Baru-baru ini Samsung telah menampilkan siri terbaru telefon pintar flagship mereka iaitu Samsung Galaxy S24 Series. Menerusi siri terbaru ‘S’ ini mereka menampilkan tiga varian berbeza iaitu Galaxy S24, Galaxy S24 Plus dan dan Galaxy S24 Ultra.
MASKULIN berkesempatan diberikan peluang untuk mencuba sendiri Galaxy S24 Plus. Di pelancarannya yang berlangsung di ibu negara beberapa hari lalu, Samsung turut berkongsi dan mengumumkan barisan baharu telefon pintar ini yang hadir dengan Galaxy AI.
Pertama sekali mari kita lihat apa yang terdapat di dalam kotak Galaxy S24 Plus. Seperti dijangka tiada perubahan drastik dalam pempakejan telefon ini berbanding siri sebelumnya. Ia hadir bersama-sama dengan kabel pengecas USB-C ke C, berkas jaminan dan manual mula pantas serta pin pelepas SIM berbentuk plectrum kecil.
Meneruskan sokongannya terhadap kelestarian alam, kotak ini tidak hadir bersama sebarang pembungkus plastik dan menggunakan bahan kitar semula.
REKAAN TERKINI
Berada di tengah-tengah antara keanggunan kompak Galaxy S24 dan kebesaran Galaxy S24 Ultra, Samsung Galaxy S24 Plus tampil sebagai fenomena rekaan yang menarik. Ia mengambil inspirasi dari saudara-saudaranya yang lebih besar dan lebih kecil, membentuk sintesis yang menawan dalam perangkat keras, prestasi dan gaya.
Ads
Dari sudut pandang rekaan, Galaxy S24 Plus ini bak permata yang dipoles. Bayangkan, ia bagaikan versi yang lebih besar dan lebih elegan dari Galaxy S24.
Anda akan disajikan dengan rekaan yang halus dan bersih di bahagian depan dan belakang, lengkap dengan sudut-sudut yang bulat. Tiada beveling pada tepinya, memberikan kesan yang minimalis dan kontemporari.
Pada bahagian skrin puka S24 Plus ini mempunyai skrin yang identikal dengan model Galaxy S24 Ultra. Ia hadir dengan resolusi super tinggi – 3120×1440 piksel menjadikannya sebagai penambahbaikan signifikan dari model sebelumnya dan juga langkah besar ke depan dalam teknologi paparan.
Dari segi warna pilihan pula Galaxy S24 Plus ditawarkan dalam beberapa warna menarik iaitu Onyx Black, Cobalt Violet, Amber Yellow dan Marble Gray. Selain itu, Samsung Malaysia turut menawarkan warna ekskulisf untuk pesana di atas talian iaitu Sandstone Orange, Sapphire Blue dan Jade Green.
Ads
Galaxy S24 Plus menampilkan skrin Dynamic AMOLED 2X berukuran besar 6.7 inci yang mempunyai resolusi QHD+ (1,440 x 3,120 piksel) yang lebih tajam dan jelas, serupa dengan Galaxy S24 Ultra. Skrin itu sendiri adalah teratas, menampilkan kadar segar semula adaptif 1-120hz untuk menawarkan kecekapan bateri yang lebih baik dan juga kecerahan yang lebih tinggi dengan puncak 2,600 nits, berkat penggunaan panel LTPO.
SOKONGAN TAMBAHAN
Sebagai perbandingan generasi terdahulu Galaxy S23 Plus memiliki bezel yang lebih tebal dan skrin yang lebih kecil berukuran 6.6 inci yang juga tidak secerah dengan resolusi FHD+ (1080 x 2,340 piksel) dan juga tidak secerah dengan kecerahan puncak 1,750 nits.
Galaxy S24 Plus dijana oleh pemproses Exynos 2400 for Galaxy, mirip dengan Galaxy S24 yang lebih kecil. Namun hadir dengan dengan 12GB RAM serta pilihan storan 256GB dan 512GB bergantung pada keupayaan kewangan anda. Sebagai perbandingan, Galaxy S24 Ultra teratas dijalankan oleh prosesor Snapdragon 8 Gen 3 for Galaxy.
Ads
Telefon ini beroperasi dengan Android 14 bersama-sama dengan OneUI 6.1 terkini dengan komitmen oleh Samsung untuk kemas kini Android dan keselamatan selama 7 tahun, yang merupakan bonus yang belum pernah terjadi sebelumnya yang memastikan ketahanan untuk tahun-tahun akan datang.
Secara semula jadi, telefon ini menampilkan Galaxy AI yang akan menawarkan terjemahan langsung semasa panggilan, terjemahan teks dan juga kemampuan untuk menyempurnakan gambar yang akan kami uji dalam beberapa minggu akan datang. Kemudahan moden tambahan termasuk sokongan untuk WiFi 7 terkini dan konektiviti Bluetooth 5.3 serta 5G.
Baterinya juga mendapat peningkatan, dengan contoh pertama kami melihat Galaxy S24 Plus ini memiliki bateri 4,900mAH dengan pengecasan berwayar pantas 45W yang sama seperti Galaxy S24 Ultra bersama dengan pengecasan tanpa wayar 15W dan sokongan pengecasan tanpa wayar terbalik.
Ketiga-tiga varian Samsung Galaxy S24 Series kini telah dibuka pra-pesanan oleh Samsung Malaysia dan pengedar yang sah. Bagi model Galaxy 24 Plus ia ditawarkan pada harga RM4,899 (256GB) dan RM5,399 (512GB).
Buat anda penggemar telefon pintar, inilah telefon yang tidak hanya besar dalam saiz tetapi juga besar dalam prestasi dan ciri-cirinya. Samsung Galaxy S24 Plus boleh menjadi pilihan paling tepat untuk anda.
Nantikan review lengkap dari MASKULIN tidak lama lagi terutamanya tentang ciri-ciri Galaxy AI yang ditawarkan menerusi Galaxy S24 Series ini.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Sukan Olimpik Paris 2024 bakal bermula pada 26 Julai 2024. Buat setiap atlet di dunia inilah medan di mana impian boleh menjadi kenyataan, hasrat serta aspirasi negara menjadi taruhan. Atlet Sukan Olimpik dari setiap pelosok dunia akan berkumpul dan bersaing dalam setiap sukan berbeza.
Kemunculan temasaya sukan terbesar di dunia ini juga pastinya menjadi medan cukup penting buat penaja-penaja utamanya. Sebagai salah satu penaja terbesar Samsung bakal melakukan sesuatu yang cukup istimewa buat kesemua atlet Sukan Olimpik Paris 2024.
Mereka mengumumkan dan mengesahkan bahawa setiap atlet yang bertanding di Sukan Olimpik Paris 2024 bakal menerima telefon pintar Galaxy Z Flip6 Olympic Edition.
Telefon pintar tersebut baru sahaja diperkenalkan baru-baru ini dan lebih istimewa ia hadir dengan versi yang tidak akan terdapat di pasaran dan eksklusif untuk atlet bertanding sahaja.
Dalam erti kata lain ia tidak akan dijual kepada umum. Namun begitu, model Galaxy Z Flip6 yang biasa boleh didapatkan di pasaran.
Kolaborasi Samsung Bersama Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) dan Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC) dilihat sebagai satu pernghargaan buat atlet yang Berjaya melayakkan diri ke peringkat tertinggi.
Menurut laman sesawang rasmi Olimpik, setiap atlet juga bakal diberikan 100GB data, teks serta panggilan tanpa had bagi kegunaan mereka sepanjang berada di Perancis.
Tambah mereka lagi, jika atlet meurpakan adalah sebahagian daripada kontinjen lebih daripada 50 atlet, Chef de Mission akan mengagihkan telefon apabila mereka tiba di Perkampungan Olimpik.
Manakala untuk kontinjen kurang 50 orang atlet, boleh menuntut telefon tersebut di Olympic Rendezvous Samsung, di Plaza Perkampungan Olimpik Paris, bila-bila masa antara di antara 18 Julai hingga 11 Ogos 2024.
Pakej Edisi Olimpik Samsung* termasuk:
Telefon bimbit Edisi Olimpik Samsung
E-SIM dengan data 100GB dan panggilan serta teks tanpa had
Samsung Galaxy Limited Edition Flipsuit (untuk Telefon Pintar)
2. Panduan Selamat Datang IOC
3. Botol SIGG Coca-Cola dan Botol Powerade Squeeze Paris 2024
4. Beg alat mandian berjenama P&G, mengandungi pewangi udara, syampu, sabun tangan, berus gigi dan ubat gigi.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Setiap hari kita berdepan dengan risiko bertembung dengan anjing liar atau anjing jalanan apabila berjalan atau berjogging. Sesetengah anjing ini adakalanya sukar nak dijangka kelakuannya dan boleh menjadi agresif dan tidak mesra.
Tidak dinafikan, ramai yang takut dengan anjing lebih-lebih lagi umat Islam kerana kita tidak dibiasakan dengan haiwan peliharaan tersebut. Malah, ia juga boleh mendatangkan ancaman bahaya kepada manusia.
Jadi, bagaimana anda mahu mengelakkan diri dari diserang atau digigit anjing ini
Satu perkongsian yang telah dibuat oleh pengguna TikTok ini boleh dijadikan panduan, mengenai alat yang boleh digunakan untuk menghalau anjing.
Dikenali sebagai Shameer Iqmal, video yang dimuat naik empat hari lepas telah mendapat lebih daripada 1 juta tontonan. Alat ini akan mengeluarkan bunyi ultrasonic yang hanya boleh didengar oleh haiwan. Katanya, ada yang jadi dan ada juga anjing yang buat ‘relax’ sahaja. Hiks! Tapi apa-apa pun ikhtiar sahaja la kan.
Dalam video tersebut, Shameer juga berkongsi situasi dimana dia menggunakan alatan tersebut terhadap haiwan-haiwan itu dan nyata, memang anjing tersebut beredar daripadanya.
Alat ini boleh dibeli di Shopee dengan harga serendah RM18.
Wah, kalau macam ni bolehlah beli satu kan. Lepas ni kalau nak berjogging rasa selamatlah sikit. Hiks!
Buat lelaki yang ingin tampil lebih bergaya dan dalam masa yang sama menonjolkan status, jam tangan merupakan aspek yang cukup penting.
Selain ia membawa simbol status, jam tangan dalam kategori luxury atau mewah juga merupakan satu peranti yang boleh menjadi harta warisan selama bergenerasi lamanya.
Terbaru, “ThinKing” sebuah jam tangan mekanikal ternipis di dunia diperkenalkan dengan ketebalan hanya 1.65 milimeter (mm) dan berat 13.3 gram.
Reka bentuk luar biasa
Direka oleh pembuat jam terkemuka dari Rusia, Konstantin Chaykin, ThinKing merupakan prototaip inovatif yang tampil dengan reka bentuk luar biasa.
Reka bentuk casingnya yang sangat halus menjadikan jam ini mudah terdedah kepada tekanan biasa semasa dipakai.
Untuk melindunginya, tali jam khas daripada kulit buaya dengan sisipan elastik dan titanium digunakan untuk menyerap hentakan serta tekanan semasa pemakaian.
Jam tangan ultra nipis ini sarat dengan pelbagai inovasi teknikal, termasuk barrel penggulungan yang ultra nipis dan sistem dwi-roda imbangan.
Lebih nipis daripada syiling lima sen Amerika
Ketebalannya yang luar biasa juga mengatasi rekod sebelumnya dengan kelebihan 0.5 mm, menjadikan ia lebih nipis daripada syiling lima sen Amerika.
Untuk mencapai kejayaan ini, Chaykin mengaplikasikan idea-idea radikal dalam reka bentuknya, termasuk menggantikan pemutar jam klasik dengan paparan jam dan minit melalui dua tingkap berasingan.
Meskipun lebih rapuh berbanding jam tangan biasa, ThinKing diperbuat daripada keluli tahan karat khas yang mampu menahan tekanan harian.
Tidak hairanlah jam ultra nipis ini bernilai tinggi, mengambil masa lama untuk dihasilkan dan menggunakan bahan-bahan berkualiti tinggi.
Namun, pengguna perlu memakainya dengan berhati-hati kerana ketipisannya membuatkan ia mudah rosak.