Ahad lalu seluruh dunia terutamanya peminat sukan bola keranjang telah kehilangan seorang pemain legenda terbaik generasi ini.

Kobe Bryant bintang yang cukup terkenal dengan pasukannya LA Lakers telah terkorban dalam satu nahas helikopter. Turut terkorban bersamanya ialah anak perempuannya Gianna dan beberapa penumpang yang lain.

Beliau bukanlah calang-calang nama dalam bidang sukan tersebut. Malah tidak keterlaluan untuk dikatakan bahawa dia merupakan ahli sukan yang paling popular di dunia.

Kecemerlangannya serta dedikasi sepenuh jiwa yang dicurahkan di atas dan di luar gelanggang menjadikan Kobe Bryant sebagai seorang ikon yang diangkat sebagai antara pemain terbaik pernah lahir menerusi sukan tersebut.

IKLAN

Pemergian Kobe Bryant Saksikan Harga Kasutnya Melonjak Naik

Jadi tidak hairanlah kehilangannya amat dirasai oleh masyarakat global. Kematian mengejut Kobe Bryant juga memberikan kesan yang cukup drastik dalam pasaran sneakers terutamanya kasut kolaborasinya bersama Nike dan Adidas.

Menurut laporan Business Insider, harga pasaran kasut kolaborasi Kobe Bryant telah melonjak naik di beberapa laman sesawang reseller seperti StockX dan GOAT.

IKLAN

Sebagai contoh adidas Crazy 97 EQT Kobe Bryant 1997 Slam Dunk Contest yang sebelum ini ditawarkan pada harga USD200 telah meninggkat sehingga USD1,000.

Pemergian Kobe Bryant Saksikan Harga Kasutnya Melonjak Naik

IKLAN

Pemergian Kobe Bryant telah secara tidak langsung memberikan kesan kenaikan permintaan lalu menyebabkan harga meningkat mendadak. Ini jelas menunjukkan ramai peminatnya yang ingin mengabadikan memori pemain diberi gelaran ‘Black Mamba’ dengan cara tersendiri.

Walau bagaimanapun terdapat beberapa usahawan reselling yang enggan melakukan demikian. Jaysee Lopez yang merupakan pemilik Urban Neccessities serta nama cukup besar dalam dunia sneakers menolak sebarang tawaran tinggi.

Ia merupakan sebagai salah satu cara untuk menghormati legasi serta ahli keluarga Kobe Bryant.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI