Kita sering kali berasa kagum bentuk badan dengan pelakon-pelakon bintang Hollywood menerusi filem-filem aksi lakonan mereka. Kadangkala kita juga hairan bagaimana mereka mampu bertukar-tukar bentuk badan atau melakukan transformasi menerusi filem berbeza.
Salah seorang daripada pelakon tersebut ialah Jared Leto yang cukup popular dengan karakter lakonannya, Joker. Bagi penggemar filem dan peminat Jared Leto khususnya, pasti anda perasan dia sentiasa tampil dengan bentuk badan berbeza-beza dalam kebanyakan filemnya.
Kadang-kadang dia tampil cukpu kurus dan ada juga penampilan dengan bentuk badan penuh otot sasa bak pejuang seni mempertahankan diri. Sebenarnya Jared merupakan seorang peminat aktiviti kecergasan dan sukan lasak.
Terbaru menerusi perkongsiannya di Instagram, Jared Leto menonjolkan kekuatan badannya terutamanya upper body dengan melakukan aktiviti mendaki atau indoor climbing.
Siapa sangka aktor berusia 49 tahun ini mampu melakukan aksi dengan cukup mudah sekali. Buat anda yang biasa dengan indoor climbing pasti tahu betapa sukarnya melakukan aksi sepertinya. Áksinya tak ubah seperti karakter Tarzan yang bergayut dari dahan ke dahan.
Indoor climbing atau rock climbing merupakan aktviti yang cukup berkesan untuk membina kekuatan otot bisep dan lengan. Ia juga bukan tentang kekuatan tangan semata tetapi melibatkan otot keseluruhan badan. Disebabkan itulah sukan ini menjadi sangat popular di kalangan selebriti lain juga seperti Jason Momoa (Aquaman).
Menerusi video tersebut kita dapat rumuskan bahawa ini bukanlah kali pertama Jared Leto melakukan indoor climbing. Pergerakannya nampak seperti seorang yang sudah profesional membuktikan bahawa ia adalah aktiviti yang sudah lama dilakukannya.
Jadi buat anda yang mungkin nak body cantik seperti Jared Leto bolehlah cuba melakukan aktiviti mendaki seperti ini ya.