Cenderung akan minat dalam bidang kecergasan ini nyata mendorong saya untuk terus berusaha mempertingkatkan tahap kecergasan sejak dari tingkatan empat lagi. Kini, saya berusia 18 tahun dan sudah melepasi alam persekolahan. Masa yang lebih banyak saya peroleh untuk memberi fokus kepada latihan di gimnasium di samping mempersiapkan diri untuk memulakan pengajian di dalam bidang Pengurusan Perniagaan di Management and Sains University (MSU) di Shah Alam. Pada awalnya, minat saya dicungkil kala sering mengunjungi pusat gimnasium untuk memperlengkapkan ketahanan diri dan fizikal untuk menjadi pemain tengah kepada pasukan bola sepak sekolah pada ketika itu. Bermula dari situ, saya terus bergiat aktif untuk memberi tumpuan kepada latihan kecergasan seperti ‘body toning’ dan ‘aesthetic’.
MASKULIN : APA YANG MEMOTIVASIKAN ANDA?
Saya sering meletakkan sasaran untuk mencipta sesuatu yang baru dalam penampilan tubuh setiap hari. Selain mengekalkan bentuk badan yang ideal, saya melahirkan motivasi dalam diri kala mencapai sasaran yang saya tetapkan untuk menghasilkan bentuk tubuh yang baru serta memberi transformasi dalam diri setiap hari. Minda yang terbuka dan positif dalam membantu rakan-rakan yang lain di gimnasium juga ternyata memberi kekuatan kepada saya untuk terus membina kecergasan dalam diri dan memastikan kondisi tubuh sentiasa berada dalam keadaan ‘shredded’ iaitu ‘low body fat’.
MASKULIN : SIAPAKAH IDOLA?
Setiap individu yang ingin berjaya pasti punya ikon atau idola yang menjadi sumber inspirasi untuk kekal pada momentum produktif yang ‘oustanding’. Bagi saya, saya meletakkan Ryan Terry sebagai sumber inspirasi dan idola saya. Hal ini kerana dia merupakan seorang yang optimum dalam melakukan latihan yang berpanjangan dengan momentum yang sangat teratur dan sudah pasti menghasilkan bentuk fizikal yang menjadi dambaan setiap individu yang gemarkan dunia kecergasan. Dia kelihatan nyata sempurna untuk bergelar ikon dunia kecergasan di peringkat global.
MASKULIN : LELAKI MASKULIN HARUSLAH?
Ads
Maskulin bergantung kepada tahap kesihatan yang diperoleh oleh seseorang lelaki. Tubuh yang sihat mewakili diri mereka yang maskulin. Hal ini kerana, jika tubuh berada dalam keadaan sihat, setiap individu punya potensi yang besar untuk mencapai sasaran dalam hidup dan ‘goals’ yang ditetapkan tanpa sebarang halangan yang besar. Jika tubuh sihat, keyakinan diri pasti melambung tinggi dan sudah pasti dapat mengatasi segala cabaran dan rintangan untuk meraih sebuah kejayaan pada masa depan.
MASKULIN : RUTIN DIET?
Saya akan memulakan hari dengan sarapan kerana pengambilan sarapan adalah menjadi penentu kepada produktiviti kita sepanjang hari. Saya mengambil sarapan bermula jam 7.30 pagi dengan menikmati classic oat dan epal hijau bersama kopi tanpa susu mahu pun gula. Pada jam 10.30 pagi, saya akan mengambil 5 biji telur (putih sahaja) dan juga jus epal tanpa gula. Pada waktu makan tengah hari sekitar jam 1.30 p.m, saya akan mengambil nasi perang, dada ayam bakar bersama sayur brokoli dan asparagus. Disertai pula dengan ‘tea time’ (pre workout) sekitar jam 4 petang dengan mengambil dua keping roti bakar bersama sebiji buah pisang. Semasa makan malam (post workout), saya akan menikmati pasta kosong, dua keping salmon bakar, brokoli, asparagus dan jus ‘carrot’ tanpa gula.
Ads
MASKULIN : RUTIN SENAMAN?
Saya mengamalkan latihan fizikal dan senaman di gimnasium selama dua jam dan sebanyak enam kali dalam seminggu. Bermula dengan 45 minit kardio (treadmill) – incline 16 dan kekalkan kelajuan 6.0 dan jangan ‘give up’!
Isnin – Chest & triceps
Selasa – Back & legs
Rabu – Shoulder & abs
Ads
Khamis – Biceps & triceps
Jumaat – Legs & abs
Sabtu – Full body workout
Ahad – Hari berehat
MASKULIN : TIP?
Kekalkan motivasi dengan mencari jurulatih dan rakan gim yang mempunyai matlamat yang sama. Faktor persekitaran amat mempengaruhi daya motivasi dan inspirasi buat anda. Oleh yang demikian, pilih lokasi yang sesuai untuk memulakan latihan kecergasan dan yang paling penting, buang sikap menangguhkan hasrat lantas terus lakukan sekarang. Lakukan latihan secara konsisten dengan penuh disiplin.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Tentu anda semua sudah sedia maklum bagaimana terseksanya mereka yang mengidapi penyakit gout. Penyakit kerap dikaitkan dengan tingginya kandungan asid urin di dalam badan seseorang. Selain dari berusaha untuk mengubatinya, adalah lebih baik untuk kita cuba mencegahnya pula kerana mencegah adalah lebih baik dari mengubati.
Berikut disenaraikan beberapa makanan yang boleh membantu anda untuk mengatasi masalah gout.
1. Sayur-sayuran
Nutrien yang terkandung di dalam sayur-sayuran adalah cukup baik untuk kesihatan anda. Walaupun begitu, anda digalakkan untuk mengelakkan sayur-sayuran yang tinggi dalam kadar purin. Namun begitu kandungan purin di dalam sayuran adalah kurang berbanding dengan daging-daging merah.
2. Buah Ceri
Beberapa kajian menunjukkan bahawa ceri mengandungi khasiat yang cukup baik untuk mengelakkan gout. Kajian juga mendapati ceri boleh membantu untuk mengurangkan kadar asid urin di dalam badan dan seterusnya membasmi serangan gout.
3. Minuman Kopi
Ada banyak pendapat yang mengatakan bahawa dengan meminum kopi, risiko penyakit gout dapat dikurangkan. Mereka yang kerap mengambil kopi juga mempunyai kurang risiko untuk mendapat serangan gout berbanding mereka yang tidak mengambil kopi.
4. Produk Tenusu
Saintis yang mengkaji berkenaan penyakit gout ini mendapati produk tenusu yang rendah lemak boleh membantu memperbaiki proses asid urin. Mereka yang kerap mengambil produk tenusu ini didapati mempunyai kadar asid urin yang kurang di dalam darah mereka.
5. Ikan Air Sejuk
Asid asas yang terkandung di dalam ikan tuna boleh membantu mengurangkan keradangan akibat gout. Namun begitu untuk mengelakkan keadaan tersebut menjadi semakin buruk, pengambilan ikan tersebut perlu dihadkan kepada satu hidangan sehari kerana ia masih mempunyai purin.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
5 Fakta kebaikan menggunakan Gel Aloe Vera bagi merawat kulit. Ia sesuai untuk semua jenis kulit tidak kira lelaki ataupun wanita, walaupun anda seorang individu yang mengalami masalah kulit sensitif. Sumber alam semula jadi ini sangat berkesan!
1. Sebagai Pelembap Aloe Vera sangat sesuai digunakan pada wajah. Menggunakan Aloe Vera pada kulit sebelum mengenakan make-up boleh mencegah kulit daripada kekeringan.
Bagi lelaki: Aloe vera boleh digunakan sebagai pelembut sebelum bercukur. Sifat-sifat penyembuhan itu boleh merawat luka kecil yang disebabkan oleh bercukur.
2. Rawat Jerawat. Aloe Vera mempunyai sifat antimikrobial yang membunuh bakteria dan ciri-ciri anti-radang yang mengurangkan keradangan kulit. Ia membolehkan kulit untuk sembuh dengan cepat dan secara semula jadi dengan minimum parut. Aloe vera adalah pelembab tetapi tidak memberi kulit rasa berminyak, jadi ia sesuai untuk sesiapa yang mempunyai kulit berminyak.
3. Kekal Muda Semua orang mula bimbang tentang kemunculan garis dan kehilangan keanjalan pada kulit wajah.Vitamin C dan E yang hadir dalam gel aloe vera boleh memperbaiki kulit kita secara semulajadi dan menjaga kulit kita dari terhidrat.
4. Aloe Vera boleh mengurangkan penglihatan “stretch mark”. Sama ada kerana perubahan berat badan, atau mengandung – ramai daripada kita yang dibelenggu dengan stretch mark hodoh. Tanda-tanda ini muncul disebabkan oleh air mata kecil di lapisan kulit yang disebabkan oleh secara tiba-tiba dan berlebihan regangan. Gel Aloe Vera boleh membantu menyembunyikan stretch mark dengan penyembuhan luka.(tetapi perlulah dicegah lebih awal)
5. Aloe Vera boleh digunakan untuk merawat selaran matahari. Aloe Vera juga bertindak sebagai lapisan pelindung pada kulit dan membantu menambah kelembapan. Apabila kulit terhidrat, maka ia akan pulih lebih cepat daripada selaran matahari.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
6 tip bagaimana untuk menghilangkan migrain. Cuba amalkan, mana tahu selepas ini kepala anda tidak pening dan sakit lagi.
1. Kurangkan kopi
Kandungan kafein yang tinggi dalam kopi boleh menjadi pemacu sakit kepala. Tapi kalau memang teringin juga untuk minum kopi minumlah hanya segelas kecil sehari.
2. Makan syuran hijau dan kekacang
Kekurangan khasiat magnesium dalam tubuh boleh mengakibatkan migrain. Secara asasnya, lelaki atau perempuan dewasa memerlukan 400g magnesium sehari untuk mengelakkan terkena migrain. Khasiat magnesium ini boleh anda dapati daripada kekacang seperti almond, kacang tanah dan sayuran hijau seperti bayam.
3. Tidur yang cukup
Apabila anda kurang tidur, ia akan meningkatkan risiko terkena migrain khususnya sebaik saja anda terjaga. Menurut Alexander, tubuh yang kekurangan tidur akan membuatkan otak
menjadi lebih sensitif terhadap cahaya terang dan bunyi bising. Jadi, pastikan anda tidur secukupnya (6-7 jam, tidak lebih daripada itu)
4. Minum banyak air kosong
Masalah dehidrasi juga antara penyebab kamu diserang migrain. Apabila kamu kurang minum air, cecair dalam badan akan berkurangan dan darah menjadi pekat hingga mengakibatkan ia tidak sampai kepada otak. Ketiadaan kuantiti air yang tepat harus diminum oleh seseorang individu untuk mengelakkan dehidrasi kerana ianya bergantung kepada berat badan, cuaca, aktiviti dan faktor lain. Tip: Jika air kencing anda bewarna kuning gelap, itu tandanya badan kekurangan air dan anda perlu minum lebih banyak lagi.
5. Lakukan Senaman tiga kali seminggu
Amalkan bersenam sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Ketika bersenam, tubuh kita akan menghasilkan hormon endorfin yang mampu mencegah rasa sakit. Selain itu, dengan bersenam juga kita mampu mengurangkan stres yang juga merupakan antara punca migrain. Tidak perlu melakukan senaman yang berat. Cukup sekadar berjoging atau berbasikal selama setengah jam.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.