Hobi & Minat

Pandang Pertama Samsung Galaxy A55, Apa Yang Baharu & Dipertingkatkan

Share

Tidak dinafikan telefon pintar untuk segmen pertengahan masih lagi popular di kalangan pengguna konvensional bukan sahaja di Malaysia tetapi di seluruh dunia.

Salah satu model yang cukup dinantikan ramai ialah Samsung Galaxy A55 yang baru diumumkan dan dikeluarkan baru-baru ini. Jadi apakah pembaharuan dan peningkatan model ini berbanding siri sebelumnya iaitu Galaxy A53?

Samsung Galaxy A55 hadir dengan saiz kotak yang lebih kurang sama dengan peranti siri A terdahulu dan juga S24 yang dikeluarkan dalam tempoh beberapa bulan lalu. Ia hadir dengan kotak tidaklah terlalu tebal dan semestinya kerana tidak disertakan bersama dengan palam pengecas.

Sama ada suka atau tidak, itulah satu normalisasi baharu dalam industri telefon pintar harus kita terima.

Di dalam kotak, selain telefon Galaxy A55, ia turut disertakan dengan wayar USB-C ke USB-C, SIM ejector dan juga beberapa keping dokumen ringkas berkenaan peranti ini.

LUARAN

Bagaimana dengan reaksi pandang pertama MASKULIN bila memegang peranti ini di tangan?

Sejujurnya dari segi rekaan, Samsung Galaxy A55 tidaklah kelihatan terlalu berbeza dengan siri terdahulunya, Galaxy A54. Namun apabila dilihat dengan lebih teliti anda akan perasan dua perkara penting iaitu dari segi saiz dan badannya.

Galaxy A55 hadir sedikit lebih besar kerana skrinnya pada kali ini lebih besar. Kali ini ia hadir sedikit lebih besar daripada pendahulunya kerana paparan juga telah menjadi lebih besar iaitu dengan paparan 6.6 inci Full HD + Super AMOLED dengan 120Hz refresh rate.

Kualiti binaannya juga agak berbeza apabila hadir dengan aluminium menjadikannya terasa lebih kukuh dan terasa lebih premium.

Ia juga lebih selesa untuk dipegang, hasil reka bentuk Key Island pada sisinya. Manakala di bahagian belakang pula ia hadir dengan kemasan kaca Gorilla Glass yang sedikit sebanyak memberikan estetika gaya namun masih mementingkan faktor ketahanannya.

SPESIFIKASI ASAS

Galaxy A55 dikuasakan oleh Exynos 1480 yang baru, sebuah SoC 4nm yang merupakan peningkatan kecil dari Exynos 1380 dari segi kuasa CPU tetapi peningkatan yang ketara dalam GPU kerana kini menggunakan GPU Xclipse 530 berasaskan AMD RDNA 2.

Peranti pintar ini dilengkapi dengan bateri 5,000mAh yang agak baik dan dikatakan mampu bertahan sekurang-kurangnya sepanjang hari.

Ia juga menyokong kelajuan pengecasan sehingga 25W, di mana jika dibandingkan dengan standard hari ini, bolehlah dikatakan agak memuaskan. Untuk mengetahui bagaimana prestasi baterinya, tunggu review lengkap dari MASKULIN tidak ama lagi.

Salah satu perkara yang cukup diangkat oleh Samsung menerusi peranti terbaru mereka kali ini ialah penambahan Samsung Knox Vault yang menawarkan perlindungan menyeluruh terhadap serangan perangkat keras dan lunak dengan membangun lingkungan eksekusi yang aman yang secara fisik terisolasi dari prosesor utama sistem dan memori.

Secara tak langsung menjaga keselamatan anda apabila melayari web, email dan menggunakan aplikasi.

Samsung Knox Vault juga memastikan data peribadi kritikal seperti kata laluan tetap aman dan tidak dapat diakses oleh pengguna yang tidak ada akses di telefon anda dalam folder yang aman untuk ketenangan anda di masa akan datang.

Berikut merupakan spesifikasi asas Samsung Galaxy A55

  • 6.6-inch FHD + Super AMOLED
  • 120Hz refresh rate
  • 2340×1080 pixels in resolution
  • Exynos 1480 chipset
  • Triple rear-facing cameras
  • Main: 50MP f/1.8; PDAF, OIS
  • Ultrawide: 12MP f/2.2; 123°
  • Macro: 5MP f/2.4; fixed focus
  • Selfie camera: 32MP f/2.2, HDR
  • 12GB RAM
  • 256GB storage
  • One UI 6.1, Android 14
  • 5,000mAh battery
  • 25W charging
  • IP67 rating

Untuk maklumat lanjut tentang peranti ini anda boleh layari laman sesawang Samsung Malaysia di sini. Nantikan review lengkap Samsung Galaxy A55 dari MASKULIN tidak lama lagi!

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

Published by
Farizul Izwany Ibrahim