Terdapat pelbagai jenis pembahagian senaman (workout split) yang boleh digunakan untuk melatih badan anda dengan berkesan sepanjang minggu. Berikut adalah beberapa contoh pembahagian senaman yang berbeza untuk seminggu.
Pembahagian Badan Penuh (Full Body Split)
Hari 1: Senaman badan penuh
Hari 2: Rehat
Hari 3: Senaman badan penuh
Hari 4: Rehat
Hari 5: Senaman badan penuh
Hari 6: Rehat
Hari 7: Rehat
Dalam pembahagian ini, anda melibatkan keseluruhan badan dalam setiap sesi senaman. Ia sesuai untuk pemula dan mereka yang ingin mencapai kekuatan keseluruhan dan kecergasan umum.
Pembahagian Badan Atas/Badan Bawah (Upper/Lower Split)
Hari 1: Senaman badan atas
Hari 2: Rehat
Hari 3: Senaman badan bawah
Hari 4: Rehat
Hari 5: Senaman badan atas
Hari 6: Rehat
Hari 7: Rehat
Dalam pembahagian ini, anda fokus pada bahagian atas badan pada hari-hari tertentu dan bahagian bawah badan pada hari-hari yang berbeza. Ia membantu dalam pembaikan otot-otot sasaran secara lebih khusus.
Pembahagian Otot Spesifik (Muscle Group Split)
Hari 1: Dada dan trisep
Hari 2: Belakang dan bisep
Hari 3: Kaki
Hari 4: Bahu dan abs
Hari 5: Rehat
Hari 6: Ulang semula dari awal
Dalam pembahagian ini, anda memberi tumpuan kepada satu kumpulan otot tertentu setiap hari. Ia sesuai untuk mereka yang ingin memfokuskan pembinaan otot dalam bahagian tertentu.
Pembahagian Mengikut Matlamat (Goal-Oriented Split)
Hari 1: Kekuatan (berat)
Hari 2: Kecergasan (kardiovaskular)
Hari 3: Pemulihan (senaman ringan atau yoga)
Hari 4: Pembinaan otot (hipertrofi)
Hari 5: Kekuatan (berat)
Hari 6: Kecergasan (kardiovaskular)
Hari 7: Pemulihan (senaman ringan atau yoga)
Dalam pembahagian ini, setiap hari berfokus pada matlamat yang berbeza seperti peningkatan kekuatan, kardiovaskular, atau pemulihan otot. Sesuai untuk mereka yang mempunyai matlamat pelbagai dalam kecergasan.
Sesuaikan pembahagian senaman anda berdasarkan matlamat peribadi, tahap kecergasan, dan jadual harian anda. Ingat, beri masa cukup untuk pemulihan dan amalkan pemakanan yang sihat sebagai sebahagian daripada rutin kesihatan keseluruhan anda.
Selain itu, anda juga boleh menukar pembahagian senaman anda dari semasa ke semasa untuk mencegah kebosanan dan mencapai hasil yang maksimum.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Kesan Psikologi Terhadap Lelaki Menghidap Kanser Prostat, Isu Jarang Diperkatakan
Dengan akses penyebaran maklumat yang kini cukup mudah dan berada di hujung jari, MASKULIN yakin ramai di antara lelaki pernah mendengar tentang kanser prostat. Sama ada faham secara keseluruhan atau tidak itu perkara kedua.
Kanser prostat kini menjadi salah satu kanser yang mengancam kesihatan lelaki. Secara umumnya, kanser prostat merupakan ketumbuhan yang berbahaya bermula dari dalam kelenjar prostat. Ia merupakan salah satu kanser yang paling kerap berlaku di kalangan kaum adam.
Risiko penyakit kanser akan meningkat mengikut faktor umur dan kebiasaannya berlaku pada lelaki berumur 40 tahun ke atas. 75% kes adalah dikesan dalam kalangan lelaki berumur 65 tahun ke atas.
Kanser prostat berlaku apabila sesetengah sel yang terdapat di kelenjar prostat melalui perubahan tertentu diluar kawalan semulajadi. Ia mula membiak, membesar dan merebak dalam keadaan tidak terkawal. Ia kemudiannya merebak (metastasis) ke bahagian badan yang lain terutama tulang dan organ tertentu.
Ia disebabkan oleh hormon testosteron. Hormon ini bertindak mempercepatkan pembentukan kanser prostat. Walaubagaimanapun, terdapat beberapa faktor risiko yang boleh menggalakkan kejadian kanser tersebut.
Namun salah satu perkara yang cukup jarang diperkatakan dan dibincangkan ialah kesan psikologi dan juga tekanan yang dialammi oleh mereka yang didapati menghidap kanser prostat.
MASKULIN baru-baru sempat diberikan kesempatan menemubual Pakar Psikologi Klinikal Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC), Alex Ng Wei Siong yang memberikan pandangan dan ulasan yang sangat bermanfaat.
Ikuti temu bual MASKULIN bersama beliau di bawah.
1. Adakah sesetengah lelaki yang menghidapi kanser prostat menghadapi masalah dalam menangani penyakit ini dari segi mental?
Lelaki yang disahkan menghidapi kanser prostat lebih berisiko tinggi mengalami isu-isu mental seperti kerisauan dan kemurungan.
Isu-isu mental yang dihadapi oleh lelaki pada masa ini lebih berkaitan dengan tekanan akibat dari pandemik COVID-19. Tidak ada kajian khusus yang hanya bertumpu kepada masalah mental lelaki yang menghidapi kanser prostat.
2. Bila masalah mental boleh berlaku di kalangan pesakit kanser prostat. Adakah sebelum atau selepas diagnosis, ataupun selepas rawatan?
Masalah tekanan mental selalunya bermula apabila lelaki mula sedar keadaan kesihatan fizikal mereka yang tidak normal. Golongan lelaki ini mungkin akan berasa sedih atau murung.
Ini boleh terjadi apabila mereka didiagnosis, semasa rawatan mahupun selepas rawatan. Kita semua mengalami perasaan murung dari semasa ke semasa, tetapi jika golongan lelaki ini berasa sedih, mudah marah, atau putus harapan pada setiap masa, mereka mungkin mengalami kemurungan atau keresahan ataupun kedua-duanya sekali.
3. Apakah faktor yang mungkin menjadi punca tekanan emosi kepada lelaki dalam berdepan kanser prostat?
• Tekanan. Mungkin sukar untuk memilih langkah rawatan yang sesuai dan lelaki terlibat mungkin akan berasa tertekan.
• Kekecewaan. Keyakinan diri, kehidupan dan rancangannya mungkin telah berubah.
• Kebimbangan mengenai kesan sampingan. Jika lelaki terlibat mengalami kesan sampingan seperti masalah ereksi, urinari dan usus besar, ini juga boleh menyebabkannya berasa murung atau gelisah.
• Rasa kehilangan atau kekurangan. Rawatan hormon boleh menyebabkan perubahan fizikal pada badan seseorang lelaki, seperti pertambahan berat badan, penyusutan kekuatan fizikal, atau perubahan pada aktiviti seksual. Ini mungkin menyebabkan lelaki berasa negatif pada badannya dan juga menyebabkan rasa kehilangan atau kekurangan.
• Perasaan keseorangan. Lelaki yang terlibat mungkin berasa tersisih, lebih-lebih lagi apabila rawatannya telah selesai dan dia tidak berjumpa lagi dengan doktor atau jururawat.
4. Adakah benar lelaki yang menghidap kanser prostat mengalami persepsi kekurangan maskuliniti? Jika benar, mengapa dan bagaimana ianya boleh ditangani?
Walaupun terdapat banyak tumpuan terhadap senaman sebagai strategi rawatan untuk menangani isu berkaitan maskuliniti, namun tidak ada maklumat yang mencukupi berkenaan perbezaan persepsi di kalangan lelaki yang menjalani kehidupan aktif atau kurang aktif.
5. Adakah pendekatan lelaki berbeza dengan wanita dalam menangani penyakit kanser terutamanya dari segi emosi?
Dari perspektif sosiologi, ia boleh meningkatkan penyesuaian psikologi terhadap kanser kerana perkembangan kesihatan mental pemandiri kanser berlaku dalam konteks sosio-sejarah dan budaya.
Reaksi psikologi terhadap kanser mungkin kelihatan sangat individualistik dan intim, namun ia dicorakkan oleh sosial dan budaya. Perbezaan jantina dalam penyakit kemurungan mencerminkan wacana dominan maskuliniti dan kewanitaan.
Manakala menyentuh dalam konteks negara kita pula tidak terdapat perbezaan yang ketara dalam reaksi emosi atau tindak balas dari segi jantina. Reaksi kedua-dua jantina adalah hampir sama.
6. Boleh huraikan stigma yang biasanya dikaitkan dengan kanser prostat sama ada untuk lelaki atau pasangan pasangan dan keluarga atau rakan-rakan mereka?
Kesan kanser prostat boleh menjangkau jauh dan melampaui cabaran fizikal yang berkaitan dengan kanser ini. Sesetengah orang melihat penyakit ini sebagai “perjalanan yang melemahkan maskuliniti,” manakala yang lain enggan bercakap tentang kebimbangan atau diagnosis mereka di rumah dan di dalam komuniti. Ini mungkin disebabkan oleh norma budaya atau agama yang lebih cenderung merahsiakan perkara sedemikian.
Akan tetapi kita semua perlu mainkan peranan penting untuk hapuskan stigma dan rasa malu yang menyelubungi kanser prostat. Emosi dan pemikiran lelaki yang menghidapi kanser prostat merangkumi semua faktor, termasuklah lelaki itu sendiri serta orang di sekelilingnya.
7. Bagaimanakah keluarga dan rakan boleh memainkan peranan dalam membantu lelaki mengatasi masalah kesihatan mental mereka?
Terdapat enam pendekatan yang boleh mereka lakukan untuk bantu pesakit kanser prostat dalam tangani masalah mental ini.
• Mula-mula sekali, sangat membantu jika mereka mengetahui anda bersama mereka!
• Cuba untuk tidak salah tanggap perasaan orang tersebut. Dia mungkin berasa gembira pada satu hari dan sedih pada hari berikutnya. Cuba perhatikan “mood” mereka.
• Dia mungkin tidak mahu bercakap atau berfikir tentang kansernya sepanjang masa. Berbual biasa tentang perkara seharian dan berkongsi jenaka kadangkala amat membantu.
• Jangan terasa jika mereka tidak mahu bercakap tentang kanser dan hormati keperluan privasi atau masa tenang mereka.
• Sensitif terhadap perasaan mereka dan galakkan mereka bercakap tentang kanser yang dihidapi.
• Jika bantuan profesional diperlukan, sila dapatkannya dengan segera.
Semoga perkongsian ini boleh memberikan manfaat untuk anda. Pergilah segera dapatkan pemeriksaan lanjut jika anda berasa ada sesuatu yang tidak kena.
Mencegah lebih baik dari mengubati.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Rahsia Aktor Korea Seperti Goong Yoo Jaga Kesihatan, Bentuk Badan & Kecergasan
Tidak keterlaluan jika MASKULIN katakan kemunculan filem-filem Korea Selatan di dunia perfileman global telah menjadi satu fenomena yang cukup menakjubkan. Satu demi satu kejayaan karya dari negara tersebut diangkat bukan sahaja dari segi populariti tetapi kualiti.
Lihat sahajalah deretan anugerah terkemuka diraih oleh filem-filem Korea di Hollywood sehinggakan ia kini menjadi salah sebuah negara paling penting dalam dunia pengerbitan filem.
Seiring kewujudan filem-filem hebat Korea turut menerima tempiasnya ialah pelakon-pelakon Korea. Populariti global dikecapi mereka membuatkan filem-filem Hollywood juga telah mula melamar mereka untuk membintangi filem blockbuster.
Di sebalik kejayaan pelakon-pelakon Korea terutamanya lelaki ialah usaha keras yang dilakukan oleh mereka sejak sekian lama.
Bukan sahaja mengasah skil lakonan tetapi menjaga bentuk badan dan juga kecergasan agar sentiasa berada dalam kondisi yang terbaik. Tapi tahukah anda apakah rahsia dan rutin senaman yang dilakukan oleh mereka?
Pelakon-pelakon Korea seperti Gong Yoo, Hyun Bin dan ramai lagi rakan seangkatan mereka telah membuktikan bahawa usia bukanlah halangan untuk menjaga kesihatan dan kecergasan. Berikut adalah beberapa cara bagaimana mereka menjaga kesihatan dan kecergasan mereka:
Gong Yoo
Pelakon yang terkenal dengan drama “Coffee Prince” ini pergi ke gim hampir setiap hari dan dua kali sehari jika dia sedang bersiap untuk peranan tertentu.
Rutinnya termasuk pemanasan selama 10 hingga 15 minit, senaman khusus selama sejam, dan satu jam kardio selepas itu. Gong Yoo juga pernah mengikuti diet ketat yang hanya termasuk dada ayam, ubi keledek, dan sayur-sayuran.
Hyun Bin
Pelakon yang dikenali dengan drama “Crash Landing On You” ini berlatih dengan perut kosong. Dia melakukan senaman aerobik dua kali sehari, 5-6 kali seminggu sebelum makan apa-apa pada pagi hari.
So Ji-sub
Pelakon ini telah kehilangan 7 kilogram dengan mengecuaikan beras, ubi keledek, dan garam dari dietnya. Dia juga meningkatkan rutin kecergasannya, termasuk tiga hingga empat jam latihan setiap hari.
Lee Joon-gi
Pelakon ini menjaga kesihatannya dengan terlibat dalam seni bela diri dan sukan. Dia juga pernah kehilangan 33 paun dengan hanya makan tahu untuk ketiga-tiga hidangannya sepanjang hari.
Ji Sung
Pelakon ini berjoging kira-kira 15 kilometer pada pagi hari sebagai senaman harian, yang mungkin menjelaskan figur menariknya hingga hari ini.
Buat anda yang membaca artikel ini menyimpan hasrat menjadi pelakon atau anak seni yang baik, contohilah kerja keras seperti dilakukan oleh artis-artis Korea ini. Usaha pasti membawa kejayaan.
Semoga perkongsian ini memberikan inspirasi dan manfaat untuk anda. Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN!
@maskulinmy Sentiasa berkongsi tentang pengalaman membesarkan anak autism, Dr Say Shazril kini menjadi di antara pempengaruh yang berusaha memberikan kesedaran kepada umum. Ikuti temubual bersama Dr Say yang ingin terus berusaha memberikan kesedaran positif. #maskulin #majalahmaskulin #inspirasi #maskulininspirasi #drsayshazril #drsay #malaysia #fyp #autismawareness #autismMalaysia #asd ♬ original sound – Maskulin
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Rutin Senaman Hugh Jackman Persiapkan Diri Sebagai Wolverine Untuk ‘Deadpool 3’
Buat anda yang mengikuti perkembangan filem bergenre adiwira atau superhero pastinya cukup kenal karakter Wolverine dari siri ‘X-Men’. Karakter yang tampil bengis tetapi ‘dalam hati ada taman’ tersebut cukup popular kerana karakter dan sifat ‘anti-hero’.
Pelakon yang membawakan watak tersebut di beberapa buah filem di layar perak ialah tidak lain tidak bukan aktor asal Australia, Hugh Jackman. Kemunculannya di dalam sembilan buah filem melakonakan watak Logan atau Wolverine menjadikan Hugh Jackman sebagai antara ikon filem superhero.
Dan nampaknya titik nokhtah Hugh Jackman bersama karakter tersebut belum berakhir apabila dia bakal muncul di dalam filem ‘Deadpool 3’ yang dijangka ditayangkan di pawagam pada tahun hadapan.
Melihatkan penglibatannya semula untuk watak ini, Hugh Jackman telah melakukan persediaan yang cukup rapi terutamanya dari segi fizikal. Dalam satu temu bual bersama HBO Max, Hugh Jackman mendedahkan dia telah merancang untuk mendedikasikan masa bagi mendapatkan semula bentuk badan sasa untuk watak ikonik tersebut.
AKTIF TEATER
“Saya telah belajar bahawa kita tidak boleh tergesa-gesa. Saya juga belajar semua ini memerulakan masa. Jadi kami mempunyai enam bulan dari apabila saya menamatkan (The Music Man) hingga ketika saya memulakan penggambaran. Dan saya tidak melakukan kerja lain. Saya akan bersama keluarga saya dan berlatih. Itu akan menjadi kerja saya selama enam bulan,” jelasnya.
Sebelum ini dia cukup aktif dalam bidang teater Broadway dengan persembahan ‘The Music Man’ sejak penghujung tahun 2021. Di sebalik kesibukan jadual teater itulah membuatkan dirinya berdepan cabaran berbeza untuk mempersiapkan diri bagi watak Wolverine.
Namun Hugh Jackman mendakwa dirinya berada dalam kondisi yang sangat baik pada waktu sekarang. Melakukan 8 persembahan setiap minggu dengan menyanyi dan menari menjadikan staminanya cukup mantap sekali.
Untuk kembali ke bentuk badan seperti Wolverine, Hugh Jackman mungkin mengambil inspirasi daripada latihan karakternya seperti didokumentasikan secara meluas di Instagramnya pada masa itu.
Bagi mendapatkan definisi otot yang mantap latihan melibatkan melakukan 100 tekan tubi, latihan fasa untuk menyasarkan otot tanpa lemak dan menurunkan lemak badan dan set berat.
Berikut merupakan beberapa rutin senaman yang dilakukan oleh Hugh Jackman
1. Warm up dengan regangan dinamik dan senaman foam roll.
2. Barbell bench press sebanyak 5 reps dan 2.5 minit rehat (4 sets)
3. Dumbbell shoulder press dan behind the neck press sebanyak 10 reps dan 1 minit rehat (4 sets)
4. Cuban press dengan 10 reps dan 30 saat rehat (3 sets)
5. Trisep dips dan trisep push down dengan 10 ke 12 reps dengan 15 ke 60 saat rhat (3 sets)
6. Latihan shoulder circuit dengan 8 reps bersama laterial raise, front raise dan rear flys dan overhead press (4 sets)
Semoga rutin Hugh Jackman ini boleh menjadi contoh untuk anda yang ingin mendapatkan kecergasan yang mantap.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI