Pelbagai Kisah & Pakaian Melangkaui Musim, Levi’s Tampil Meraikan Ramadan Dengan Seleksi Ikonik

Share

Apabila menyebut tentang seluar jean atau denim jenama Levi’s pastinya yang pertama akan muncul di minda bagi kebanyakan daripada anda semua. Dan siluet seluar jean yang paling ikonik dan bersifat ‘timeless’ dari Levi’s pula adalah jean 501.

Bersempena ketibaan Ramada dan musim perayaan Hari Raya tidak lama lagi, Levi’s telah memperkenalkan kempen ‘Good Today, Better Tomorrow’.

Slogan itu membawa signifikasi objektif jenama ini untuk memperkasakan sifat berusaha menjadi lebih baik, berhati mulia dan lebih bermuhasabah sesuai dengan bulan Ramadan.

Menggunakan Levi’s 501 sebagai ‘kanvas’ kempen ini ia menggambarkan bagaimana siluet jean itu terjalin dengan kehidupan yang berubah menjadi seiring peredaran masa.

ESTETIKA PENGGAYAAN

Bersama estetika 501, kempen ini menghidupkan kolektif realis yang penuh harapan, dengan barisan individu yang mewakili keaslian, penggayaan mudah serta mengambil kira masa lampau, kini dan masa depan jean 501.

Dirakamkan dalam palet ton putih, biru nila, hijau dan kuning dengan berlatarkan tekstur pinggiran bandar, imej yang tampilkan dipenuhi dengan watak dan kompleksiti yang menekankan keunikan pada denim.

Seleksi kisah-kisah ini telah berjaya dirakam dalam bentuk video menarik dimana kami dapat berkongsi hubungan emosi yang unik antara celana jean 501 dengan sambutan perayaan Aidilfitri menerusi tema nilai, komuniti, gaya peribadi, vintaj dan penggunaan sesuai.

Variasi selsksi pakaian Levi’s musim ini mampu melengkapkan lagi majlis-majlis keraian dengan sorotan warna segar dan siluet klasik. Manakala untuk wanita pula dengan sentuhan feminin hadir dalam bentuk blaus berlengan panjang.

Manakala untuk lelaki kemeja berbutang yang dipadankan dengan 501® Original yang ikonik dan pengenalan kepada helaian vintaj baharu dalam himpunan ini.

Dengan reka bentuk baharu 501® ’54 untuk si jejaka, Levi’s mengabadikan helaian jeans vintaj terlaris itu lalu memberikan nafas klasik baharu menerusi kaki berpotongan tirus, padanan lurus pada punggung dan peha, bersama stail ikonik yang digemari.

Di antara seleksi lain turut diperkenalkan termasuklah XX Chino dalam Standard Taper dan EZ Taper, yang bukan sahaja selesa malah longgar dengan regangan yang seimbang.

Ia menampilkan lebih gaya namun masih kemas dan kontemporari. Manakala bagi padanan atas pula penggayaan santai dan kasual diserlahkan menerusi kemeja berbutang dan kemeja-T potongan longgar. Mudah dipadankan dengan helaian klasik moden.

Kepelbagaian penampilan untuk wanita pula menawarkan siluet lebih longgar dan feminin. Blaus berlengan panjang dalam campuran cetakan warna dan corak turut menjadi tumpuan bagi musim perayaan ini.

Levi’s turut  menyatukan elemen popular iaitu siluet kaki lebar melengkung bersama padanan ‘baggy’ khas kami.

Seluar ini turut ditampilkan dengan beberapa lipatan dan menghasilkannya secara lestari menggunakan TENCEL™ Lyocell, gentian lembut yang diperoleh daripada kayu yang diperoleh secara mampan.

Himpunan Ramadan ini berharga antara RM129 hingga RM459, dan boleh didapati menerusi levi.com.my serta di butik Levi’s seluruh negara mulai Mac 2023.

Published by
Farizul Izwany Ibrahim