Rasanya bagi penggemar fesyen streetwear dan juga jenama premium sudah cukup masak dengan kolaborasi hebat di antara Off-White™ dan Nike. Kejayaan luar biasa kolaborasi ini menyaksikan setiap sneakers yang dikeluarkan sold out dalam sekelip mata.
Malah harga selepas jualan di pasaran juga sangat tinggi dan berlipat kali ganda. Tidak hairanlah mengapa item kolaborasi hebat ini sentiasa menjadi buruan peminat serta reseller di seluruh dunia.
Kolaborasi terbaru kali ini mengetengahkan silhoutte Nike Vapor Street yang merupakan model kasut larian.
Sneakers ini pertama kali diperkenalkan oleh Virgil Abloh pada Off-White™ Spring/Summer 2019 yang lalu. Ia diperkenalkan dengan tiga warna berbeza dan merupakan kapsul yang pastinya akan mendapat samburan luar biasa.
BACA: 10 Perkara Penting Perlu Anda Pertimbangkan Sebelum Beli Kasut Larian
Tampil dengan tiga kombinasi warna iaitu hitam/merah jambu, kuning/hitam dan biru/kuning, koleksi ini turut bakal didapati di Malaysia menerusi laman sesawang Nike store Malaysia.
Antara feature uniknya ialah mengunakan bahan transparen pada bahagian atas kasut, sistem lacing assymmetric dan tapak yang lebih panjang dan lebar.
Walaupun ia tidaklah setular koleksi ‘the 10’ sebelum ini namun koleksi ini pastinya menarik perhatian peminat tegar jenama Off-White™ dan Nike.