Tidak dinafikan membeli kereta baru merupakan satu pengalaman sangat berharga. Apatah lagi ia merupakan kereta kereta pertama anda. Namun, sebelum membuat keputusan untuk membeli kereta, ada beberapa perkara yang harus anda pertimbangkan.
Ia amat penting kerana melibatkan pengurusan kewangan dalam tem[oh yang lama serta komitmen yang tinggi.
Sehubungan itu, mari kenal pasti 8 tip yang perlu diberi perhatian sebagai pengguna yang bijak.
Jangan terikut-ikut dengan orang. Seandainya gaji kita sekitar RM3,000, pastikan anda mampu menguruskan pertambahan komitmen pembayaran kereta.
Buat pengiraan misalnya, komitmen terkini adalah RM1,000 (rumah) + RM800 (makan minum) + RM200 (internet dan bil telefon + RM150 (PTPTN) = RM2,150.
Jadi anda akan mempunyai baki sekitar RM850 sahaja. Dengan itu, anda perlu memastikan komitmen pembayaran kereta yang ingin diambil mestilah berada di bawah paras baki itu.
Juga fikirkan soal kecemasan. Jika anda memilih untuk mencari kereta dengan komitmen setinggi RM800 sebulan untuk sembilan tahun, akaun bank anda hanya tinggal RM50 sahaja selepas menerima gaji.
Jika anda memilih pakej kereta dengan deposit 0 peratus, komitmen bulanan anda akan menjadi sedikit tinggi berbanding anda membayar wang pendahuluan sebanyak 10 peratus.
Pendahuluan 10 peratus itu membawa maksud sebagai contoh, sekiranya kos kereta baru berharga RM60,000, anda biasanya perlu membayar wang pendahuluan sebanyak RM6,000 terlebih dahulu sebelum anda menerima kereta tersebut.
Bank meletakkan kadar faedah lebih rendah bagi kenderaan import seperti Ford dan Kia berbanding kenderaan nasional seperti Proton. Walau bagaimanapun, perbezaannya adalah amat kecil.
Sekiranya anda mampu bayar wang deposit yang lebih besar atau dengan lebih banyak, kadar faedah biasanya menjadi lebih rendah.
Sekiranya anda gagal untuk membuat bayaran seperti yang termaktub di dalam perjanjian Sewa-Beli (ponteng bayar), denda lewat bayar pada kadar 8% setahun akan dikenakan ke atas jumlah ansuran tertunggak.
Pihak bank sekurang-kurangnya memerlukan anda mencari seorang penjamin bagi menyokong permohonan pinjaman pembelian kereta sekiranya mereka berpendapat komitmen anda sangat tinggi.
Penjamin adalah orang yang akan bertanggungjawab membayar bahagian yang belum dibayar pada pinjaman kita tadi, termasuk semua yuran dan caj faedah yang terkumpul, jika kita gagal menghormati perjanjian Sewa-Beli namun sebagai pengguna yang bijak, jangan khianati kepercayaan yang diberikan oleh penjamin.
Tahu-tahu enam bulan sudah tidak bayar dan penjamin pula yang terpaksa jadi mangsa.
Adalah menjadi tanggungjawab kita untuk memastikan kereta ‘dilindungi’ dengan betul. Bank biasanya perlukan kita mengambil perlindungan takaful komprehensif ke atas kereta sebelum meluluskan pinjaman.
Dokumen biasa yang diperlukan semasa hendak menghantar permohonan pinjaman adalah seperti berikut :
Semoga perkongsian ini mampu membantu anda!