Di kalangan peminat acara larian nama Soh Wai Ching pasti tidak asing lagi. Nama pelari ini cukup terkenal kerana kehebatannya dalam melakukan larian menara yang berjaya mencipta nama bukan sahaja di peringkat nasional tetapi antarabangsa.
Dua tahun lalu dia berjaya menjuarai larian menara Empire State Building di Amerika Syarikat dan terbaru Soh Wai Ching sekali lagi mencipta kejayaan luar biasa yang hampir sama.
Jaguh pelari menara ini membuka tirai tahun 2024 dengan cukup cemerlang selepas berjaya meraih kemenangan di Qingdao Vertical Marathon, China.
Menerusi cabaran yang dianggap cukup sukar tersebut, Soh Wai Ching berjaya menguasai cabaran dengan larian mendaki sebanyak 2,121 anak tangga. Menara tersebut mempunyai 81 tingkat dan lebih hebat lagi dia hanya mengambil masa selama 12 minit 17 saat sahaja.
Sekali gus mencipta rekod baru kejohanan!
Ternyata larian dan pendakian yang dilakukannya pada kali ini bukan sekadar kemenangan biasa. Soh Wai Ching yang kini berusia 29 tahun memecahkan rekod kejohanan yang sebelum ini dipegang oleh pelari tempatan, Shi Ai Ai dengan masa 12:45 saat.
Dengan kejayaan ini, Wai Ching telah menoreh rekod baru dalam larian menawan menara setinggi 331 meter tersebut.
Dengan penuh semangat, Wai Ching berkata, “Saya sangat gembira menjadi juara dan lebih lagi kerana berjaya memecahkan rekod lama. Ini adalah sasaran saya dan saya bersyukur atas sokongan semua. Saya berazam untuk terus berjuang dengan semangat yang sama sepanjang tahun 2024!”
Kenyataan ini menunjukkan tekad dan semangat juang Wai Ching yang tinggi, dan pastinya akan menjadi inspirasi untuk ramai.
Tahniah MASKULIN ucapkan buat Soh Wai Ching, atlet unggul yang terus-menerus mengharumkan nama negara!
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI