Takziah buat ahli keluarga pelakon Nizen Ayob. Arwah telah menghembus nafas terakhir pada hari ini (6 Ogos 2018) pada pukul 11.55 pagi di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru.

Pelakon Nizen Ayob Meninggal Akibat Komplikasi Buah Pinggang,Tak Sangka Rupanya Dia Juga Pernah Disihir!

Mungkin ramai daripada kita tidak mengenali nama Nizen Ayob. Nama sebenar beliau, Saiful Nizen Ayob merupakan seorang pelakon yang memulakan kerjaya lakonan pada 2008 dan merupakan salah seorang bekas peserta rancangan realiti TV, Pilih Kasih musim ketiga

Sebelum ini, pelakon Nizen Ayob pernah memuat naik sekeping gambar menunjukkan sebatang paku berkarat dan objek hitam yang tidak dapat dikenal pasti selain kecederaan di dahinya ketika berubat.

https://www.instagram.com/p/BYmhM6_nuCw/?taken-by=nizenayob

IKLAN

Nizen juga turut mengakui dirinya telah di sihir oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

Pelakon yang mempunyai pertalian darah dengan Allahyarhamah Seniwati Datin Umi Kalthum dan Noorkumalasari ini pernah membintangi drama popular antaranya Janji Jaslina, Istikharah Cinta dan Cinta Jannah.

IKLAN

Difahamkan arwah lahir dan membesar di Johor dan mempunyai pertalian darah dengan pelakon veteran terkenal, Allahyarham S. Roomai Noor dan isteri, Allahyarhamah Umi Kalthum.

https://www.instagram.com/p/BiHV-b2nGkj/?taken-by=nizenayob

IKLAN

Sejak akhir-akhir ini arwah jarang memuatnaik gambar di media sosial. Namun sebuah video yang dimuatnaik pada April lalu mungkin video terakhir dia bersama keluarga. Paling sebak bila lihat reaksi wajah arwah memandang muka ahli keluarga terutama ibunya.

Walaubagaimanapun, hanya Allah yang mengetahui segalanya. Semoga arwah Nizen dalam kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah.

SUMBER MSTAR

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI