Panduan Tukar Warna Kereta Dengan Kelulusan JPJ, Penting Buat Untuk Cover Insurans

Share

Bagi seorang pemilik kereta yang sentiasa mempunyai citarasa berubah-ubah warna memainkan peranan sangat penting. Terdapat banyak faktor mengapa seseorang itu mahu menukar warna kereta mereka dari warna asal.

Salah satunya ialah mengikut trend terkini atau bagi membuatkan kereta mereka tampil lebih menonjol bila di jalan raya. Tidak dinafikan warna yang lain dari yang lain memang akan secara tidak langsung menarik perhatian ramai.

Apatah lagi pada masa sekarang terdapat pelbagai jenis warna yang mampu dihasilkan dengan teknologi terkini. Malah ada yang mampu berubah warna apabila terkena cahaya mahatari.

Image by ASphotofamily on Freepik

Namun seperti mana modifikasi besar yang lain menukar warna kereta perlu mendapat kelulusan daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Salah satu sebab mengapa perlu dibuat permohonan ini ialah kera ia penting dalam perlindungan insurans untuk kereta anda.

Jika berlaku apa-apa perkara tidak diingini anda tidak berdepan masalah untuk membuat tuntutan insurans.

Berikut MASKULIN kongsikan beberapa panduan mudah untuk anda yang berminat nak tukar warna kereta dan mendapat kelulusan dari JPJ.

CAT DULU

Pertama sekali anda boleh teruskan hajat menukar warna. Cat kereta terlebih dahulu sampai siap.

Image by Freepik

HADIR KE JPJ

Selepas cat siap dan anda pun sudah berpuas hati pergilah ke pejabat JPJ berdekatan.

WARNA DOMINAN

Jika anda mewarnakan kereta anda lebih dari satu warna, pilih warna yang banyak banyak atau paling domninan untuk diisytiharkan.

ISI BORANG K8

Selepas itu dapatkan borang K8 di JPJ atau anda boleh muat naik sendiri di sini. Isi borang tersebut dengan lengkap dan sediakan segala dokumen yang diperlukan dengan baik. Selesai isi serahkan borang K8 tersebut kepada pegawai JPJ.

KEMAS KINI

Jika segalanya lengkap anda pasti tidak berdepan masalah untuk mendapatkan kelulusan menukar warna kereta. Jika lulus pegawa JPJ akan mengemas kini warna kereta anda ke dalam sistem mereka iaitu MySikap.

Mudah bukan? Jadi janganlah anda menukar warna kereta secara semborono tanpa kelulusan. Semoga perkongsian ini memberikan manfaat untuk anda!

Jangan lupa subscribe YouTube MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah!

Published by
Farizul Izwany Ibrahim