Pelakon filem Pirates of The Caribbean, Tamayo Perry meninggal dunia akibat diserang jerung ketika meluncur ombak di Hawaii, Amerika Syarikat (AS).
Memetik laporan BBC, kematian Tamayo Perry yang berusia 49 tahun itu disahkan oleh pihak perkhidmatan kecemasan Honolulu menerusi satu sidang media.
Sekitar jam 1.00 tengah hari waktu tempatan, satu panggilan kecemasan telah dibuat dari Pantai Malaekahana.
Tamayo yang juga seorang anggota penyelamat pantai, disahkan meninggal dunia oleh paramedik selepas dibawa ke pinggir laut menggunakan jet ski.
Seorang Peluncur Laut Profesional
Selain bergelar seorang pelakon, Tamayo juga aktif sebagai seorang peluncur laut profesional selama lebih sedekad. Malah, dia juga seorang jurulatih aktiviti itu.
Tamayo telah mengharungi banyak cabaran dalam kerjayanya sebagai peluncur laut, termasuk satu kejadian yang hampir meragut nyawanya.
Bagaimanapun, pelakon kelahiran Oahu itu tidak menceritakan lebih terperinci mengenai kejadian-kejadian tersebut.
Ads
Sebaliknya, dia hanya memberitahu yang kejadian itu disebabkan oleh kecuaian pihak lain.
Kecintaan Tamayo terhadap laut dan aktiviti meluncur ombak telah membentuk sebahagian besar daripada hidupnya.
Meskipun berhadapan dengan pelbagai risiko, dia tetap tidak gentar dan terus mengejar minatnya.
Dedikasi dan ketabahan yang ditunjukkan oleh Tamayo dalam sukan ini menjadi inspirasi kepada ramai, terutamanya kepada mereka yang berkongsi minat yang sama.
Penampilan Filem & Drama TV
Menerusi filem berjudul Pirates of the Caribbean: On Stranger Tides yang merupakan filem keempat dalam siri filem itu, Tamayo memainkan watak sebagai salah seorang lanun.
Ads
Selain itu, dia turut membintangi beberapa drama televisyen seperti Lost, Hawaii Five-0, dan juga filem seperti Blue Crush, Charlie’s Angels: Full Throttle serta membintangi iklan minuman bikarbonat Coca-Cola.
Dalam dunia hiburan, Tamayo Perry dikenali sebagai seorang yang berbakat besar dan berdedikasi dalam setiap watak yang dilakonkannya.
Komitmen beliau terhadap kerjaya lakonan dan kecemerlangan dalam sukan meluncur ombak menjadikan Tamayo sebagai seorang yang dihormati dan diingati oleh rakan-rakan dan peminatnya.
Ads
Kehilangannya adalah satu kehilangan besar kepada industri hiburan dan komuniti peluncur ombak.
Semangat juangnya dan kecintaan terhadap sukan meluncur ombak serta dedikasi kepada seni lakonan akan terus diingati.
Legasi Tamayo Perry akan terus hidup dalam ingatan mereka yang mengenalinya, sama ada melalui karyanya di layar perak atau sumbangannya dalam dunia sukan.
Semua orang ingin sihat dan langsing bukan. Pastinya buat seorang lelaki badan yang kurus dan bertenaga menjadi idaman.
Aaargh, memerangi lemak degil impaknya bagai bertempur di medan peperangan. Yang pasti, lemak tenyata antara kandungan di dalam badan yang sukar untuk dihapuskan. Namun, ada beberapa rutin dan tabiat yang anda lakukan setiap hari, bagus ke untuk diri anda?
Macam-macam cara dah cuba tapi masih tak kurus-kurus. Apa puncanya? Cuba perhatikan Kena tahu 6 tabiat buruk atau kesalahan yang anda perlu elakkan kalau betul-betul nak kurus!
1. Banyak makan makanan masin & berlemak
Makanan berlemak yang terkumpul akan menjadi lemak degil. Garam boleh akibatkan hipertensi dan cecair terkumpul dalam badan. Tu yang buatkan berat badan anda susah nak turun.
2. Selalu stres
Hormon kortisol yang keluar ketika stres akan merangsang nafsu makan, melambatkan metabolisme dan buatkan lemak terkumpul pada perut. Jauhi diri anda dari tekanan.
3. Sering berjaga malam
Kajian mendapati, kurang tidur meningkatkan hormon rasa lapar dan menurunkan hormon rasa kenyang. Kajian juga membuktikan, tidur kurang dari 4 jam sehari akan menyebabkan obesiti.
4. Tidak makan di meja makan
Makan sambil menonton TV dan sambil menaip di komputer buatkan anda tidak menikmati makanan dengan baik. Akhirnya, ia buatkan anda rasa lapar lagi walaupun anda dah makan.
5. Malas Bergerak
Sambil bekerja, lakukan senaman ringan seperti regangan kaki dan tangan. Ambil masa selama lima minit setiap satu jam. Ia mampu membakar kalori daripada duduk diam je tak buat apa.
6. Tidak ambil produk tenusu
Yogurt bebas lemak, keju atau susu rendah lemak mampu mengusir 70 peratus lemak dari tubuh. Kalsium daripada susu mampu membakar lebihan lemak pada tubuh.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Kemalangan berlaku di mana-mana sahaja. Di darat, lautan mahupun di udara. Ia juga bukanlah sesuatu yang kita duga, namun kita masih boleh menghalangnya dari terjadi. Jom lihat senarai 5 kemalangan paling tragis di dunia yang buat kamu rasa lebih hati-hati bila memandu.
1. Tumpahan minyak Exxon Valdez, 1989 (RM10.71 billion)
Kejadian berlaku di Prince William Sound, Alaska pada 24 Mac 1989 apabila kapal tangki minyak milik syarikat perkapalan Exxon Valdez terlanggar terumbu karang ketika dalam perjalanan ke Long Beach, California.
2. Letupan space shuttle challenger, 1986 (RM23.56 billion)
Kemalangan melibatkan letupan Space Shuttle Challenger ini berlaku pada 28 Januari 1986 apabila ia meletup selepas 73 saat berlepas yang telah meragut 7 nyawa krewnya. Kemalangan itu disebabkan oleh kelemahan pada rekaan ‘O-ring” nya yang mana gagal menutup satu daripada sendi kapal angkasa tersebut. Ia lantas menyebabkan tekanan angin dari luar membuatkan tangki luar yang menyimpan hidrogen bocor.
3. Chernobyl, 1986 (RM856 billion)
Dunia menyaksikan kemalangan termahal di dalam sejarah pada 26 April 1986 yang telah dikategorikan antara satu kemalangan berskala 7 (maksima) oleh International Nuclear Event Scale. Ia dikaitkan dengan operator janakuasa yang melanggar prosedur dan tidak mengendahkan keperluan keselamatan yang diperlukan. Kemalangan Chernobyl juga menyumbang kepada bencana sosio-ekonomi terhebat dalam sejarah hingga menyebabkan 50% bahagian daripada Ukrain terjejas dan dipindahkan. 200,000 orang telah dipinsahkan manakala 1.7 juta yang lain terjejas secara terus. Jumlah kematian yang dicatakan sebanyak 125,000 mangsa termasuk mereka yang mati akibat kanser selepas beberapa tahun. Tiada siapa benar-benar tahu jumlah sebenar kerugian oleh malapetaka ini. Jumlah RM856 billion adalah angka yang dianggap patut termasuk kos pembersihan, transmigrasi dan pampasan kepada mereka yang terlibat.
4. Tenggelamnya kapal RMS Titanic, 1912 (RM642 juta)
Juga merupakan antara kemalangan yang paling terkenal dalam sejarah dunia. Ini disebabkan oleh penghasilan filem oleh direktor James Cameron yang juga filem yang mengutip keuntungan kelima tertinggi di dunia. Kapal yang dikatakan tidak akan tenggelam walaupun dengan kuasa tuhan, oleh pembuatnya iaitu Harland and Wolfff ini tenggelam dalam pelayaran sulungnya daripada Southampton, England ke New York City, Amerika Syarikat. Kejadian malang itu terjadi selepas kapal mewah ini bertembung dengan iceberg pada jam 11.40 malam (waktu kapal) dan telah mengorbankan lebih daripada 1,500 orang penumpang. The Titanic dianggap sebagai salah satu pengangkutan laut yang paling mewah dan mahal pernah dihasilkan. Kosnya menelan belanja RM30 juta pada 1909, bersamaan RM642 juta kini.
5. Perlanggaran keretapi di Chatsworth, 2008 (RM2.14 billion)
25 daripada 222 orang penumpang terbunuh apabila keretapi Metrolink terlibat dalam perlanggaran dengan keretapi barang tempatan Union Pacific pada 12 September 2008. Kemalangan itu berlaku selepas keretapi Metrolink baru sahaja meninggalkan stesen Chatsworth lebih kurang 2 kilometer.
6. Lori tangki minyak meletup di jambatan Wiehtal, 2004 (RM1.5 billion)
Pada 26 Ogos 2004, sebuah lori tangki minyak yang membawa 32,000 liter minyak telah bertembung dengan sebuah kereta di jambatan Wiehltal di Jerman. Lori tangki berkenaan meranapkan rel penghadang tepi jambatan tersebut dan jatuh daripada lebuhraya A4 tersebut. Letupan tersebut telah menghancurkan jambatan tersebut dan kos pembaikan sementara berharga RM171 juta manakala kos menggantikan jambatan tersebut melibatkan kos sebanyak RM1.3 billion. Kemalangan ini merupakan kemalangan yang termahal pernah dicatatkan dalam sejarah Jerman. Insiden itu terjadi disebabkan oleh kecuaian keretapi Metrolink itu sendiri yang mengabaikan signal merah ketika konduktor sibuk menerima mesej dan kerugian dianggarkan sebanyak RM2.14 billion.
sumber: iluminasi.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Adakah Malaysia sudah boleh menerima Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT)? Aktivis LGBT terkenal iaitu Nisha Ayub baru-baru ini telah mengejutkan seluruh rakyat Malaysia dimana perjumpaan dia bersama Datuk Dr. Mujahid bin Yusof yang merupakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Menerusi Sinar Harian pertemuan antara dirinya dan Nisha Ayub baru-baru ini tidak bermakna beliau bersetuju dengan semua yang diperjuangkan mahupun mengiyakan golongan LGBT.
“Nisha telah menghubungi saya sendiri untuk mengadakan pertemuan dan saya menerima kehadirannya dengan ikhlas memandangkan isu berkaitan transgender perlu diselami serta difahami khususnya yang berkaitan dengan peranan institusi agama bagi menangani fenomena ini,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini. (Sumber Sinar Harian)
Tular di laman sosial media berkaitan dengan isu ini dimana golongan Mak Nyah dibenarkan untuk masuk ke tandas awam wanita. Walaupun ia baru dalam fasa perbincangan, namun ada segelintir masyarakat sudah mula tidak selesa dengan perihal ini, malah mula membuat spekulasi liar bahawa Malaysia kini menyokong LGBT.
Sidang media pertemuan di antara Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama), Datuk Dr. Mujahid Yusuf dan Aktivis, Nisha Ayub di Kompleks Islam Putrajaya.Sumber: FB Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)
“Membenarkan Transgender ataupun mak nyah masuk ke dalam tandas wanita itu bertentangan dengan norma-norma ataupun adab tatasusila fitrah manusia. Tak boleh lah. Akan mendatangkan fitnah. Sebab yang masuk itu itu lelaki tulen. Lelaki sejati. Masuk tandas perempuan akan memperlihatkan aurat perempuan, walaupun bentuk badan lelaki itu sudah seperti wanita.”
Walaubagaimanapun pertemuan itu lebih kepada perbincangan bagaimana untuk mengatasi masalah diskriminasi terhadap golongan mak nyah serta bagaimana untuk mengatasi masalah yang dihadapi mereka termasuk penghayatan soal-soal agama dan beribadat secara khusus. Apa yang paling utama ketika ini ialah kita perlu hapuskan budaya benci dan diskriminasi kepada komuniti tersebut terutamanya di tempat kerja mahupun di tempat-tempat awam. (Sumber Sinar Harian)
Apa pandangan anda pula?
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.