Nama Bakhtiar Zainal tidak asing lagi dikalangan juru solek tempatan. Bukan mudah untuk dirinya capai ke tahap sekarang. Pahit getir kehidupan dirinya masih meneruskan legasi solekan.
Orangnya ramah serta sentiasa tersenyum membuatkan sesiapa yang dekat dengannya selesa dan
Ingin mengenalinya dengan lebih dekat.
Tiar yang berkerja sepenuh masa menyolek artis, model serta orang ramai memberitahu Maskulin sebenarnya nama yang digunakan sekarang adalah hasil pemberian salah sorang wartawan Karangkraf.
Sejak kecil lagi dia tertarik dengan warna-warna, seperti mewarna, tanam bunga dan sudah terdedah dengan make up membuatkan dia ingin terus dikenali sebagai make up artis.
Baginya lelaki tidak seharusnya make up tebal, sebaliknya cukup sekadar menutup segala cela di wajah serta pastikan nampak fresh.
“Lelaki tidak perlu make up setebalnya, cukup sekadar minimal. Tak perlu hingga kening berlukis atau shading. Lelaki akan lebih macho jika nampak parut atau bekas jerawat, kerana itu lah lambang kejantanan kita.
“Dan yang penting lelaki tak boleh clean sangat, mesti ada sedikit parut kerana bagi saya, muka clean itu hanya untuk perempuan bukannya lelaki.” Ujar Tiar sebelum mengakhiri perbualan.