Automotif

Panduan Beli Kereta Secondhand Atau Terpakai, Barulah Dapat Elak Kena ‘Scam’

Share

Membeli kereta terpakai boleh menjadi pilihan yang bijak jika anda tahu cara yang betul untuk mencari dan menilai kereta tersebut. Malah, dengan pengetahuan dan panduan beli dengan tepat, anda boleh mendapatkan kereta dengan nilai milik yang baik tanpa perlu membelanjakan wang yang banyak.

Satu perkara perlu anda tahu, membeli kereta terpakai bukanlah sesuatu yang buruk seperti yang disangka ramai.

Jika kereta itu berada dalam kondisi baik dan sesuai dengan harga yang anda bayar, tidak ada salahnya untuk memiliki kereta terpakai.

Namun, terdapat beberapa risiko yang perlu diambil kira agar wang yang anda keluarkan tidak sia-sia. Elakkan menilai kereta berdasarkan luaran sahaja, dan jangan terlalu teruja atau tergopoh-gapah dalam urusan jual beli. Jadi ikuti panduan beli kereta secondhand seperti MASKULIN kongsikan di bawah.

Berikut adalah beberapa tip berguna yang dikongsi oleh MASKULIN untuk anda yang ingin membeli kereta terpakai.

1. Tetapkan Bajet

Alasan utama membeli kereta terpakai adalah kerana ia lebih murah. Oleh itu, perkara pertama yang perlu dilakukan adalah menetapkan bajet. Contohnya, jika bajet anda hanya mencukupi untuk membeli Myvi terpakai, jangan senaraikan BMW sebagai pilihan.

2. Kiraan Pinjaman

Kebanyakan pembeli akan membuat pinjaman bank untuk membeli kereta. Oleh itu, penting untuk anda tahu cara mengira bayaran bulanan yang perlu dibayar, termasuk harga kereta, deposit, kadar faedah, dan tempoh pinjaman.

3. Survey Online

Lakukan tinjauan harga semasa kereta terpakai secara online melalui laman web seperti MotorTrader, Carlist, atau Mudah. Jangan membuat survey pertama di kedai kereta terpakai untuk mengelakkan terpengaruh dengan kata-kata jurujual.

4. Pilih Kereta Berusia Lima Tahun Ke Bawah

Pilih kereta yang berusia tidak lebih daripada lima tahun untuk mengurangkan risiko kerosakan. Walaupun ada kereta berusia lebih lima tahun yang masih dalam keadaan baik, memilih kereta yang lebih muda akan memberikan lebih keyakinan.

5. Waspada dengan Harga Terlalu Murah

Jika harga kereta terlalu murah, pastikan anda menyiasat dengan teliti. Kereta tersebut mungkin pernah mengalami kemalangan teruk atau bertukar pemilik beberapa kali. Atau mungkin juga mempunyai mileage yang sangat tinggi.

6. Interaksi dengan Pemilik

Salah satu kelebihan melakukan tinjauan secara online adalah anda boleh berinteraksi secara terus dengan pemiliknya. Anda boleh bertanya segala pertanyaan dan melakukan nego dengan lebih baik.

BACA: 10 Jam Pintar Mampu Milik Terbaik di Pasaran 2024

7. Semak Jadual Servis

Minta buku jadual servis dari pemilik untuk melihat bagaimana kereta diselenggara sepanjang tempoh penggunaannya.

8. Periksa Luaran dan Dalaman

Periksa kondisi luaran dan dalaman kereta. Jika ada kerosakan, anda boleh meminta pemilik memperbaikinya terlebih dahulu atau meminta pengurangan harga.

9. Pandu Uji

Pandu uji kereta sebelum membuat keputusan. Memandu uji bukan sekadar menghidupkan enjin dan menekan pedal minyak, pastikan kereta itu bergerak dan berfungsi dengan baik.

Mengikut langkah-langkah di atas, anda boleh membuat keputusan yang lebih bijak dan berinformasi dalam membeli kereta terpakai. Selamat mencari kereta idaman anda!

Dapatkan aksesori kereta pada harga menarik di sini.

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

 

Published by
Farizul Izwany Ibrahim