Patutlah Wajah Awet Mudah & Badan Sihat, Rupanya Rajin Minum Air Selepas Bangun Tidur!

Share

Amalan minum air sejuk selepas bangun tidur bukan saja penting untuk membersihkan tubuh, malah ia juga rahsia untuk korang dapatkan badan sihat dan cantik dengan cara yang paling mudah.

Tengok sahaja di Jepun, kebanyakan masyarakat mereka mengamalkan minum air sebaik sahaja bangun pagi. Malah penyelidik perubatan Jepun juga menemui rawatan air ini berkhasiat untuk kesihatan tubuh.

Oleh itu, jangan bagi alasan yang korang perlu ‘paksa diri’ untuk minum air putih. Dr Zubaidi Hj Ahmad menulis di laman Instagramnya tentang rahsia nak sihat dan cantik dengan amalan minum air selepas bangun tidur sebelum mulut dicuci.

AMALAN MINUM AIR SELEPAS BANGUN TIDUR

Saya pernah bertemu beberapa orang yg memberitahu saya bahawa amalan kesihatan yang mereka praktikkan kerana “diperturunkan” kepada mereka ialah minum segelas air sejuk selepas bangun pagi sebelum mulut dicuci. Mereka percaya ini menjadi salah satu sebab mereka sihat.

Baru-baru ini saya terbaca mengenai salah seorang janda Presiden Soekarno iaitu Hartini, yang terkenal sihat dan cantik sehingga usia tua beliau. Diungkapkan juga bahawa salah satu amalan sepanjang hayat beliau ialah minum air putih (air kosong) selepas bangun pagi sebelum mencuci mulut.

Nampaknya memang amalan ini telah lama diamalkan oleh ramai orang dari berbagai bangsa dan budaya. Yang ingin saya sentuh di sini ialah aspek sains amalan ini.

Apa khasiat air sejuk diminum di waktu pagi sebelum mulut dicuci?

Untuk memahami khasiatnya, perlu diketahui bahawa di dalam badan kita ada suatu molekul yg tersangat penting untuk kesihatan, iaitu Nitric Oxide (NO). NO bertindak mengawal tekanan darah, sebagai neurotransmitter, anti-penuaan, anti-oxidant, anti-inflammatori dan banyak lagi peranan pentingnya.

Ada banyak cara Allah SWT Yang Maha Pencipta, memberikan NO kepada kita, makhluknya. Salah satu cara ialah dengan ada bakteria-bakteria tertentu di dalam rongga mulut dan hidung kita yang menghasilkan NO secara semula jadi, terutamanya ketika kita tidur. NO yang terhasil itu terkumpul di dalam air liur yang terhasil semasa kita tidur itu, antaranya.

Rujuk: Jose Miguel Chatkin, MD; Wei Qian, MD; Patricia A. McClean, MSc; et al Noe Zamel, MD; James Haight, MD; Phillip Silkoff, MD. Nitric Oxide Accumulation in the Nonventilated Nasal Cavity. Arch Otolaryngol Head Neck Surg. 1999;125(6):682-685.

Maka apabila kita bangun dari tidur dan minum air sejuk, NO di dalam air liur kita itu dibawa ke dalam perut kita yang kosong dan diserap ke dalam peredaran darah kita. NO adalah sangat penting untuk kesihatan kita, kesihatan jantung terutamanya.

Published by
Roselinda