“Isteri, anak-anak, ahli keluarga atau sahabat tidak boleh menghampiri arwah ketika sakit. Saat kematian, langsung tidak boleh diusik, apa lagi memberi kucupan terakhir. Sakit yang bersendiri. Kematian yang sepi.
Ads
“Ahli keluarga hanya boleh solat jenazah ghaib. Dari bilik mayat terus ke kuburan. Di kuburan, tiada sesiapa dibenarkan menghampiri liang lahad.
“Dan kita semua masih ambil ringan tentang wabak ini..”
Semoga perkongsian ini menjadi satu pengajaran yang terbaik untuk kita. Sama-sama kita patuh akan saranan kerajaan untuk terus mengikuti Perintah Kawalan Pergerakan untuk seminggu lagi.
Kredit:
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Bersenam bukan saja untuk jadikan badan korang sado dan fit tapi sebenarnya banyak lagi kelebihannya. Jika nak tahu senaman mampu mengubah hidup korang pada skala lebih baik dari segi fizikal mahupun secara mental. Salah satu faktor yang boleh mencetuskan emosi gembira adalah aspek kesihatan dan kesejahteraan diri. Dari sudut yang menyeluruh, kesihatan dan kesejahteraan bukan sahaja merujuk kepada keadaan bebas penyakit, tetapi mampu untuk menjalankan fungsi hidup dengan baik, sama ada aspek fizikal, sosial, intelek mahupun kerohanian
Satu kajian jangka panjang yang dijalankan di Kanada dalam tahun 2012 yang melibatkan seramai 17,200 peserta kajian, penyelidik mendapati bahawa mereka yang aktif bersenam menunjukkan tahap kegembiraan yang lebih tinggi berbanding mereka yang sedentari selepas tahun kedua dan keempat kajian.
Berikut ini adalah beberapa cara untuk membuatkan hidup anda berasa lebih hebat dan tak mudah bosan dengan melakukan senaman.
1. Berhubungan Baik
Rutin melakukan senaman mampu untuk membuatkan anda memiliki hubungan yang lebih baik dengan kelompok sosial. Senaman juga memberikan kesan yang cukup besar dalam hal penampilan dan berkomunikasi. Kerana ianya membuatkan anda lebih cekap, ekspresif serta mampu berfikir dengan lebih baik.
2. Lebih Stamina & Mantap di Ranjang
Bagi anda dan pasangan yang sudah menikah, jangan hanya menyibukkan diri untuk mencari wang dan bekerja. Luangkan sedikit masa anda untuk melakukan senaman kerana hal tersebut mampu menjadi aset bagi keharmonian hubungan seks anda. Sudah pasti dengan banyak bersenam, anda akan lebih berstamina di atas ranjang.
3. Postur Yang Lebih Baik
Tentunya melakukan senaman mampu untuk membuatkan postur anda jauh lebih baik. Tubuh anda akan lebih berbentuk dan ideal. Meskipun anda bukanlah bersenam hingga mati-matian, kalau anda mampu untuk melakukannya dengan cara yang lebih teratur, tubuh anda akan mampu untuk mencapai berat badan yang ideal.
4. BeriInspirasi Kepada Orang Lain
Lelaki yang sentiasa dengan rutin bersenam mampu untuk membuatkan orang lain untuk berasa kagum kerana pada kenyataannya masih ramai orang yang belum berjaya menjaga tubuh mereka sendiri. Dengan begitu, anda mungkin sahaja sudah menjadi inspirasi bagi orang lain yang ingin belajar untuk menjaga kesihatan tubuh dan jiwa mereka.
5. Kerana Diriku Begitu Berharga
Dengan melakukan senaman, anda akan menyadari bahawa anda makin sayang dengan tubuh anda dari hari ke hari dan ini boleh dilihat dengan kewujudan budaya spornoseksual. Bukan hanya dari luar, namun juga dari dalam. Misalnya, anda akan menitikberat penjagaan pemakanan, apa yang anda lakukan dan sebagainya.
Penjagaan kesihatan melalui kaedah kecergasan dan bersenam seperti ini boleh membantu anda untuk mendapatkan bukan sahaja bentuk badan yang ideal malah berat badan yang lebih sihat. Dengan ini anda akan memiliki gaya hidup yang memberikan inspirasi kepada orang lain di sekeliling anda. Semoga perkongsian di atas memberikan manfaat kepada anda secara khususnya kaum lelaki.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Ada tak korang terfikir buat apa nak tukar barangan rumah kalau tak rosak lagi,membazir je…Ha tu korang silap besar. Sebabnya barangan rumah juga mempunyai ‘expired’ datenya
Selain barang makanan di rumah, terdapat beberapa barangan lain sebenarya yang mempunyai tarikh luput.
Tetapi memandangkan barang-barang ini bukanlah bersifat perishable, ramai yang menganggap barang-barang ini akan kekal buat selama-lamanya.
Sikap kurang ‘concern’ terhadap tarikh luput pada barangan-barangan ini akan mengundang pelbagai kuman dan bakteria seterusnya akan mengundang penyakit kepada tubuh badan.
1. Bantal
2-3 tahun
Tidak kiralah bantal jenis apa, selalunya selepas beberapa tahun hama habuk akan berkumpul pada bantal tersebut. Jika tidak digantikan, anda boleh berhadapan risiko sakit leher kerana bentuk bantal sudah berubah.
2. Selipar
6 bulan
Sentiasa basuh selipar anda jika nada tidak ingin mengalami jangkitan kulat.
3. Tuala
1-3 tahun
Tuala basah merupakan tempat sesuai untuk bakteria membiak.
4. Berus Gigi
3 bulan
Kebiasaanya kita hanya akan menggantikan berus gigi apabila bulunya mula terkeluar. Sebenarnya, jika anda terkena penyakit selsema atau demam, lebih baik anda menukarkannya kepada yang baru sahaja.
5. Hidrogen Peroksida
2 bulan
Dalam masa 2 bulan selepas dibuka cecair ini akan bertukar menjadi air jika dibiarkan terdedah. Jika ditutup, ia tidak patut disimpan melebihi setahun.
6. Berus Rambut
1 tahun
Bersihkan berus rambut sekali seminggu dan gantikannya sekali setahun.
7. Minyak Wangi
1-3 tahun
Jika ia mengandungi minyak pati, ia boleh bertahan selama 3 tahun, manakala selama hanya 2 tahun jika dibiarkan terdedah.
8. Kasut Sukan
1 tahun
Kusyen yang terdapat pada kasut akan berkurangan, dan memakai kasut tersebut menjadi berbahaya pada sendi kaki.
9. Kabel extension
1-2 tahun
Jika digunakan dengan melebihi had, ia akan cepat rosak.
10. Cecair Pembasmi Kuman
3 bulan
Selepas 3 bulan, ia akan kehilangan fungsinya.
11. Cecair Penghalau Nyamuk
2 tahun
Selepas 2 tahun, ia sudah tidak berfungsi lagi.
12. Soket dinding
4-5 tahun
Gantikan dengan yang baru jika ia kepanasan ataupun apabila warnanya mula menghilang.
Sumber : Taikotai
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Ada beberapa perkara yang perlu diambil berat untuk mengetahui punca sakit belakang. Terdapat beberapa jenis sakit belakang dan cara sakit belakang yang paling biasa dipanggil Sakit Belakang Mekanikal.
Masalah pesakit untuk sakit belakang seperti ini berpunca daripada otot yang bekerja terlalu kuat, berpanjangan dan tidak berhenti-henti boleh menimbulkan sakit belakang.
Secara umumnya sakit belakang dapat diklasifikasikan kepada empat jenis.
Sakit belakang mekanikal.
Sakit belakang disebabkan Osteoporosis.
Sakit belakang degeneratif.
Sakit belakang yang disebabkan jangkitan kuman dan sebagainya.
Sakit belakang Mekanikal
Sakit belakang jenis ini kebiasaannya berlaku apabila kita membuat sesuatu pekerjaan dengan tidak menitikberatkan tulang belakang seperti cara duduk, berdiri, berjalan, bekerja dan cara tidur yang betul.
Selain itu, masalah otot turut mempengaruhi sakit belakang jenis ini.
2. Sakit Belakang Disebabkan Osteoporosis
Tulang yang paling senang cedera akibat Osteoporosis ialah tulang belakang. Kesannya tulang akan menjadi semakin pendek dan rapuh.
Osteoporosis sering berlaku keatas wanita yang telah berumur. Wanita pada usia 20-an, tulangnya kelihatan tegak dan lurus, tetapi apabila menjangkau umur 5-an dan mendapat oesteoporosis, tulangnya semakin lama semakin bengkok. Justeru itu, wanita tersebut akan menjadi bongkok.
3. Sakit Belakang Degeneratif
Sakit belakang degenaratif lebih kerap berlaku kepada mereka yang pernah mengalami kecederaan seperti jatuh dan patah.
Akibat kecederaan, tulang menjadi retak dan semakin lama tulang semakin lari. Implikasinya tulang belakang yang melindungi saraf tunjang akan terhimpit. Ini boleh menyebabkan sakit yang berpanjangan, lemah otot, kebas kaki tangan dan sebagainya.
Apabila pesakit mula berasa kebas ia dipanggil gejala neurologi dan pembedahan terpaksa dijalankan. Ini disebabkan setiap tulang belakang mempunyai selapis rawan yang dipanggil disc.
Apabila kita tua, lapisan tersebut akan menjadi keras, kenyal dan tidak lembut lagi. Dengan ini, ia tidak dapat menampung berat badan dan lama-kelamaan tulang belakang akan menjadi “haus”. 4. Sakit Belakang Disebabkan Jangkitan Kuman dan Sebagainya
Sakit belakang seperti ini berlaku disebabkan kanser yang sedang merebak atau jangkitan kuman. Sakit belakang ini dikatogerikan sebagai sakit yang serius.
Punca Sakit Belakang
Sakit belakang paling kerap berlaku adalah daripada masalah otot. Seseorang yang tidak mengamalkan cara duduk, berdiri dan bekerja yang betul boleh mendatangkan masalah kepada otot.
Cara tidur turut mempengaruhi, jenis tilam keras atau lembut juga memainkan peranan. Selain itu terdapat sebab lain yang turut menajadi punca sakit belakang.
Masalah sakit belakang sebenarnya bukan berpunca daripada masalah tulang belakang sendiri.
Kebanyakan pesakit mengadu sakit belakang kerana masalah seperti tekanan, masalah salur kencing pada buah pinggang, sakit pada rahim , sakit pada ovari dan kebayakkannya sakit pada anggota dalam perut. beritahu beliau.
Masalah seperti ini telah dimenifestasikan menjadi sakit belakang walaupun asalnya bukan berpunca daripada tulang belakang.
Penghidap
Orang yang selalu mendapat sakit belakang biasanya mereka yang tidak pernah exercise, kerjanya hanya duduk dan tidak banyak bergerak, mengamalkan duduk yang tidak tegak, berdiri yang tidak betul dan tidak begitu mengambil berat mengenai penjaan tulang belakang.
Menurutnya lagi, terdapat beberapa golongan yang dikenal pasti sering mendapat sakit belakang:
Golongan Muda
Golongan ini terdiri daripada mereka yang berusia dalam 30an, lebih banyak duduk, tidak bersukan dan bersenam, serta tidak menjaga tulang belakang. Mereka ini lebih cenderung mendapat Sakit Belakang Mekanikal.
Golongan Tua
Wanita yang mudah mendapat sakit belakang pada waktu ini adalah disebabkan osteoporosis, manakala lelaki pula lebih kepada sakit sendi. Golongan seperti ini pula lebih kepada mendapat sakit belakang degeneratif.
Golongan Kanak-Kanak
Bagi kanak-kanak, kes sakit belakang tidaklah sebanyak golongan dewasa atau tua. Kebanyakan kanak-kanak yang mendapat sakit belakang disebabkan tulang bengkok sejak kecil lagi.
Ada juga sakit belakang yang berlaku disebabkan serangan kenser yang merebak ketulang belakang.
Serangan ini berlaku kepada golongan tua atau dewasa. Manakala sakit belakang yang disebabkan jangkitan kuman boleh dihidapi oleh semua golongan.
Sakit belakang memang susah untuk diatasi. Masalah yang paling serius adalah disebabkan kenser dan kuman.
Wanita sememangnya perlu lebih menjaga tulang belakang disebabkan golongan wanita mudah menghidap osteoporosis dan juga faktor mengandung.
Wanita yang kerap mengandung juga akan menyebabkan otot belakang cepat menjadi lemah. Sebab itu wanita patut lebih membuat senaman untuk menguatkan otot belakang.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Kasihnya bapa, sanggup berhenti merokok walaupun bukan perkara yang mudah. Tambahan lagi apabila mengamalkan tabiat tidak sihat itu untuk tempoh yang lama.Hal ini demi...