Dalam langkah besar untuk memperkasakan tenaga kerja mahir dalam industri minyak dan gas, Malaysian Industrial Skills Academy (MISA) telah memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bersama SIRIM Academy dan SRC Global Resources.
Kerjasama ini membuka lembaran baharu dalam melahirkan profesional dalam bidang Non-Destructive Testing – Radiography Testing (NDT-RT) dengan ekosistem latihan yang diiktiraf di peringkat nasional dan antarabangsa.
Kerjasama ini bukan sekadar memperkenalkan program latihan berpiawaian tinggi, malah turut memastikan graduan diberikan peluang penempatan kerja di syarikat-syarikat terkemuka dalam industri minyak dan gas.
Ketua Pegawai Eksekutif MISA, Siti Patimah Hussin, menegaskan bahawa bidang NDT-RT memainkan peranan penting dalam memastikan kestabilan rangkaian industri, terutama dalam menangani cabaran teknikal serta pembinaan infrastruktur baharu.
“Program latihan ini akan melahirkan lebih ramai tenaga profesional dalam sektor minyak dan gas. Secara tidak langsung, ia meningkatkan produktiviti serta daya saing tenaga kerja tempatan, sekaligus menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara,” jelas Siti Patimah.
Ketua Pegawai Eksekutif MISA, Siti Patimah Hussin
Dengan sasaran melahirkan 200 graduan NDT-RT pada tahun ini, MISA menetapkan durasi latihan selama sebulan dengan kapasiti 20 pelajar bagi setiap sesi mengikut piawaian industri. Ini bertujuan memastikan kualiti latihan yang terbaik serta memberikan tumpuan sepenuhnya kepada setiap peserta.
Ketua Pegawai Eksekutif SIRIM Academy, Nik Sazali Nik Hussin, turut menjelaskan bahawa program latihan yang diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) ini terbuka kepada belia berusia antara 18 hingga 35 tahun, tidak kira sama ada mereka lepasan SPM atau pekerja yang ingin menambah kemahiran.
Ads
“Program ini bukan sahaja memberi peluang kepada mereka yang baru ingin menceburi bidang ini, malah ia juga sesuai untuk pekerja sedia ada yang ingin meningkatkan kemahiran serta kelayakan mereka dalam industri,” katanya.
Pengarah SRC Global Resources, Dato’ Norhisham Mohd. Arifin pula mendedahkan bahawa pihaknya menyasarkan 3,000 penempatan pekerjaan dalam sektor minyak dan gas tahun ini.
“Industri ini memerlukan tenaga kerja mahir dalam jumlah besar kerana ia terus berkembang. Pelajar yang mengikuti program NDT-RT ini tidak perlu risau mengenai peluang pekerjaan kerana penempatan kerja akan disediakan melalui SRC,” ujarnya.
Pusat Latihan Sehenti Tenaga Mahir
MISA juga mengambil satu langkah signifikan dengan memperkenalkan Pusat Latihan Teknikal MISA (MISA TTC) yang bertujuan menjadi pusat latihan bertaraf global.
Ads
MISA TTC menyediakan program kemahiran tinggi dalam sektor minyak dan gas serta teknologi dron, dengan matlamat untuk melahirkan tenaga kerja yang memenuhi keperluan industri moden.
Melalui kursus jangka pendek yang relevan, peluang mendapatkan lesen profesional, serta jaminan penempatan pekerjaan, MISA TTC menjadi platform utama dalam merapatkan jurang antara pendidikan teknikal dan dunia pekerjaan.
Ikon Pelaut MISA, Al Ahmad Shah atau lebih dikenali sebagai CEO Kapal, turut menekankan bahawa industri minyak dan gas menawarkan prospek masa depan yang cerah.
Dengan pengalaman selama 24 tahun dalam bidang perkapalan, beliau yakin bahawa tenaga mahir dalam sektor ini tidak hanya diperlukan di Malaysia, tetapi juga di peringkat antarabangsa.
“Industri ini bukan sahaja stabil, malah menawarkan pendapatan yang lumayan. Bagi mereka yang ingin membina kerjaya yang menjanjikan, ini adalah peluang terbaik,” katanya.
Buat mereka yang berminat untuk menyertai program latihan NDT-RT atau kursus lain yang ditawarkan oleh MISA, maklumat lanjut boleh diperoleh di laman web rasmi mereka di www.yegmy.com.
Dengan langkah ini, MISA terus mengorak langkah sebagai peneraju dalam pembangunan tenaga mahir tempatan demi masa depan industri minyak dan gas yang lebih cemerlang.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk video-video WYB menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Di kalangan pembikin filem pendek bebas, BMW Shorties cukup dikenali sebagai pertandingan kreatif digital paling lama dan berprestij di Malaysia.
Terbaru ia kembali dengan satu lagi karya yang memukau yang dinanti-nantikan, bertajuk ‘Sometimes Feels Like Summer’ (Adakala Terik Musim Tengkujuh), garapan Pemenang Hadiah Utama 2023, Ikram Haizammuri.
Menerusi karyanya, ‘Sometimes Feels Like Summer’, Ikram membawa kita menyusuri kisah emosional seorang gadis yang sedang mencari identiti diri di tengah-tengah kecelaruan dunia remaja.
Berlatarbelakangkan kawasan luar bandar yang sering dipenuhi cabaran dan konflik dalaman, filem ini menangkap pergelutan antara tradisi dan realiti moden.
Kisah ini menyentuh elemen-elemen penting dalam kehidupan remaja — di mana dunia baru yang asing sering kali menarik perhatian, tetapi pada masa yang sama, membawa kebingungan dalam mencari jati diri.
BERSIFAT PERIBADI
Ikram Haizammuri yang berasal dari Kuantan, mengakui bahawa projek cukup bersifat peribadi buatnya.
Mengambil inspirasi dari kehidupan masyarakat desa yang dekat dengan dirinya, beliau mengutarakan naratif tentang kepentingan mencari identiti dalam masyarakat yang berkonflik antara nilai-nilai tradisional dan cabaran semasa.
Sebelum ini, karya Ikram, ‘All Who Leave Go There’, juga mengetengahkan tema hampir sama, iaitu keinginan remaja untuk memahami diri sendiri dalam dunia yang penuh dengan realiti yang sukar diterima.
“Saya sangat berterima kasih kepada BMW Shorties kerana memberikan platform untuk saya berkongsi kisah ini.
“Filem ini adalah cerminan perjalanan universal dalam mencari makna diri, terutamanya bagi mereka yang berada di luar bandar. Saya bangga dapat menyumbang kepada pelbagai naratif yang BMW Shorties perjuangkan,” tambah Ikram.
BUKAN SEKADAR PERTANDINGAN
BMW Shorties bukan sekadar sebuah pertandingan, ia adalah sebuah inisiatif yang membentuk industri kreatif Malaysia dengan memberi peluang kepada bakat-bakat tempatan untuk bersinar.
Sashi Ambihaipahan, Pengarah Komunikasi Korporat dan Kemampanan BMW Group Malaysia, mengulas bahawa ‘Sometimes Feels Like Summer’ adalah karya yang mencerminkan kerumitan remaja dan zaman dewasa dalam cara yang penuh indah.
“Karya Ikram adalah satu lagi bukti betapa berbakatnya penggiat seni tempatan kita. Setiap tahun, pemenang-pemenang BMW Shorties sentiasa memberi inspirasi kepada kami dengan kreativiti mereka.
“Kami berbesar hati untuk menyokong naratif yang mencerminkan realiti masyarakat kita,” kata Sashi.
BMW Shorties 2024 kini kembali dengan tema ‘PULSE’, yang menggalakkan pencipta kandungan tempatan untuk meneroka minat dan semangat kreatif mereka.
Penyertaan dibuka sehingga 30 September 2024, dan sesiapa yang berminat boleh mendapatkan maklumat lanjut di laman web rasmi BMW Shorties.
Bagi mereka yang ingin melihat karya kreatif yang penuh makna seperti ‘Sometimes Feels Like Summer’, jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan bakat tempatan terus berkembang melalui platform seperti BMW Shorties.
Projek-projek seperti ini tidak hanya memaparkan kisah-kisah individu, tetapi juga memperkukuhkan suara kreatif Malaysia yang semakin mendapat perhatian di persada dunia.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
“Keinginan untuk memiliki tubuh ideal membuatkan ramai yang memaksakan diri untuk bersenam sebanyak mungkin hingga melewati batas. Melakukan olahraga yang berlebihan dapat membahayakan tubuh. Tubuh memerlukan waktu untuk beradaptasi dengan latihan olahraga yang anda lakukan. Kelelahan yang diakibatkan oleh latihan beban yang melampau akan meningkatkan risiko terjadinya kecederaan otot hingga mengganggu fungsi tubuh.
“Dalam melakukan workout, perencanaan dan catatan peningkatan sangatlah penting. Workout tanpa ada matlamat dan perencanaan yang baik hanya akan berakhir sia-sia dan hasil yang didapatkan tidak akan maksimal. Tulis goal dan catat perkembangan anda hari. Di Fuel Athletics kami amat menitikberatkan perihal ini, semua pelanggan kami akan diajar secara maksimal dan kami pantau setiap latihan juga pemakanan mereka jika perlu.”
APA NUTRISI YANG HARUS DIAMALKAN?
“Bercakap mengenai makanan, saya tidak begitu pentingkan kepada kuantiti, tapi lebih kepada kualiti. Anda sebenarnya tidak perlu timbang makanan serta mengehadkan jumlah makanan yang diambil. Kita bukan nak buat kek, mungkin agak sukar sedikit pada peringkat awal, namun setelah beberapa kali, anda pasti sudah dapat mengagak jumlah pengambilan sesuatu makanan harian anda. Ini kerana anda perlu mengisi tenaga yang diperlukan untuk membakar lemak tepu anda. Makan seberapa banyak yang anda mahukan, namun ia mestilah sihat. Bagi mereka yang ingin membesarkan otot, lagilah memerlukan makanan yang banyak. Lagi besar badan anda, lagi banyak kuantiti makanan yang anda perlukan.
“Banyak yang beranggapan jika mahu mendapatkan tubuh yang fit dan ideal hanya perlu senaman sahaja. Namun tahukah anda, nutrisi yang terkandung dalam makanan yang diambil berperanan penting dan menentukan apakah workout anda tadi berhasil ataupun tidak. Nutrisi makanan memberikan tenaga yang diperlukan oleh tubuh.”
TIP UNTUK MEREKA YANG NAK TURUNKAN BERAT BADAN
“Sebagai orang yang sama-sama mengharungi detik-detik gemuk suatu tika dahulu, saya nasihatkan anda untuk terus kekal aktif. Apa yang paling penting ialah matlamat kita dalam senaman. Perlu ingat, fitness bukan untuk six pax semata-mata, ia lebih kepada orang yang susah nak berjalan, boleh berjalan. Bukan semua orang mempunyai matlamat kecergasan yang sama, ada yang nak kurus sebab mahu dapatkan jantung yang sihat sahaja.
“Jangan target untuk kurus dalam masa sebulan, anda perlu target dalam tempoh 30 hari itu anda perlu capai jarak joging sebanyak 15 km sebagai contoh. Jadi, setiap minggu anda kena naikkan jumlah larian anda. Jika hari ini anda joging sebanyak 300 meter, anda tambah kepada 1 kilometer pada minggu hadapan. Segelintir orang yang nak kurus, hari pertama sudah melompat kepada 5 kilometer. Badan anda tidak boleh menerima kejutan sebegitu. Anda perlu mula dari bawah, barulah hasil selama 30 hari akan menampakkan peningkatan. Dalam pada masa yang sama, berat badan anda juga akan berkurangan,” akhirnya yang menjadikan ‘Take everyday as a chance to be better sebagai quotes kejayaan buat dirinya.
IKUTI KISAH SELANJUTNYA DI DALAM MASKULIN EDISI MEI 2018
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Sejak tularnya wabak COVID-19, face mask atau topeng muka menerima permintaan yang tinggi sehingga stok face mask sering habis di kebanyakan kedai.
Melihatkan kesukaran untuk mendapatkan face mask, orang ramai mula mencari alternatif mendapatkan face mask secara atas talian walaupun dengan harga yang tinggi.
Namun dalam keadaan yang terdesak ini, masih ada pihak yang menjalankan sindiket penipuan face mask sehingga menyebabkan orang ramai mengalami kerugian.
Bagi mengelakkan anda ditipu oleh pihak yang tidak bertanggungjawab, Cyber Crime Alert Royal Malaysia Police ada kongsikan cara untuk anda menyemak akaun scammer.
TIPU PEMBELIAN FACE MASK!
Menangguk di air keruh. Peribahasa yang sangat sesuai untuk menggambarkan perangai scammer yang mengambil kesempatan atas kegusaran masyarakat Malaysia hari ini.
Seperti yang kita sedia maklum, kes jangkitan Covid-19 di Malaysia meningkat berganda-ganda setiap hari. Setiap hari juga ada dilaporkan kematian akibat Covid-19.
Maka berpusulah masyarakat ingin mendapatkan face mask, hand sanitizer, sarung tangan dan pelbagai barang lain untuk melindungi diri dari wabak ini.
Sikap peka ini admin kagum!
Tapi admin rasa cukup jika masyarakat mengikut arahan kerajaan dengan duduk di rumah., STAY AT HOME.
Namun begitu, admin terkilan dengan sikap sesetengah pihak yang masih ingin mengambil kesempatan dalam kesempitan rakyat. Ada yang cuba menipu menjual face mask.
Sejak Januari hingga 24 Mac 2020 ini, terdapat 336 kertas siasatan dibuka melibatkan penipuan face mask atas talian. Sebanyak 240 kes adalah dari tawaran iklan di Facebook. Dan kes ini meningkat dengan banyaknya setiap hari! 😔😔
Maka ingin admin ingatkan !!
BERHATI-HATI dengan tawaran iklan face mask atas talian.
Suami bandingkan masakan isteri dengan ibu, buat isteri kecil hati. Setiap orang mempunyai air tangan tersendiri. Sedap atau tidak hanya orang merasai sahaja. Begitu juga dengan masakan isteri untuk diberikan kepada keluarga tidak akan sama dengan ibu sendiri atau mentua.