Kita bakal meninggalkan tahun 2023 yang berlaku mungkin bagi anda agak pantas. Dan di penghujung tahun seperti inilah anda mula memikirkan apakah resolusi yang ditetapkan pada awal tahun dahulu sudah dicapai atau tidak.
Usah risau dan gundah dengan perkara yang lalu. Apa yang penting ialah kita terus bergerak ke hadapan. Bagi sesetengah orang menetapkan azam tahun baharu adalah perkara agak klise.
Namun, ia sebenarnya boleh menjadi pemangkin kepada perubahan yang anda ingin lakukan.
Salah satu resolusi tahun baru yang cukup popular ialah menurunkan berat abadan atau mendapatkan berat badan yang ideal. Buat anda yang mungkin sedikit terlebih berat badan menurunkan berat badan sebanyak 10 kilogram merupakan satu impian.
Jadi ayuh bersempena ketibaan Tahun Baharu 2024 kita melangkah positif ke arah kesihatan yang lebih baik. Ingat, perjalanan ini memerlukan komitmen, disiplin dan pemahaman tentang cara-cara yang berkesan.
Berikut MASKULIN kongsikan bagaimana sasaran menurunkan berat badan sebanyak 10 kilogram bermula awal tahun baharu boleh anda realisasikan.
Ads
Fahami Keperluan Kalori
Langkah pertama adalah memahami keperluan kalori harian anda. Pengurangan kalori adalah kunci untuk penurunan berat badan.
Gunakan kalkulator BMR (Basal Metabolic Rate) untuk menentukan jumlah kalori yang anda perlukan setiap hari untuk mengekalkan berat badan semasa. Kurangkan angka ini dengan 500-1000 kalori untuk mencipta defisit kalori.
Rancangan Diet Seimbang
Pemilihan makanan yang seimbang sangat penting. Fokus pada makanan yang kaya nutrien seperti buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin penuh, protein tanpa lemak, dan lemak sihat. Elakkan makanan yang diproses, tinggi gula, dan tinggi lemak tepu.
Rutin Senaman Konsisten
Senaman adalah komponen penting dalam menurunkan berat badan. Gabungkan latihan kardiovaskular, latihan kekuatan, dan latihan fleksibiliti. Berkomitmen pada sekurang-kurangnya 150 minit aktiviti aerobik sederhana atau 75 minit aktiviti aerobik berintensiti tinggi setiap minggu, bersama dua hari latihan kekuatan.
Ads
Tetapkan Sasaran Realistik
Menetapkan sasaran yang realistik adalah penting. Sasaran penurunan berat badan 0.5 hingga 1 kilogram seminggu adalah realistik dan sihat. Ingat, penurunan berat badan yang perlahan dan konsisten lebih cenderung untuk kekal.
Monitor Kemajuan Anda
Gunakan alat seperti aplikasi penjejak makanan, jurnal atau timbangan untuk memonitor kemajuan anda. Ini akan membantu anda menyesuaikan rancangan diet dan senaman anda jika perlu.
Bersedia Hadapi Cabaran
Pada perjalanan ini, anda mungkin menghadapi cabaran seperti kemerosotan motivasi atau platou penurunan berat badan. Penting untuk tetap positif dan mencari sokongan daripada rakan, keluarga, atau profesional kesihatan.
Ads
Menetapkan sasaran untuk menurunkan 10 kilogram pada tahun baru adalah perjalanan yang memerlukan perancangan, kesabaran, dan ketekunan.
Dengan pendekatan yang tepat, anda boleh mencapai sasaran anda dan menikmati manfaat kesihatan jangka panjang. Percayalah ia boleh dilakukan dan tidak mustahil!
Semoga perkongsiaan ini memberikan manfaat untuk anda!
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Anda sudah bosan dengan segala senaman di gim dan ingin lakukan aktiviti sihat seperti berenang, berlari atau berbadminton? Tak apa, jangan tergopoh, pastikan aktiviti apa yang ingin anda cuba. Ini antara beberapa semanam dan jumlah kalori yang dibakar…
Berenang
Berenang boleh membantu anda membakar kalori berbeza-beza mengikut gaya renang yang dilakukan. Sebagai contoh gaya bebas. Ini adalah gaya berenang paling klasik, gaya bebas melatih hampir seluruh otot tubuh hingga membakar kalori paling banyak. 10 minit berenang gaya bebas dapat membakar sebangak 100kcal.
Jika anda bukan seorang perenang, anda boleh bermain dengan air secara bebas, atau ber aqua aerobik. Ini dapat membakar 50kcal selama seminit dan boleh membakar 150kcal dalam masa 10 minit.
Berlari
Jika anda lari dengan cepat, denyut jantung anda meningkat secara signifikan. Setelah 30 minit anda berlari tanpa henti, tubuh anda akan memerlukan waktu untuk pulih dan menenangkan diri untuk kembali seperti biasa.
Selagi jantung anda terus berdegup kencang, tubuh anda akan terus membakar lebih banyak kalori walaupun anda telah berhenti berlari. Pada dasarnya, inilah cara kerja tubuh untuk membakar kalori dengan berlari. Berikut adalah satu contoh cara berlari yang baik untuk pembakaran kalori yang banyak:
5 minit panaskan badan
1 minit berlari pantas diikuti dengan 1 minitt lari perlahan. Ulang sebanyak 5 kali.
5minit sejukkan badan
Berbasikal
Seorang individu seberat 100kg yang mengayuh basikal untuk ketempat kerja setiap hari , akan membakar sehingga 1050 kcal dalam tempoh satu jam perjalanannya. Hal ini bermakna hanya dengan berbasikal ,individu tersebut telah mampu membakar 5250 kcal pada tubuhnya dalam masa 5 hari bekerja tanpa mengamalkan diet berbahaya.
Naik turun tangga
Memanjat tangga dengan berjalan boleh membakar 563 kalori dalam masa sejam. Ini adalah jumlah kalori yang sama dibakar jika anda berlari perlahan selama 12 minit. Walau bagaimanapun, naik dan turun tangga membakar lebih banyak kalori daripada berjoging dan berjalan di permukaan rata.
Pengarang Mark Fenton, “Panduan Lengkap untuk Berjalan untuk Kesehatan, Berat Badan, dan Kecergasan” menjelaskan bahwa berjalan kaki di lereng memerlukan lebih banyak tenaga untuk menjaga keseimbangan Anda. Naik dan turun tangga boleh membakar lemak sebanyak 15 peratus, 67 peratus lebih banyak kalori daripada berjalan di permukaan rata, Fenton menulis.
Bermain badminton secara aktif sahaja sudah boleh bakar 600-900 kalori per jam. Jumlah pembakaran kalori ini juga boleh digunapakai untuk permainan sukan seperti tenis dan squash. Selain itu bermain futsal dan bola sepak boleh juga membakar lemak yang banyak. Tak kiralah kaum adam atau hawa, tak kira jenis sukan apa pun, asalkan keluar peluh mencurah-curah, anda mampu membakar lemak dengan lebih banyak.
Ikuti Maskulin di Facebook dan Instagram untuk dapatkan update terkini tentang lelaki.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Nampaknya artikel MASKULIN tentang kebaikan senaman jump rope mendapat sambutan yang cukup menggalakkan daripada anda pembaca setia. Benarlah telahan kami bahawa jump rope merupakan aktviti kecergasan yang menjadi trend popular masa kini.
MASKULIN tertarik dengan beberapa komen di ruangan Facebook bertanyakan jenis-jenis jump rope yang ada di pasaran. Untuk menjawab persoalan anda, MASKULIN kongsikan beberapa jenis jump rope yang boleh anda pilih bersesuaian dengan jenis senaman yang ingin dilakukan.
Pertama sekali, sebelum membeli jump rope anda perlu mengukur kemampuan sendiri. Adakah anda seorang beginner atau mungkin sudah advance dan mahu sesuatu yang lebih mencabar?
Berikut MASKULIN senaraikan beberapa jenis jump rope.
BASIC
Ini merupakan jenis tali jump rope yang paling asas. Kebiasaannya ia dijual pada harga tidaklah mahal dan paling murah dalam semua kategorinya. Basic jump rope mempunyai tali yang lebih tebal berbanding speed jump rope namun ia lebih ringan berbanding weight jump rope.
Jenis basic ini juga biasanya diperbuat daripada bahan plastik PVC dan pemegangnya pula dari getah atau foam untuk membantu genggaman baik.
SPEED
Sesuai dengan namanya speed jump rope digunakan untuk aktiviti lompatan yang lebih laju. Ia merupakan jenis jump rope yang paling ringan dan digunakan bagi aktviti pantas. Kebanyakan speed jump rope diperbuat daripada cord vinyl dan dihasilkan untuk kegunaan indoor.
Ia bagi mengelakkan berlakunya kerosakan apabila bergesel dengan permukaan keras seperti jalan tar atau permukaan berbatu. Bagi anda yang ingin melakukan lompatan dengan pergerakan pantas, inilah jump rope paling sesuai.
WEIGHTED
Weighted jump rope dihasilkan untuk anda yang ingin meningkatkan kekuatan bahu dan tangan. Dengan berat tambahan yang terdapat pada jump rope, ia memberikan beban yang lebih berat lalu memerlukan lebih banyak tenaga.
Selain itu, ia juga mempunyai resistance tambahan dan cukup digemari oleh pengamal aktiviti jump rope yang berpengalaman dan ingin membina kekuatan otot. Ia mungkin lebih perlahan namun memberikan cabaran yang maksima kepada sesiapa sahaja yang menggunakannya.
BEADED
Beaded jump rope juga dikenali sebagai segmented jump rope juga boleh digunakan oleh mereka di peringkat beginner. Walau bagaimanapun ia lebih sinonim digunakan untuk aktiviti lompatan yang mempunyai ritma kerana bunyi yang dihasilkan.
Talinya mempunyai nylon inner cord dan beratnya juga adalah sederhana sahaja. Ia boleh digunakan untuk aktiviti indoor dan juga oudoor.
Kesimpulannya gunakan jump rope yang sesuai dengan kemampuan fizikal atau jenis aktiviti anda. Selamat bersenam!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Tahukah anda ramai sebenarnya yamg berdepan masalah darah tinggi sebenarnya tidak tahu mereka berdepan kondisi kesihatan seperti itu?
Malah ramai yang tidak tau bahawa jika bacaan darah melebihi 140 perlu segera merujuk kepada pakar! Ini kerana bacaan pada tahap itu boleh membuatkan mereka terdedah kepada komplikasi kesihatan lebih serius antaranya strok dan angin ahmar yang boleh menyerang dengan mengejut.
Kerap kali kita dengar banyak kes serangan strok mengekut kerana mangsa lambat mendapatkan rawatan awal. Lalu ia boleh menyebabkan lumpul anggota badan secara kekal. Maka jika anda ada masalah tekanan darah tinggi dapatkanlah rawatan dengan segera dan berusaha untuk menurunkan kadar tekanan kepada normal. Antara perkara yang anda boleh lakukan untuk mengurangkan tekanan darah tinggi ialah dengan melakukan senaman.
Namun tidak semua jenis senaman sesuai buat anda yang mungkin memiliki kadar stamina rendah. Dikhuatiri jika anda mengikuti membuat senaman membuta tuli ial boleh menyebabkan badan ‘terkejut’. Apa yang pasti dapatkan rundingan dengan doktor terlebih dahulu sama ada fizikal anda bersedia untuk membuat aktiviti aktif atau tidak.
JENIS LATIHAN TERBAIK
Buat anda yang ada masalah tekanan darah tinggi terdapat tiga senaman asas yang sesuai. Senaman tersebut ialah;
Senaman kardiovaskular @ aerobik
Membantu anda menurunkan tekanan darah anda dan menjadikan jantung lebih kuat. Sebagai contoh berjalan kaki, berjogging, lompat tali, berbasikal, bermain kasut roda, mendayung, aerobik berimpak tinggi atau rendah, berenang, dan senaman air.
Senaman kekuatan membina otot
Melakukan senaman otot ini mampu membantu anda membina otot yang kuat dan membakar lebih banyak kalori sepanjang hari. Ia juga baik untuk sendi dan tulang anda.
Senaman regangan
Ini akan membuatkan fizikal anda jadi lebih fleksibel. Selain itu, ia turut membantu anda bergerak dengan lebih baik dan serta mencegah kecederaan.
SEBELUM & SELEPAS BERSENAM
Sebelum bersenam, mulakan dengan memanaskan badan. Pemanasan 5- hingga 10 minit membantu badan anda mula bergerak dan membantu mencegah kecederaan.
Seterusnya, tingkatkan tahap kekuatan senaman. Jangan keterlaluan – seharusnya anda masih boleh bercakap dengan seseorang semasa anda bersenam. Tetapi jika anda masih dapat menyanyi, tingkatkan usaha untuk memastikan anda mendapat manfaat terbaik daripada senaman anda.
Akhir sekali, sejukkan badan. Apabila anda selesai bersenam, jangan berhenti secara tiba-tiba. Perlahankan tahap selama beberapa minit. Ini sangat penting bagi seseorang yang mempunyai tekanan darah tinggi.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.