TEPUNG BERAS
Ada pelbagai jenis tepung beras. Pasti ada yg tak terfikir apa bezanya…bagi kita asal tepung beras semuanya sama.
Rupanya ada 3 jenis tepung beras yg berlambangkan gajah, tepung beras biasanya berasal dari negara Thailand. Pasti ada yg tak perasaan kan? Takpa, kita sama geng
Hari ni kami akan terangkan apa fungsi tepung beras mengikut lambang gajah yg ada:
TEPUNG BERAS CAP 1 GAJAH
Sangat sesuai untuk mengoreng, seperti buat adunan utk goreng pisang, keledek, keladi, cempedak dan termasuk adunan gorengan ikan, seperti goreng mamak, goreng berempah.
Ciri tepung:
*Tepung ini sangat ranggup
*Sesuai untuk buat rempeyek dan tumpi kacang hijau@dhall
TEPUNG BERAS CAP 3 GAJAH
Sangat sesuai untuk kuih2 tradisional seperti kuih koci, kuih apam beras eno dan pelbagai lagi jenis kuih
Ciri-ciri tepung:
*Menghasilkan kuih yg lembut dan berkilat
TEPUNG BERAS CAP 5 GAJAH
Sesuai untuk membuat mee laksa dan pelbagai jenis mee
Ciri-ciri tepung:
*Menjadikan ia lebih kental
TEPUNG BERAS CAP TERATAI
Sangat sesuai membuat rempeyek dan apam. Kalau buat apam rasa tepung nya kurang dan jika buat rempeyek dan tumpi sangat2 ranggup
Kredit info: Resepi/Petua/Tips Memasak