Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan di seluruh Malaysia sejak 18 Mac lalu dilanjutkan ke tahap 2 bermula hari ini, 1 April hingga 14 April 2020 susulan peningkatan jangkitan Covid-19.
Seperti yang diumumkan Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, kawalan daripada pihak keselamatan untuk PKP Fasa 2 ini akan diperketatkan.
Pastikan anda memahami dan mengikut infografik ketetapan PKP Fasa 2 ini sebagaimana yang dikongsikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di laman Twitter beliau.
1. Hanya empat premis ini dibenarkan untuk beroperasi dari jam 8.00 pagi hingga 8.00 malam.
a) Premis perniagaan keperluan harian
b) Restoran dan kedai makan (untuk dibungkus sahaja)
c) Penghantaran makanan/ barangan rumah (dinasihatkan untuk tidak bersemuka dengan penghantar makanan/ barangan dan digalakkan makanan diletakkan di luar pagar)
d) Stesen minyak
2. Waktu operasi untuk pengangkutan awam bermula dari jam 6 pagi hingga 10 pagi dan jam 5 petang hingga 10 malam.
3. Perkhidmatan teksi dan e-Hailing hanya dibenarkan dari jam 6 pagi hingga 10 malam.
4. Kenderaan persendirian hanya dibenarkan hanya satu kenderaan untuk seorang sahaja.
5. Pengangkutan komersial dibenarkan beroperasi dari jam 7 malam sehingga 7 pagi.
6. Aktiviti riadah dan sosial tidak dibenarkan di kawasan awam dan persendirian termasuk di kawasan berpagar.
7. Kelonggaran diberikan kepada golongan Autism dan OKU untuk mendapatkan terapi seperti dinasihatkan pakar dan ini tidak dibenarkan secara berkumpulan.
8. Rumah-rumah ibadat tidak dibenarkan melakukan sebarang aktiviti ibadah dan berkumpulan.
9. Kerajaan memutuskan harga siling untuk topeng muka berharga RM1.50 sekeping. Walau bagaimanapun, ia akan dikaji dari semasa ke semasa.
Perintah Kawalan Pergerakan Tahap 2
Bermula 1 – 14 April 2020#PrihatinRakyat #DudukRumah #StayAtHome pic.twitter.com/u0VYrGgIrp— Muhyiddin Yassin (@MuhyiddinYassin) March 31, 2020
Oleh itu, pastikan anda mematuhi PKP Fasa 2 ini dengan duduk di rumah untuk kita sama-sama membantu petugas-petugas barisan hadapan menghentikan rangkaian penularan jangkitan Covid-19 ini.
Sumber gambar: PolisDirajaMalaysia
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI