Pasti Para Lelaki Terliur & Terpukau Lihat Kecantikan Dua ‘Patung’ Hidup Ni.

Share

Siapa menyangka gadis bernama Anastasiya Shpagina, 19 yang berasal dari Rusia ini, terlalu meminati koleksi filem animasi Jepun atau anime dan  sanggup menjalani pembedahan plastik pada mata dan mengurangkan berat badannya sehingga 38 kilogram (kg).

Penampilannya bak anime Jepun telah mencetuskan fenomena baharu di Ukraine walaupun ia bukanlah situasi pertama di negara tersebut. Namanya mula meniti dalam kalangan masyarakat tempatan dan turut menjadi bualan golongan remaja di Jepun sehingga peminatnya di Negara Matahari terbit menggelarnya dengan nama Jepun, Fukkacumi.Bagi mengekalkan pesona watak anime pada dirinya, Anastasiya dengan ketinggian 157 sentimeter sanggup menjalani rejim diet yang ketat dan meluangkan masa kira-kira sejam untuk merias wajah.

Jika Anastasiya popular dengan panggilan anime bernyawa, Valeria Lukyanova, 26, pula digelar anak patung Barbie hidup. Rupa dan bentuk badannya salin tak tumpah seperti boneka keluaran Mattel tersebut.Gadis setinggi 171 sentimeter (sm) itu memiliki rambut perang panjang mengurai paras pinggang, sepasang kaki yang panjang, buah dada yang menonjol dan mempunyai pinggang ramping.

Muncul dengan penampilan sedemikian telah menyebabkan nama Valeria yang turut mempunyai sepasang mata kosong seperti Barbie popular di media cetak dan media elektronik. Dia kerap diundang ke program bual bicara yang mengupas topik pembedahan plastik dan obses cantik bak boneka. Ini termasuklah menjadi bualan hangat dalam laman sosial, blog dan forum.

Selain Anastasiya, kebanyakan wanita di negara itu sentiasa mendambakan wajah dan tubuh badan yang menawan.

Mari kita lihat wajah 2 gadis patung yang memukau itu.

Sumber : Taiko Tai

 

 

 

 

 

 

Published by
Ruziana Zainal