Mereka adalah wira negara yang bertungkus lumus bekerja siang dan malam demi memastikan kesejahteraan negara ketika wabak COVID-19 sedang mengancam keselamatan kita semua.

Frontliners seperti doktor, jururawat dan petugas kesihatan yang lain menggadaikan segalanya demi negara. Jadi tidak hairanlah mereka merupakan golongan yang paling disayangi bukan sahaja oleh publik di Malaysia tetapi seantero dunia.

Walaupun keadaan sangat terkawal dan diiktiraf sebagai angatra negara terbaik menangani wabak ini, Kementerian Kesihatan Malaysia masih memerlukan bantuan sukarelawan daripada mereka yang mempunyai latar belakang kepakaran perubatan.

SAHUT SERUAN

Itulah seruan yang telah disambut oleh Dr Shazril Shaharuddin atau dikenali Dr Say. Bermula semalam beliau telah memulakan tugasannya sebagai seorang sukarelawan bersama Mercy Malaysia. Perkara itu dikongsi beliau menerusi hantara di Instagram kendaliannya.

Ads

“Setelah puas menunggu, akhirnya hari ni bakal menjadi hari pertama sy memulakan tugas sebagai seorang sukarelawan bersama Mercy Malaysia. Akibat kekecewaan tempoh hari, seorang sahabat menghubungkan sy dengan team Mercy. Awal-awal pun Mercy bagitahu yg mereka tidak memerlukan sukarelawan kerana mereka juga bekerja rapat dengan CPRC @kementeriankesihatanamalaysia.

“Tup tap semalam Mercy Malaysia mesej bertanya “adakah doc masih interested untuk volunteer?” sy reply “SEMESTINYA!” mereka reply balik “esok start” terduduk sy dibuatnya peeps. Sebulan berkulat di rumah tiba-tiba kena start keje arini sedikit terkejut tapi no hal episod 9 The World Of The Married pun keluar hari jumaat nanti maka here i am super excited to be part of the frontliners.”

Dr Say juga mengucapkan terima kasih di atas ucapan dari rakan-rakan serta pengikutnya di Instagram yang memberikan kata-kata semangat.

Ads

 

View this post on Instagram

 

Topik : Bismillahirrahmanirrahim. Akhirnya! Setelah puas menunggu, akhirnya hari ni bakal menjadi hari pertama sy memulakan tugas sebagai seorang sukarelawan bersama Mercy Malaysia. Akibat kekecewaan tempoh hari, seorang sahabat menghubungkan sy dengan team Mercy. Awal-awal pun Mercy bagitahu yg mereka tidak memerlukan sukarelawan kerana mereka juga bekerja rapat dengan CPRC @kementeriankesihatanamalaysia. Tup tap semalam Mercy Malaysia mesej bertanya “adakah doc masih interested untuk volunteer?” sy reply “SEMESTINYA!” mereka reply balik “esok start” terduduk sy dibuatnya peeps. Sebulan berkulat di rumah tiba-tiba kena start keje arini sedikit terkejut tapi no hal episod 9 The World Of The Married pun keluar hari jumaat nanti maka here i am super excited to be part of the frontliners. Dalam kesempatan ini ingin sy ucapkan jutaan terima kasih sekali lagi atas warm wishes kalian sebelum2 ni. Akhirnya dapat sy turun gelanggang. Moga terpelihara kesihatan kita semua hendaknya. Ni baru nak pi briefing untuk lokasi & tugasan yg perlu dilakukan. Apa2 nanti sy update kat story naaa. Take care everyone!

A post shared by Dr Shazril Shaharuddin (@say_shazril) on

PERASAAN JADI FRONTLINERS

Dalam satu posting terbaru pula, Dr Say berkongsi bagaimana pengalaman berada di barisan hadapan. Dengan memakai PPE yang lengkap beliau berkongsi pengalaman hari pertama bertugas di Pasar Borong Kuala Lumpur yang kini menjadi lokasi Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan.

Ads

“Perasaan jadi frontliner? Pada awalnya cukup menggusarkan. Sebab kita tak tahu apa yg nak dijangkakan. Bila tiba tadi, beratus orang beratur untuk diambil sampel. Bayangkan selama ni kita tengok & dengar kes-kes COVID di berita sahaja tup tap arini engkau kena swab tekak beratus orang ni yg mungkin salah sorang ni ada wabak maut ni ape perasaan korang? Pulak tu lepas ni nak balik jumpa anak & bini, tak ke menakutkan sekiranya kita terbawak balik COVID ni? Nauzubillahiminzalik

“Akan tetapi sy sangat bertuah dikelilingi team yg cukup supportive & helpful. 1st time sy nampak betapa efficient-nya pegawai kesihatan, polis, tentera, JPA, RELA berinteraksi bersama. Kecuakan sy tadi terus bertukar semangat. Semangat untuk meneruskan hari-hari sukarelawan mendatang. If there is one advice i can give, jangan sesekali pandang remeh COVID ni peeps. Number of cases mungkin dua digit sekarang tapi dari apa yg sy experience tadi dua digit ini tidak akan berkekalan. Stay safe peeps!”

 

View this post on Instagram

 

Topik : Gonna Leave This Here Sy sering tertanya-tanya “macam mane the real situation kat luar sana? Betul ke keadaannya macam war zone? Betul ke pakai PPE tu panas gila? Ape rasanya jadi frontliner ni? Well, hari ni sy dapat experience kesemuanya! Sy ditempatkan di Pasar Borong Kuala Lumpur. Kalau kalian tengok berita arini, Pasar Borong ni ibarat warzone dengan kawat berduri di sekeliling kawasannya. Entrance dikawal ketat tentera & polis, cukup menyeramkan. Tiba di lokasi kami di-brief sekali lagi tugasan kami iaitu untuk mengambil 800 sampel lalu kami diminta untuk memakai PPE (personal protective equipment). Lapisan demi lapisan disarungkan sehinggalah item terakhir yakni face shield. Kehangatannya ibarat anda duduk di dalam kereta yg dibiarkan di bawah panas terik sepanjang hari & anda hanya buka tingkap 1/5 tanpa aircond. Cukup panas & sesak! Atas sebab inilah masa yg dihadkan kepada mereka yg memakai PPE hanya 3 jam kerana jika dibiarkan lebih lama mungkin akan memudaratkan. Perasaan jadi frontliner? Pada awalnya cukup menggusarkan. Sebab kita tak tahu apa yg nak dijangkakan. Bila tiba tadi, beratus orang beratur untuk diambil sampel. Bayangkan selama ni kita tengok & dengar kes-kes COVID di berita sahaja tup tap arini engkau kena swab tekak beratus orang ni yg mungkin salah sorang ni ada wabak maut ni ape perasaan korang? Pulak tu lepas ni nak balik jumpa anak & bini, tak ke menakutkan sekiranya kita terbawak balik COVID ni? Nauzubillahiminzalik Akan tetapi sy sangat bertuah dikelilingi team yg cukup supportive & helpful. 1st time sy nampak betapa efficient-nya pegawai kesihatan, polis, tentera, JPA, RELA berinteraksi bersama. Kecuakan sy tadi terus bertukar semangat. Semangat untuk meneruskan hari-hari sukarelawan mendatang. If there is one advice i can give, jangan sesekali pandang remeh COVID ni peeps. Number of cases mungkin dua digit sekarang tapi dari apa yg sy experience tadi dua digit ini tidak akan berkekalan. Stay safe peeps!

A post shared by Dr Shazril Shaharuddin (@say_shazril) on

All the best MASKULIN ucapkan kepada Dr Say dan selamat bertugas!

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI