Tak susah mana pun kalau anda nak nampak hot & menarik jika berada di khlayak umum lebih-lebih lagi ketika mencari pasangan atau mahukan perhatian.
Apa yang penting, yakin pada diri sendiri dan kenali situasi yang bakal anda lalui. Selain itu, apa kata cuba 10 tip ini :
1. Mengelilingi diri dengan kawan-kawan
Kajian mendapati seseorang itu akan kelihatan lebih menarik jika dia berada dalam sesebuah kumpulan. Tidak kiralah dalam kumpulan kecil atau kumpulan besar.
Ini kerana otak kita menilai sesuatu kumpulan itu secara agregat dan menjadikan setiap muka kelihatan dalam keadaan sama rata serta menarik.
2. Mengikut gerak geri individu yang diminati
Dengan mengikut meniru gerak geri seseorang yang berketrampilan, secara halusnya anda menjadikan diri anda kelihatan lebih menarik di mata pasangan masing-masing.
Ini kerana bahasa badan atau body language merupakan cara berkomunikasi yang kuat dan sangat penting pada peringkat awal tarikan fizikal kerana ia membantu untuk meyakinkan orang lain bahawa anda berkongsi banyak persamaan.
Cuba bayangkan kalau anda ini seseorang yang sangat pandai meniru gaya romantik pelakon India terkenal, Shah Rukh Khan, mesti si dia akan sentiasa cair pada saat melihat anda.
3. Menjadi seseorang yang pandai berjenaka
Wanita juga lebih tertarik kepada lelaki yang boleh membuat mereka ketawa kerana fakta mengatakan mereka yang pandai berjenaka dianggap lebih bersosial dan lebih pintar.
Ciri ini juga merupakan sesuatu yang wanita cari dalam pasangan. Tidak perlu sehingga menjadi raja lawak. Cukup sekadar bijak membuat lawak situasi yang membolehkan si dia tersenyum dan ketawa kecil.
4. Tampil berpakaian merah
Warna merah telah terbukti meningkatkan daya tarikan seorang lelaki mahupun perempuan, kerana ia membuatkan mereka kelihatan lebih menarik dari segi seksual.
5. Berinteraksi bersama bayi atau kanak-kanak
Lelaki yang pandai berinteraksi bersama bayi adalah tiga kali lebih menarik. Ini kerana perwatakan itu memberi gambaran seolah-olah mereka akan menjadi seorang bapa yang baik pada masa hadapan.
Jadi kepada si bujang yang mempunyai kenalan yang sudah memiliki anak, rajin-rajinlah bermain dengan anak mereka dan jangan lupa selfie tau!
6. Berjambang halus dan kemas
Mengikut kajian, wanita mendapati lelaki yang mempunyai jambang nipis kelihatan lebih menarik daripada janggut penuh, atau wajah sepenuhnya bercukur licin.
Ia kerana jambang menunjukkan keseimbangan dan tahap maskulin yang tinggi.
7. Menjadi ketua atau pemimpin
Semua orang sukakan kuasa. Sebuah kajian yang dijalankan pada 2014 mendapati bahawa mereka yang memimpin sesebuah kumpulan adalah lebih menarik daripada ahli kumpulan lain.
8. Lebihkan senyuman
Sebuah kajian di Switzerland mendapati bahawa mereka yang sering senyum kelihatan lebih menarik berbanding mereka yang tidak. Jadi, senyum tak perlu kata apa-apa.
9. Tinggal di tempat yang mewah
Dalam satu eksperimen dijalankan oleh Cardiff Metropolitan University, mereka menugaskan seorang lelaki untuk mengambil gambar dalam keadaan postur kasual dalam sebuah apartmen mewah dan satu lagi dalam apartmen biasa.
Dan hasilnya, gambar lelaki dalam apartmen mewah mempunyai daya tarikan yang lebih tinggi kerana dia kelihatan seperti seorang yang berkerjaya dan mampu menjaga keluarga.
10. Main alat muzik
Dalam satu kajian, penyelidik meminta 1,500 wanita dengan purata usia 28 tahun untuk mendengar muzik biasa dan muzik kompleks bagi tujuan menilai daya tarikan komposer.
Keputusan mendapati wanita-wanita ini lebih sukakan kepada muzik yang lebih kompleks.
Kalau di barat, Jazz adalah satu muzik yang kompleks namun di Asia, keroncong adalah satu muzik tradisional yang sangat genius.
Sebab itulah lagu Srikandi Cintaku yang dinyanyikan semula oleh Datuk Awie Wings dan Mus May dalam versi keroncong memikat hati ramai orang.
Berdasarkan 10 tip ini, adakah anda bersetuju dengannya atau pun anda ada lagi info lain yang mungkin Maskulin terlepas pandang? Apa kata kongsikan bersama kami.