Sejak kebelakangan ini aktiviti berbasikal menjadi sangat popular di negara kita. Terutamanya di kawasan bandar seperti Lembah Klang. Lihat sahaja pengaruh yang telah dibawa oleh selebriti yang cukup ramai mula aktif dengan kegiatan berbasikal.
Adakah ia ada kaitan dengan PKP atau tidak itu kita tidak tahu. Namun populariti itu memang dapat disaksikan makin popular selepas aktviti sosial mula dibenarkan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan.
Banyak kelebihan yang dapat dirasakan oleh mereka yang aktif berbasikal. Ikuti perkongsian MASKULIN di bawah.
STAMINA
Aktiviti berbasikal mampu menguatkan stamina anda dan juga memperbaiki kondisi kesihatan diri. Kayuhan selama 30 minit sehari pun sudah cukup untuk memberikan hasil yang dapat dirasai.
PEMANDANGAN LEBIH LUAS
Menaiki basikal dan menggunakan kenderaan seperti kereta amat berbeza pengalamannya. Dengan berbasikal anda dapat menikmati pemandangan sekeliling yang mungkin selama ini tidak anda hargai. Terutamanya di kawasan rumah anda sendiri.
RASA LEBIH MUDA
Percayalah aktviti berbasikal mampu membuatkan anda rasa lebih muda. Ia akan membuat nostalgia anda berbasikal ketika kecil membuak-buak semula di dalam diri.
SESUAI UNTUK SEMUA PERINGKAT
Tidak kira usia atau tahap kecergasan, aktviti berbasikal boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja. Namun ia perlu dilakukan mengikut kemampuan diri. Bagi yang tidak berapa larat cukup berbasikal di kawasan perumahan untuk keluarkan peluh tanpa melakukan peuctan. Itu pun sudah okay!
BUAT OTOT LEBIH KUAT
Bagi kayi kayuh perbezaan utama yang mereka akan rasai ialah kekuatan otot bertambah terutamanya di bahagian kaki dan pinggul. Malah otot dibahagian perut juga akan turut mendapat kesannya. Sudah ramai penggemar berbasikal telah turun berat badan mendadak apabila melakukan kayuhan dengan aktif serta konsisten.
MESRA ALAM
Berbasikal hanya memerlukan kudrat kayuhan anda dan tidak mencermarkan alam sekitar. Kalau setakat ingin pergi ke kedai runcit yang jaraknya beberpa kiloneter sahaja boleh saja pergi dengan basikal. Minyak pun jimat.