Suka atau tidak, negara kita sekarang masih lagi bergelut dengan pandemik atau wabak COVID-19. Jumlah kes harian kini masih lagi tinggi dengan catatan kes harian masih pada empat digit.
Lebih membimbangkan lagi, ancaman varian baharu yang telah bermutasi semakin membimbangkan. Bukan sahaja ia lebih bahaya malah ia juga lebih mudah tersebar berbandung varian asal virus tersebut. Oleh sebab itulah kita sekarang harus lebih bersidiplin.
Keluar rumah hanya bila betul-betul perlu. Dan buat anda yang terpaksa bekerja sepanjang tempoh PKP ‘full lockdown’ ini, teruskan tabahkan hati. Ikuti segala langkah SOP dengan memakai pelitup muka dan melakukan penjarakan sosial.
Selain itu, penyediaan alat bantuan kesihatan juga boleh anda sedaiakan di rumah. Pada masa sekarang alat pengukur kadar oksigen dalam badan iaitu oximeter sangat popular. Alat ini penting untuk kita sentiasa memantau kadar oksigen dalam badan. Ini kerana pesakit COVID-19 sama ada bergejala atau tidak kebiasaannya menunjukkan kadar oksigen yang terjejas.
Sebelum anda bercadang untuk membeli peranti ini terdapat beberapa perkara penting perlu anda pertimbangkan. Pertama sekali apakah sebenarnya fungsi oximeter?
FUNGSI OXIMETER
- Sejenis alat kompak pengesan nadi oximeter yang bersifat mudah alih
- Sesetengah oximeter dilebgkapi dengan bunyi amaran jika ia mendapati bacaan di bawah paras normal atau terlalu rendah
- Peranti yang mengesan dengan cepat dan memberikan bacaan tempoh beberapa saat sahaja
- Dilengkapi skrin terang yang menunjukkan indikasi maklumat bacaan
KENAPA OXIMETER SANGAT PENTING
- Untuk memeriksa tahap kandunagn oksigen dalam badan dan mengesan dengan awal sekiranya ada yang tidak kena pada badan
- Bagi mengesan secara awal jika pesakit memerlukan bantuan pernafasan seperti bekalan oksigen
- Memeriksa dan menilai tahap sistem pernafasan sama ada memerlukan bantuan pernafasan atau ubatan
PERKARA PERLU DIPERTIMBANGKAN SEBELUM BELI OXIMETER
- Pertama sekali harganya yang berpatutan
- Pilih oximeter yang mempunyai fungsi bunyi amaran atau buzzer
- Ketepatan bacaannya sangat penting tidak kiralah sama ada anda membelinya untuk kegunaan konvensional atau untuk pemantauan harian tahap kesihatan
- Oximter yang mempunyai faktor ketahanan air
- Dapatkan oximeter yang mempunyai kelulusan atau sijil kualiti daripada agensi tertentu
- Seain itu anda juga harus rajinkan diri untuk baca review serta padangan daripada pengguna yang telah membeli produk tersebut
MENGGUNAKAN OXIMETER DENGAN BETUL
- Pastikan dalam keadaan relaks badan dan mental untuk bacaan tepat
- Jangan gerakkan tangan ketika bacaan sedang dilakukan. Untuk kestabilan letakkan tangan di atas permukaan rata seperti di atas meja atau katil.
- Jangan gunakannya ketika bateri dalam keadaan lemah
- Usah alihkan peranti ketika bacaan sedang dilakukan. Sedikit pergerakan boleh menjejaskan bacaan tepat
Follow Instagram MASKULIN untuk update gaya hidup lelaki terkini!
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI