Tidak dinafikan membeli kereta baru merupakan satu pengalaman sangat berharga. Apatah lagi ia merupakan kereta kereta pertama anda. Namun, sebelum membuat keputusan untuk membeli kereta, ada beberapa perkara yang harus anda pertimbangkan.
Ia amat penting kerana melibatkan pengurusan kewangan dalam tem[oh yang lama serta komitmen yang tinggi.
Sehubungan itu, mari kenal pasti 8 tip yang perlu diberi perhatian sebagai pengguna yang bijak.
Status kewangan anda
Jangan terikut-ikut dengan orang. Seandainya gaji kita sekitar RM3,000, pastikan anda mampu menguruskan pertambahan komitmen pembayaran kereta.
Buat pengiraan misalnya, komitmen terkini adalah RM1,000 (rumah) + RM800 (makan minum) + RM200 (internet dan bil telefon + RM150 (PTPTN) = RM2,150.
Jadi anda akan mempunyai baki sekitar RM850 sahaja. Dengan itu, anda perlu memastikan komitmen pembayaran kereta yang ingin diambil mestilah berada di bawah paras baki itu.
Ads
Juga fikirkan soal kecemasan. Jika anda memilih untuk mencari kereta dengan komitmen setinggi RM800 sebulan untuk sembilan tahun, akaun bank anda hanya tinggal RM50 sahaja selepas menerima gaji.
Jika anda memilih pakej kereta dengan deposit 0 peratus, komitmen bulanan anda akan menjadi sedikit tinggi berbanding anda membayar wang pendahuluan sebanyak 10 peratus.
Pendahuluan 10 peratus itu membawa maksud sebagai contoh, sekiranya kos kereta baru berharga RM60,000, anda biasanya perlu membayar wang pendahuluan sebanyak RM6,000 terlebih dahulu sebelum anda menerima kereta tersebut.
Tempatan atau import
Bank meletakkan kadar faedah lebih rendah bagi kenderaan import seperti Ford dan Kia berbanding kenderaan nasional seperti Proton. Walau bagaimanapun, perbezaannya adalah amat kecil.
Ads
Margin pembiayaan
Sekiranya anda mampu bayar wang deposit yang lebih besar atau dengan lebih banyak, kadar faedah biasanya menjadi lebih rendah.
Sekiranya anda gagal untuk membuat bayaran seperti yang termaktub di dalam perjanjian Sewa-Beli (ponteng bayar), denda lewat bayar pada kadar 8% setahun akan dikenakan ke atas jumlah ansuran tertunggak.
Penjamin
Pihak bank sekurang-kurangnya memerlukan anda mencari seorang penjamin bagi menyokong permohonan pinjaman pembelian kereta sekiranya mereka berpendapat komitmen anda sangat tinggi.
Penjamin adalah orang yang akan bertanggungjawab membayar bahagian yang belum dibayar pada pinjaman kita tadi, termasuk semua yuran dan caj faedah yang terkumpul, jika kita gagal menghormati perjanjian Sewa-Beli namun sebagai pengguna yang bijak, jangan khianati kepercayaan yang diberikan oleh penjamin.
Ads
Tahu-tahu enam bulan sudah tidak bayar dan penjamin pula yang terpaksa jadi mangsa.
Takaful
Adalah menjadi tanggungjawab kita untuk memastikan kereta ‘dilindungi’ dengan betul. Bank biasanya perlukan kita mengambil perlindungan takaful komprehensif ke atas kereta sebelum meluluskan pinjaman.
Senarai dokumen
Dokumen biasa yang diperlukan semasa hendak menghantar permohonan pinjaman adalah seperti berikut :
Tiga (3) bulan slip gaji terkini
1 salinan Kad Pengenalan (depan & belakang)
1 salinan lesen memandu yang sah (jika ada)
1 salinan buku bank / penyata akaun bank
1 salinan penyata KWSP terkini
Semoga perkongsian ini mampu membantu anda!
https://www.youtube.com/watch?v=LFNfCUQA8Ac
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Bagi peminat filem James Bond, penggunaan kereta mewah jenama Aston Martin sudah sebati dalam filem ini. Sebanyak 4 model kereta Aston Martin telah digunakan di dalam francais filem ini. Namun, jangan terkejut Aston Martin kini sudah mula mengeluarkan motorsikal yang pertama.
Berpadu tenaga dengan syarikat motor
Dalam percubaan pertama ini, Aston Martin berpadu tenaga bersama pengeluar motorsikal yang sudah berusia 100 tahun iaitu Brough Superior untuk melancarkan model motorsikal berkuasa tinggi yang diberi nama AMB 001.
Ia dikenali sebagai motorsikal konsep yang unik, moden, ringan dan berkuasa tinggi. Selain itu, motorsikal ini hanya ditawarkan kepada pengguna sebanyak 100 model sahaja. Sekali pandang, ia menunjukkan bahawa motorsikal ini dicipta secara premium dan edisi terhad.
Dilengkapi ciri-ciri Premium
Untuk menampakkan elemen ‘Premium’, ia dilengkapi dengan dua rona yang mewarnai motorsikal ini iaitu ‘Hijau Stirling’ serta ‘Limau Sejati (Kuning limau)’. Selain itu, rangkanya diperbuat daripada bahan premium seperti Gentian Fiber, Titanium dan Aluminium Billet. Ia juga seberat 180Kg dan dilengkapi dengan pemasangan Enjin V-Kembar Turbocharged yang berupaya menghasilkan kelajuan hingga 180Bhp.
Sebuah motorsikal AMB 001 kini dijual dengan harga RM500K dan mereka yang berminat boleh pergi ke laman web rasmi Aston Martin.
Buat anda yang menonton episod pertama pada hari Isnin lalu menerusi Astro Naura atau menerusi penstiman di Astro Go, terima kasih MASKULIN ucapkan. Bagaimana dengan paparan bersama Dato AC Mizal dan kereta Porsche beliau?
Memang gempak, bukan!
Untuk episod kedua yang akan ditayangkan esok, ‘RODA PANAS’ telah mengundang ikon fesyen lelaki terkenal tanah air, Wak Doyok.
Jadi apakah kereta atau jentera yang bakal dikongsikan oleh Wak Doyok menerusi episod kedua kali ini?
Buat peminat muscle car atau kereta berkuasa tinggi, iniah episod yang tidak harus anda lepaskan.
Remy Ishak sebagai hos ‘RODA PANAS’ akan membawa anda mendekati ‘raksasa jalanan’ milik Wak Doyok iaitu Episod 2 Ford Mustang 5.0L V8 yang dimodifikasi kepada Ford Mustang Shelby GT500!
Sebelum program TV ‘RODA PANAS’ ke udara di kaca TV, MASKULIN sebenarnya pernah memaparkan Wak Doyok bersama kenderaan pacuan empat rodanya yang telah mendapat jumlah view cukup tinggi di laman media sosial.
VERSI IDAMAN
Jadi pastinya pengenalan kereta Mustang dari Wak Doyok kali ini tidak harus anda lepaskan. Seperti dinyatakan di atas, kereta Wak Doyok ini asalnya ialah dari model For Mustag 5.0L V8.
Namun kerana minatnya yang luar biasa terhadap model Ford Mustang Shelby GT500, dia sanggup berbelanja untuk merealisasikan impian melihat versi idamannya di depan mata.
“Bagi saya sendiri saya suka modifikasi pada bahagian luar dan dalam. Dekat luar haruslah tampil ‘seksi’ manakala dalam pula harus ada kuasa,” jelasnya yang memiliki jentera hebat ini sejak tahun 2016.
“Luar harus ‘seksi’ manakala dalam pula harus ada kuasa,” jelas Wak Doyok yang kini turut menjadi Timbalan Presiden Kelab Mustang untuk media sosial seluruh Malaysia.
Jadi apakah modifikasi yang dilakukan oleh Wak Doyok terhadap kereta perkasa jalanannya yang tampil dalam bentuk Ford Mustang modifikasi Shelby GT500? Berapakah agaknya kuasa kuda yang dibawa di bawah bonet kereta ini?
Jangan lupa saksikan ‘RODA PANAS’ episod 2 bersama hos Remy Ishak dan tetamu jemputan, Wak Doyok pada Isnin, 19 April 2021 jam 9:30 malam di Astro Naura (saluran 109). Anda juga boleh saksiken menerusi servis penstriman di Astro Go dan juga di On Demand.
Ingat kereta, ingat RODA PANAS!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Sebelum ini kalau nak buat pemasangan RFID secara percuma, memang kena buat temu janji yang lebih awal berikutan jumlah pemasangan adalah terhad.
Namun memasuki bulan April ini nampaknya pihak Touch ‘N Go memberi peluang kepada orang ramai yang berkelapangan untuk memasangnya pada bila-bila masa.
Tawaran sah di Lembah Klang
Tetapi tawaran ini hanya sah bagi mereka yang berada di sekitar kawasan Lembah Klang sahaja kerana pihak Touch ‘N Go menyediakan sembilan lokasi yang boleh dituju.
Tak perlu sentuh kad
Dengan pemasangan RFID ini, ia akan memudahkan urusan pembayaran tol kerana anda tidak memerlukan sebarang peranti seperti SmartTag atau perlu menyentuh panel menggunakan kad TNG biasa.
Selain itu RFID menyediakan pelekat khas yang akan dilekatkan pada bahagian kereta anda dan ia menghubungkan dengan e-wallet TNG.
Dalam erti kata lain, anda boleh terus top up nilai bakinya secara terus ke e-wallet dan ia ternyata akan jadi sangat memudahkan.
Serbu 9 lokasi ini
Berdasarkan poster di atas, 9 lokasi yang dinyatakan pihak Touch ‘N Go di sekitar Lembah Klang adalah AEON Big Bukit Rimau, AEON Big Kepong, Berjaya Times Square, Empire Shopping Gallery, Sunway Velocity Mall, Tesco Pusat Bandar Puchong, Tesco Extra Cheras, Tesco Setia Alam dan Tesco Bukit Tinggi Klang.
Anda boleh berkunjung ke lokasi yang disebutkan bermula pukul 10 pagi hingga 10 malam dan tawaran ini hanya sah untuk April 2019 sahaja.
Jadi apa tunggu lagi? Terus share artikel ini kerana ada tawaran percuma yang sangat menarik..!!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Suami bandingkan masakan isteri dengan ibu, buat isteri kecil hati. Setiap orang mempunyai air tangan tersendiri. Sedap atau tidak hanya orang merasai sahaja. Begitu juga dengan masakan isteri untuk diberikan kepada keluarga tidak akan sama dengan ibu sendiri atau mentua.