Kali ini MASKULIN ingin share beberapa fakta menarik atau fun fact tentang beberapa undang-undang bola sepak yang mungkin selama ini anda sendiri tak tahu kewujudannya.
Pemain tidak boleh menjaringkan gol sendiri secara terus dari sepakan percuma atau lontaran ke dalam. Sebaliknya pihak lawan akan diberikan sepakan sudut.
Kad kuning diberikan ke atas pemain yang meraikan jaringan dengan keterlaluan adalah muktamad. Walaupun selepas itu pihak pengadil mendapati jaringan tidak sah dan dibatalkan.
Pemain boleh dikenakan kad merah sebelum bermulanya sepak mula. Tindakan yang tiada sifat kesukanan atau agresif ke atas penonton atau pemain lawan boleh dikenakan kad merah walaupun wisel belum ditiup.
Andai kata bola yang dijaringkan didapati bocor atau kemek, jaringan tersebut tidak akan dikira. Ini kerana bola yang masuk ke dalam gawang haruslah berada dalam keadaan sempurna.
Perlawanan hanya boleh diteruskan jika setiap pasukan mempunyai sekurang-kurangnya tujuh orang pemain. Jika ada lagi pemain dikenakan kad merah perlawanan akan dihentikan. Ini kerana maksimum kad merah untuk sebuah pasukan hanyalah empat.
Jika pemain lawan yang membuat benteng di dalam kotak penalti semasa sepakan percuma membaling ‘shin guard’ terhadap bola, pengadil akan memberikan sepakan penalti. Shin guard tersebut dianggap sebagai ‘extension’ kepada tangan pemain yang melontar.
Semasa sepakan percuma pemain menyerang perlu berada sekurang-kurangnya 1 ela daripada benteng pasukan bertahan. Peraturan ini diperkenalkan bermula musim 2019/20 bagi mengurangkan melengahkan perlawan dan keagresifan.
Penjaga gol tidak dibenarkan menyentak tiang gol sehingga ia beralih kedudukan
Terdapat pelbagai undang-undang bola sepak yang MASKULIN sendiri pun tidak tahu bahawa ia selama ini wujud. Semoga perkongsian ini dapat memberikan pencerahan terutama buat anda peminat bola sepak.