Berita

Pelakon “Pirates of The Caribbean”, Tamayo Perry Maut Diserang Jerung

Share

Pelakon filem Pirates of The Caribbean, Tamayo Perry meninggal dunia akibat diserang jerung ketika meluncur ombak di Hawaii, Amerika Syarikat (AS).

Memetik laporan BBC, kematian Tamayo Perry yang berusia 49 tahun itu disahkan oleh pihak perkhidmatan kecemasan Honolulu menerusi satu sidang media.

Sekitar jam 1.00 tengah hari waktu tempatan, satu panggilan kecemasan telah dibuat dari Pantai Malaekahana.

Tamayo yang juga seorang anggota penyelamat pantai, disahkan meninggal dunia oleh paramedik selepas dibawa ke pinggir laut menggunakan jet ski.

Seorang Peluncur Laut Profesional

Selain bergelar seorang pelakon, Tamayo juga aktif sebagai seorang peluncur laut profesional selama lebih sedekad. Malah, dia juga seorang jurulatih aktiviti itu.

Tamayo telah mengharungi banyak cabaran dalam kerjayanya sebagai peluncur laut, termasuk satu kejadian yang hampir meragut nyawanya.

Sumber foto: The Daily Beast.

Bagaimanapun, pelakon kelahiran Oahu itu tidak menceritakan lebih terperinci mengenai kejadian-kejadian tersebut.

Sebaliknya, dia hanya memberitahu yang kejadian itu disebabkan oleh kecuaian pihak lain.

Kecintaan Tamayo terhadap laut dan aktiviti meluncur ombak telah membentuk sebahagian besar daripada hidupnya.

Meskipun berhadapan dengan pelbagai risiko, dia tetap tidak gentar dan terus mengejar minatnya.

Dedikasi dan ketabahan yang ditunjukkan oleh Tamayo dalam sukan ini menjadi inspirasi kepada ramai, terutamanya kepada mereka yang berkongsi minat yang sama.

Sumber foto: CNN.

Penampilan Filem & Drama TV

Menerusi filem berjudul Pirates of the Caribbean: On Stranger Tides yang merupakan filem keempat dalam siri filem itu, Tamayo memainkan watak sebagai salah seorang lanun.

Selain itu, dia turut membintangi beberapa drama televisyen seperti Lost, Hawaii Five-0, dan juga filem seperti Blue Crush, Charlie’s Angels: Full Throttle serta membintangi iklan minuman bikarbonat Coca-Cola.

Dalam dunia hiburan, Tamayo Perry dikenali sebagai seorang yang berbakat besar dan berdedikasi dalam setiap watak yang dilakonkannya.

Komitmen beliau terhadap kerjaya lakonan dan kecemerlangan dalam sukan meluncur ombak menjadikan Tamayo sebagai seorang yang dihormati dan diingati oleh rakan-rakan dan peminatnya.

Kehilangannya adalah satu kehilangan besar kepada industri hiburan dan komuniti peluncur ombak.

Semangat juangnya dan kecintaan terhadap sukan meluncur ombak serta dedikasi kepada seni lakonan akan terus diingati.

Legasi Tamayo Perry akan terus hidup dalam ingatan mereka yang mengenalinya, sama ada melalui karyanya di layar perak atau sumbangannya dalam dunia sukan.

Sumber: BBC

BACA: ‘President Snow The Hunger Games’ Meninggal Dunia

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

Published by
Ruszaini Ruslan