Pedro Pascal bukan lagi nama asing dalam dunia perfileman. Dari peranannya sebagai Oberyn Martell dalam Game of Thrones, kepada wataknya sebagai Din Djarin/The Mandalorian dalam siri Star Wars.
Pedro Pascal telah membuktikan bahawa dia bukan sekadar pelakon biasa. Karismanya, kebolehannya membawa watak dengan penuh emosi, dan kehadiran yang kuat di layar menjadikannya antara pelakon paling berpengaruh hari ini.
Sebelum ini, Pascal memikat hati peminat dengan peranannya dalam Narcos sebagai agen DEA Javier Peña, mempersembahkan kecekapan serta ketegangan dalam kisah dunia kartel dadah.
Sementara itu, peranannya dalam The Last of Us sebagai Joel membawa dimensi emosi yang lebih mendalam, menjadikannya bintang yang boleh membawa naratif yang kompleks dan berat.
Kini, Pascal bersedia untuk menggalas satu lagi peranan epik – Reed Richards/Mister Fantastic dalam The Fantastic Four: First Steps.
Sentuhan Retro-Futuristik
Bersiap sedia untuk satu lagi letupan aksi dalam dunia sinematik Marvel! “The Fantastic Four: First Steps” akhirnya memperlihatkan teaser rasmi yang menjanjikan pengalaman luar biasa dengan sentuhan retro-futuristik.
Ini bukan sekadar kisah adiwira biasa, tetapi sebuah pengembaraan penuh epik yang bakal menggugah imaginasi generasi baharu peminat filem komik.
Ads
Selain Pascal sebagai Mister Fantastic, naskhah terbaru ini turut menampilkan barisan pelakon terkenal membawakan watak-watak ikonik The Fantastic Four:
Vanessa Kirby sebagai Sue Storm/Invisible Woman – Wanita misteri dengan kuasa halimunan.
Joseph Quinn sebagai Johnny Storm/Human Torch – Lelaki api yang sentiasa bersemangat.
Ebon Moss-Bachrach sebagai Ben Grimm/The Thing – Raksasa batu dengan hati yang besar.
Bukan itu sahaja, ancaman besar turut diperkenalkan dengan kemunculan semula makhluk kosmik paling digeruni, Galactus yang dilakonkan oleh Ralph Ineson, bersama-sama Silver Surfer (Julia Garner) yang tampil dengan watak lebih kompleks dan menarik.
Kembali Dengan Gaya 1960-an
Berbeza dengan adaptasi sebelumnya, “The Fantastic Four: First Steps” menampilkan latar masa yang berinspirasikan era 1960-an, memberi penghormatan kepada zaman asal komik ini mula diperkenalkan.
Bayangkan suasana dunia yang dipenuhi elemen retro-futuristik dengan teknologi canggih yang masih mengekalkan estetika klasik.
Ads
Daripada babak awal teaser, kita dapat melihat bagaimana keluarga adiwira ini bersatu untuk melindungi dunia mereka daripada ancaman luar biasa. Interaksi mereka penuh dinamika, menampilkan hubungan keluarga yang rapat serta semangat perjuangan yang tidak berbelah bahagi.
Jika anda peminat sejati komik Marvel, pasti tahu bahawa Galactus bukan ancaman biasa. Dalam teaser ini, sosoknya yang gergasi serta aura menggerunkan memberikan gambaran betapa besarnya cabaran yang bakal dihadapi oleh The Fantastic Four.
Ads
Kehadiran Silver Surfer pula menambahkan elemen misteri – adakah dia sekadar hamba kepada Galactus atau akan beralih arah untuk membantu pasukan ini?
Marvel Studios telah belajar daripada kesilapan filem terdahulu dan kali ini mereka tampil dengan sesuatu yang segar dan lebih menepati citarasa peminat.
Dengan pengarahan oleh Matt Shakman, filem ini bukan sekadar reboot biasa, tetapi satu penghormatan kepada legasi The Fantastic Four dengan sentuhan sinematik yang lebih berani.
Bersiap sedia untuk menyaksikan The Fantastic Four dalam versi paling autentik dan epik yang pernah dihasilkan! “The Fantastic Four: First Steps” bakal menemui penonton di pawagam pada 25 Julai 2025.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk video-video WYB menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Dalam tempoh beberapa hari ini telah tular di laman media sosial tentang kisah perkahwinan seorang rakyat Indonesia dan gadis ‘mat saleh’ dari bumi England.
Apa yang menarik perhatian pengguna laman media sosial ialah kecantikan yang dimiliki oleh gadis tersebut yang bernama Poli Alexandrea Robinson. Gadis berusia 21 tahu itu memilih jejaka tampan berusia 26 tahun, Nur Khamid yang berasal dari Magelang, Indonesia sebagai suaminya.
Pelbagai pandangan sini dan skeptikal dapat diperhatikan menerusia ruang komen di laman media sosial terhadap perkahwinan mereka. Jadi mengapa perkara ini sering mendapat perhatian?
Seujurnya mungkin perkara ini sedikit sebanyak membuktikan cinta agung antara dua insan yang menyayangi antara satu sama lain tidak mengenal budaya, rentas benua dan latar belakang. Kehebatan cinta mereka inilah menjadi contoh yang terbaik untuk kita semua untuk lebih menghormati antara satu sama lain walaupun berbeza bangsa, agama dan budaya.
Walapun hubungan dipandang sini sesetengah orang namun ia tidak pernah menggugat hati mereka
Bak kata pepatah ‘asam di darat ikan di laut, di dalam belanga bertemu juga’. Kalau sudah ditakdirkan jodoh yang sudah disusun atur oleh Yang Maha Esa, walaupun tinggal berjauhan atau berlainan bangsa keturunan, akan bertemu juga akhirnya.
Kedua merpati sejoli ini mendirikan rumahtangga ada 16 Disember 2018 yang lalu di rumah Nur Khamid. Ikatan suci di antara mereka disaksikan oleh kedua ibu bapa dan keluargnya.
Mengimbau kembali, Nur Khamid dan Poli mula berkenalan pada bulan Ogos tahun lalu di Pulau Dewata. Pada ketika itu Nur Khamid bekerja di Bali. Perkenalan yang pada mulanya biasa bertukar menjadi semakin serius dan masing-masing mula jatuh cinta.
Dan selepas setahun setengah bercinta mereka mengambil keputusan untuk mendirikan rumahtangga.
Walau bagaimanapun kisah cinta dua benua ini tidaklah selalu indah. Sejak mula berkenalan dengan Poli ramai orang sekeliling dan masyarakat tidak mempercayai Nur Khamid bahawa dia mempunyai teman istimewa berbangsa Inggeris. Malah ada yang mempersendakannya.
Nur Khamid & Poli diijabkabulkan pada 16 Disember 2018
“Kalau namanya sudah jodoh mahu bagaimana lagi. Saya tidak pernah mengarah untuk mendapatkan seorang gadis Inggeris yang cantik sebagai isteri. Namun, Allah berkehendak menjodohkan saya dengan Poli Alexandrea, yang kini isteri saya yang sah,” jelas Nur Khamid.
Seharui selepas diakad nikah, Nur Khamid yang kini bergelar sebagai seorang usahawan yang memiliki restoran bernama Luku Kitchen membawa isterinya ke Bali.
Walaupun ada yang memandang sinis akan hubungan mereka namun Nur Khamid dan Poli tidak pernah menjadikan ia sebagai satu perkara yang menghalang cinta mereka. Namun mereka berharap agar kisah ini menjadi inspirasi positif untuk masyarakat di luar sana.
Sebelum berkahwin Poli juga telah melawat kedua orang tuanya di kampung sebanyak tiga kali. Dan hubungan mereka ternyata direstui mereka.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba tular ura-ura penyanyi Ben Ladin telah selamat mendirikan rumah tangga dengan wanita pilihannya dikenali sebagai Shida.
Hal ini selepas tular foto dan video Ben Ladin di aplikasi TikTok dalam persalinan sut berona biru gelap bersama wanita yang memakai gaun serba putih seakan mengesahkannya telahpun mendirikan rumah tangga.
Ben Ladin, 23 turut dilihat memakai inai merah dan memeluk wanita tersebut pada penghujung video berkenaan.
Difahamkan, pemilik nama lengkap Muhammad Benladin Munshi Shaihan telah memilih wanita yang dikenali sebagai Shida itu biarpun tidak jelas tarikh sebenar mereka melangsungkan majlis.
Ben juga belum membuat sebarang kenyataan ataupun hantaran di media sosial mengenai perkahwinannya dan status dirinya sama ada masih bujang ataupun sudah bergelar suami.
***
Dalam pada itu, seorang pengguna Facebook bernama Hamidah yang dipercayai merupakan ibu saudara kepada pengantin perempuan juga berkongsi khabar gembira itu tiga hari lalu dan mengesahkan ura-ura tersebut.
“Persandingan anak buah dengan pasangannya, Ben Ladin. Semoga kekal bahagia hingga ke Jannah,” catatnya.
Berdasarkan pemerhatian, Ben belum membuat sebarang kenyataan berhubung perkahwinan tersebut dan memuat naik sebarang hantaran di media sosial.
Pertandingan Mr. Penang 2024 yang dianjurkan Penang Bina Badan Pulau Pinang (PBBA) bakal kembali lagi dengan penyertaan lebih meriah.
Acara yang bakal berlangsung di Hotel G Gurney pada 22 Jun 2024, bakal menyaksikan lebih 120 peserta yang terdiri daripada lelaki dan wanita, merebut kedudukan teratas dalam arena bina badan.
Peserta yang berjaya akan melangkah seterusnya ke pertandingan antarabangsa seperti SEA Sports, Mr. Asia, Mr. Commonwealth, Mr. Olympia, dan Mr. Universe.
PBBA yang turut bekerjasama dengan Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang, telah menganjurkan kejuaraan ini ke dalam kategori fisiologi atletik untuk lelaki dan wanita.
Ia bukan sahaja menjadi platform untuk peserta menunjukkan kekuatan fizikal mereka, tetapi juga medan untuk mereka mempamerkan hasil latihan berdisiplin dan pengurusan diet yang ketat.
ATLET BERPOTENSI
Menurut Timbalan Presiden PBBA, Encik Yeap Tzu Tsing, “Bidang sukan adalah platform utama untuk menghasilkan atlet yang memiliki potensi, dinamik dan mencapai tahap kecergasan maksimum.
“Kejayaan ini hanya dapat dicapai melalui latihan yang konsisten dan seimbang dari pelbagai aspek yang merangkumi minda, otot fizikal, saraf, dan emosi.”
Tambahnya lagi proses transformasi ini penting untuk menghasilkan atlet bina badan berkualiti tinggi dari Penang dan membawa mereka ke puncak kejayaan di peringkat antarabangsa.
Mr. Penang 2024 bukan sekadar sebuah pertandingan tetapi juga merupakan inisiatif untuk memartabatkan Pulau Pinang sebagai destinasi pelancongan bagi komuniti bina badan.
PBBA bertekad untuk meningkatkan pendedahan dan kepelbagaian dalam sukan bina badan melalui dedikasi dan komitmen yang tidak berbelah bagi.
Mereka juga aktif dalam mengedukasi masyarakat mengenai kepentingan jadual latihan yang teratur, pengambilan nutrisi yang seimbang, dan gaya hidup yang sihat—semua ini tanpa penggunaan bantuan ubat penambah prestasi.
Di antara tetamu istimewa turut hadir pada acara ini termasuklah, Exco Belia dan Sukan Negeri Penang, Daniel Gooi; Presiden Persatuan Bina Badan Pulau, Tan Chee Kean; Timbalan Presiden Persatuan Bina Badan Pulau Pinang, Mr. Yeap Tzu Tsing dan Pengarah Majlis Sukan Negeri Penang, Harry Chai.
Kehadiran mereka tidak hanya menambah semangat peserta tetapi juga meningkatkan profil acara ini sebagai acara sukan yang tidak boleh dilepaskan.
Mr. Penang 2024 dijanjikan sebagai platform pertunjukan bagi atlet-atlet Penang yang akan membawa nama negeri ke peringkat yang lebih tinggi di arena global.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.