Bagi memastikan berat turun, penting untuk anda timbang berat badan. Namun ada ketikanya anda kecewa kerana keputusan selepas timbang berat badan berbeza-beza.

Kajian oleh National Weight Control Registry (NWCR) menunjukkan menimbang berat badan sepanjang dalam fasa mengawal berat badan dapat membantu melawan kenaikan berat badan.

Kajian ini juga menunjukkan individu yang tidak menimbang berat badan secara rutin berisiko untuk mengalami kenaikan berat badan sekali lagi. Namun bagaimanakah cara dan waktu sesuai untuk anda menimbang berat badan.

BACA: Tak Perlu Berlari, Ini 10 Cara Orang ‘Super Obesiti’ Nak Dapat Berat Ideal Dengan Berbasikal!

CARA & WAKTU TERBAIK TIMBANG BERAT

Patutlah Tak Tepat, Rupanya Anda Lakukan 10 Kesilapan Ini Masa Timbang Berat!

1. Untuk mendapatkan keputusan berat badan yang tepat, anda haruslah berdiri dalam keadaan yang stabil. Pastikan anda tidak bergerak, berjingkit, menaikkan satu kaki atau bersandar pada sesuatu.

2. Waktu terbaik untuk menimbang berat badan adalah pada waktu pagi terutamanya selepas anda membuang air kecil tetapi sebelum anda makan atau minum.

BACA: Komplen Berat Susah Nak Turun, Rupanya Anda Tak Sedar Tabiat Buruk Ini Puncanya!

Ads

10 KESILAPAN MASA TIMBANG BERAT 

Bagi memastikan anda mendapat berat badan yang tepat, jangan buat 10 kesilapan ini. Jika tidak, anda mungkin kecewa melihat keputusan berat badan anda yang berubah-ubah.

1. Timbang setiap hari

Elak timbang berat badan setiap hari kerana ia akan menambahkan tekanan tertekan apabila anda melihat hasil berat badan yang tidak memuaskan.

2. Timbang pada waktu malam

Jangan menimbang berat badan pada waktu malam lebih-lebih lagi selepas waktu makan kerana ini merupakan waktu di mana berat badan paling maksimum berbanding waktu pagi.

3. Timbang masa emosi tak stabil

Patutlah Tak Tepat, Rupanya Anda Lakukan 10 Kesilapan Ini Masa Timbang Berat!

Ketika emosi anda tidak stabil, elak timbang berat badan. Pada waktu ini badan mudah menyerap lebih banyak air sehingga memungkinkan berat badan anda bertambah sehingga 1-2 kilogram.

Ads

4. Guna alat penimbang berlainan

Pastikan anda timbang berat badan dengan penimbang yang sama. Jangan gunakan penimbang yang berlainan kerana ia akan menyebabkan kiraan berat badan anda berubah-ubah.

5. Beli alat penimbang yang murah

Banyak penimbang murah tidak memberikan bacaan berat badan yang tepat. Jangan kedekut untuk melaburkan duit membeli alat penimbang yang bagus. Jika anda ingin mengurangkan berat badan, lebih baik anda memilih penimbang lemak badan kerana ini memberikan maklumat lengkap berapa banyak lemak yang telah dikurangkan.

6. Pakai kasut & pakaian tebal

Patutlah Tak Tepat, Rupanya Anda Lakukan 10 Kesilapan Ini Masa Timbang Berat!

Ketika nak menimbang berat badan, seelok-eloknya dilakukan tanpa mengenakan pakaian. Namun jika anda mahu memakai pakaian, pastikan pakai pakaian yang ringan tanpa kasut. Ini kerana pakaian yang tebal akan mempengaruhi keputusan berat badan anda.

Ads

BACA: Selain Buang Angin, Air Kurus Viral Guna Bahan Dapur Ini Boleh Turunkan Berat & Wangikan Badan!

7. Timbang lepas sesi senaman yang berat

Ada tidak perlu menimbang berat badan selepas sesi senaman kerana ketika ini badan akan berpeluh dengan banyak. Ini sekali gus menyebabkan badan kehilangan air dan berat badan akan turun sedikit.

8. Letak di permukaan tak rata

Patutlah Tak Tepat, Rupanya Anda Lakukan 10 Kesilapan Ini Masa Timbang Berat!

Pastikan alat penimbang berat berada di atas permukaan yang rata agar bacaannya tidak lari dan tepat.

9. Timbang ketika haid

Elak menimbang berat badan ketika anda datang haid kerana pada waktu ini terdapatnya gangguan hormon yang mungkin merubah keputusan berat badan anda.

10. Tak kawal cara makan

Patutlah Tak Tepat, Rupanya Anda Lakukan 10 Kesilapan Ini Masa Timbang Berat!

Kalau tak nak berat badan makin naik, ubahlah cara pemakanan anda. Kaji balik apa yang boleh dimakan dan apa yang perlu ditolak tepi. Jangan asyik ikut nafsu makan.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI