
Rasanya bagi penggemar fesyen streetwear dan juga jenama premium sudah cukup masak dengan kolaborasi hebat di antara Off-White™ dan Nike. Kejayaan luar biasa kolaborasi ini menyaksikan setiap sneakers yang dikeluarkan sold out dalam sekelip mata.
Malah harga selepas jualan di pasaran juga sangat tinggi dan berlipat kali ganda. Tidak hairanlah mengapa item kolaborasi hebat ini sentiasa menjadi buruan peminat serta reseller di seluruh dunia.
Kolaborasi terbaru kali ini mengetengahkan silhoutte Nike Vapor Street yang merupakan model kasut larian.
Sneakers ini pertama kali diperkenalkan oleh Virgil Abloh pada Off-White™ Spring/Summer 2019 yang lalu. Ia diperkenalkan dengan tiga warna berbeza dan merupakan kapsul yang pastinya akan mendapat samburan luar biasa.
BACA: 10 Perkara Penting Perlu Anda Pertimbangkan Sebelum Beli Kasut Larian
Tampil dengan tiga kombinasi warna iaitu hitam/merah jambu, kuning/hitam dan biru/kuning, koleksi ini turut bakal didapati di Malaysia menerusi laman sesawang Nike store Malaysia.
Antara feature uniknya ialah mengunakan bahan transparen pada bahagian atas kasut, sistem lacing assymmetric dan tapak yang lebih panjang dan lebar.
Walaupun ia tidaklah setular koleksi ‘the 10’ sebelum ini namun koleksi ini pastinya menarik perhatian peminat tegar jenama Off-White™ dan Nike.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Padanan Pakaian Bergaya Bersama Sneakers Putih, Barulah Gaya Lebih Menarik

Sneakers putih merupakan jenis footwearyang wajib ada dalam koleksi setiap lelaki. Namun anda haruslan pandai melakukan padanan yang sesuai dengan gaya yang ingin diserasikan.
Ia merupakan item pelengkap fesyen yang mampu membantu seleksi pakaian anda nampak lebih menyerlah!
Bagi MASKULIN, tidak sah bagi seorang lelaki tidak mempunyai sekurang-kurangnya sepasang sneakers putih. Paling mudah padanan bersama shorts ialah sneakers putih daripada material kanvas.
Ia sesuai dipakai dengan pelbagai jenis gaya fesyen dan item pakaian. Jika anda tiada idea untuk suai padankan kasut putih dengan seleksi pakaian anda, ikuti tip yang MASKULIN kongsi di bawah.
SELUAR PENDEK
Shorts adalah antara pilihan yang paling mudah untuk padanan dengan kasut putih. Namun kadangkala ia juga agak sukar untuk diserlahkan untuk nampak menarik. Apa penyebabnya?
Pilihan kasut terutamanya sneakers yang baik menjadi peranan penting. Untuk dipadankan dengan shorts pilihlah sneakers putih yang dipakai dengan stoking tidak kelihatan dan jenis low-cut.
JEAN HITAM
Padanan hitam dan putih sememangnya sejak zaman-berzaman menjadi pilihan ramai. Umpana ‘ying dan yang’ kedua warna kontras ini saling melengkapi. Seluar jean yang hitam boleh dipadankan dengan kasut putih bagi menyerlahkan ketinggian pemakainya.
Padanan warna monokrom ini juga boleh digayakan pada waktu siang dan malam. Dan ia adalah padanan sempurna untuk majlis santai.

BACA: Kaca Mata Hitam & Jenis Bentuk Bingkai Sesuai Untuk Gaya Menyerlah
SELUAR CHINOS
Penggayaan yang agak sukar untuk digayakan namun jika kena caranya pasti ramai yang cemburu dengan penampilan anda. Gaya yang diinspirasikan dari budaya sub Amerika moden ini menyerlahkan sisi anda yang lebih relaks dan out going.
Seluar chinos dengan potongan jogger merupakan antara padanan sesuai dengan kasut putih. Untuk nampak lebih serius, pakailah jaket atau hoodie untuk persona lebih urban.
SELUAR JEAN SKINNY
Antara gaya potongan seluar yang masih relevan hingga kini. Namun biarlah sesuai dengan bentuk jenis badan anda agar tidak kelihatan pelik menggayakan jean potongan ini. Serlahkan gaya ‘rebel’ atau punk rock dengan skinny jeans yang dipadankan dengan sneakers putih.
Jika ingin nampak lebih sofistikated, pemilihan jaket denim atau kulit mampu menyerlahkan sisi maskulin anda.
PADANAN DENGAN SUT
Ia seakan padanan dari duan dunia berbeza. Namun percaya atau tidak padanan sut bersama sneakers putih boleh menjadi gaya yang cukup menarik.
Untuk ke majlis formal yang lebih santai anda boleh memilih sut dua butang dengan potongan slim dipadankan dengan sneakers low cut putih bersih. Material kasut dari kulit juga amat sesuai bagi imej lebih premium.
Jangan lupa untuk ikuti IG MASKULIN untuk update trend dan fesyen terkini lelaki.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
5 Bentuk Badan Yang Lelaki Kena Tahu Agar Mudah Anda Pilih Pakaian!

Sebelum nak berpakaian, pastikan anda tahu bentuk badan terlebih dahulu. Ini penting agar anda mudah memilih pakaian yang sesuai dengan bentuk badan, sekali gus tampil segak dan bergaya.
Bentuk badan lelaki terdiri daripada lima jenis iaitu rhomboid (kadang-kadang dirujuk sebagai trapezoid), segi tiga terbalik, segi empat tepat, segi tiga dan bujur (oval). Bila dah tahu bentuk badan, baru mudah untuk anda tahu apa yang boleh pakai dan tidak boleh dipakai.
1. BENTUK SEGI TIGA (TRIANGLE)
Bentuk badan segi tiga ialah mempunyai bahu dan dada yang sempit berbanding bahagian pinggang dan pinggul. Ini akan membuat anda kelihatan lebih besar pada bahagian bawah tubuh. Dengan bentuk badan segi tiga, anda perlu memberi tumpuan untuk memperbaiki ketidakseimbangan yang diwujudkan oleh bahagian bawah kerana ia lebih besar daripada bahagian atas badan.
Cara berpakaian:
Boleh:
– Pakai single-breasted piece dan gayakan dengan butangkan dari bawah untuk selaraskan tubuh anda.
– Gunakan blazer berstruktur dan jaket untuk memberi bentuk ke garisan bahu.
– Pilih warna yang lebih terang di bahagian atas tubuh bersama jumpers.
– Gayakan pakaian yang berjalur menegak untuk menyeimbangkan bentuk tubuh anda.
Jangan:
– Pakai jalur mendatar di bahagian perut. Cuba jalur yang menegak.
– Pakai t-shirt polo mengurangkan lebar pada bahu anda.
– Pakai skinny, trousers atau jeans yang lebar kerana ia akan meluaskan kawasan tengah badan anda.
BACA: Ramai Tak Tahu, Rupanya 10 Cara Berpakaian Yang Lelaki Selalu Buat Ini Salah!
2. BENTUK BUJUR (OVAL)
Bentuk tubuh ini menampakkan bulatan di kawasan perut. Ini sering menyebabkan bahu sempit dan kelangsingan di kaki lebih rendah. Penting untuk anda memberi tumpuan dengan memanjangkan tubuh badan anda dan melebarkan bahu untuk membuatkan keseluruhan bentuk badan jadi lebih seimbang.
Cara berpakaian:
Boleh:
– Pakai jalur menegak dan pinstripes agar anda kelihatan memanjang.
– Pastikan kaki seluar dan baju lengan panjang adalah bersesuaian dengan betul.
– Pakai cetakan terperinci atau bertekstur dalam warna-warna gelap.
– Memakai seluar sendat yang membantu memanjangkan kaki.
Jangan:
– Pakai pakaian corak jalur mendatar.
– Pakai tali pinggang yang berwarna terang, kerana ini hanya akan menarik perhatian kepada bahagian yang paling luas terutamanya di bahagian perut anda.
– Pakai leher kowl, baju polo, atau crew neck yang lebar.
– Pakai dua lapisan jaket yang dada terbuka.
– Pakai kasut dengan tunggal putih(white sole) atau trim kerana ini akan memendekkan bentuk kaki anda.
– Tidak kira apa bentuk anda sekalipun, anda jangan rasa anda masih tidak sempurna, semuanya cantik dan masing-masing bentuk dapat menghasilkan gaya yang menarik jika anda pandai gayakannya. Jangan takut untuk bergaya untuk anda nampak lebih hebat ya!
BACA: 5 Jenis T-shirt Wajib Ada Dalam Almari Pakaian Lelaki, Barulah Nampak Stailo!
3. BENTUK SEGI TIGA TERBALIK
Bentuk badan V atau segi tiga terbalik ini mempunyai bahu luas dan dada tetapi pinggul dan pinggang yang kecil. Fikirkan Michael Phelps, hanya mungkin tidak dengan saiz 14 kaki. Dengan bentuk badan ini, ia adalah amat penting untuk memberi perhatian kepada ketidakseimbangan antara badan atas dan bawah.
Cara berpakaian:
Boleh:
– Pakai t-shirt Breton berjalur; walaupun klasik dalam bergaya, ia juga adalah sesuai untuk seorang lelaki dengan bentuk badan ini, terutamanya jika jalur memberi tumpuan di sekitar perut dan bukan dada.
– Tambahkan tali pinggang untuk fokus di bahagian pinggang, di samping dapat menarik perhatian pada bahagian ini.
– Pilih baju leher-V dan jumpers kerana ia dapat memberi tumpuan ke bawah tanpa mengambil perhatian dada anda.
– Cuba gayakan dengan seluar bercetak. Ia memberi tumpuan di bahagian bawah badan anda.
Jangan:
– Pakai skinny cut trousers atau seluar jeans kerana ini akan menarik perhatian kepada ketidakseimbangan badan anda. Jadi pilih jenis slim-cut sahaja.
– Pakai jaket berstruktur dengan bahu padding atau wide lapels. Ini akan lebih menekankan kawasan yang paling luas.
4. BENTUK SEGI EMPAT SAMA
Cara berpakaian:
Boleh:
– Pakai blazer berstruktur yang empuk di bahu manakala sempit di ketiak. Mencari bentuk ideal ini adalah sukar, jadi minta tukang jahit anda jahitkan ke dalam bagi bahagian jaket anda dan lengan jaket itu untuk kecilkan.
– Lapiskan pakaian anda- kemeja dan jumpers boleh digunakan untuk meluaskan dada, terutamanya dengan memakai jumpers yang fit .
Cuba pakai jenis leher bulat untuk menarik perhatian bahagian atas tubuh anda.
Jangan:
– Pakai dua lapis jaket dada terbuka- ini akan menyerlahkan lagi bentuk badan segi empat tepat anda.
– Pakai pakaian cetakan yang meniru bentuk segi empat tepat anda seperti t-shirt fotografi.
– Memakai warna blok.
BACA: Ini 8 Jenis Kasut Lelaki Perlu Tahu, Pastikan Jangan Tersalah Pakai!
5. BENTUK RHOMBOID
Bentuk badan rhomboid mempunyai bahu dan dada luas serta pinggul dan pinggang yang agak sempit sedikit. Oleh kerana bentuk badan atas dan bawah seimbang, agak mudah untuk anda berpakaian. Oleh kerana bentuk badan jenis ini mudah untuk berpakaian, bolehlah anda cuba bereksperimen dengan mencuba corak berani atau bentuk yang berbeza seperti ini.
Sumber: The Idle Man
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
‘Nak Makan Mana?’ Lebih Sukar Dari Soalan SPM. Ini Sebab Kenapa Soalan Ni Susah Nak Jawab

Soalan ni sering menjadi tanda tanya kepada sesiapa sahaja di dalam dunia ni. Tambahan bila nak makan bersama kawan-kawan, soalan yang paling susah nak jawab. Lagi susah dari soalan exam. Lepas tu bila semua orang dah tak boleh nak decide makan mana, mesti driver akan buat keputusan sendiri. Bila dah sampai kedai makan pasti akan ada yang bersuara “alaaa kenapa makan sini?” tadi bila tanya tak ada sesiapa pulak request nak makan mana kan? Lepas tu, ada juga yang jawab “mana-mana pun boleh” end up, kedai makan yang di pilih tidak menepati citarasa.
Menurut kajian, perkara ini timbul kerana terdapat pelbagai pilihan dalam waktu yang singkat. Barry Schwartz menerangkan Paradix of Choice (PoC) dengan tiga konsep mudah.
- Kelumpuhan minda (mind paralysis) bila saat nak buat pilihan
Satu eksperiment di jalankan di sebuah pusat membeli-belah, dalam 1 kedai ada terjual 24 jenis jelly, pelanggan bebas untuk mencuba ke semua jelly tersebut dan membuat pilihan. Namun esoknya, penjual tersebut masih menjual dengan konsep yang sama, cuma telah disingkatkan kepada 6 jenis perisa sahaja, dan jualan naik pada hari tersebut. Disini berlakunya inner mind paralysis. 24 jenis perisa membuatkan pelanggan tidak dapat memilih mana yang terbaik, jadi mereka tidak membeli, namun dengan 6 perisa, lebih mudah mereka membuat keputusan.
- Pilihan yang banyak membuatkan keputusan kita menjadi lemah
Cuba kita kaitkan dengan pilihan pasangan hidup, mesti nak yang tinggi, kulit cerah, suka memasak. Tapi bila kita dah berkenan dengan seseorang tu, walaupun dia tidak memenuhi ciri-ciri yang kita nak, pun takpe kan? Ini kerana 2-3 ciri yang kita nak tu sudah cukup dalam hidup kita. Jadi bila nak ditanya makan mana, dalam kepala otak kita mula ligat nak portion banyak lah, waiter hensem/cantik lah. Servis kena cantik la. Ini akan menyebabkan seseorang itu akan sukar untuk membuat keputusan, dan akhirnya makan jugak kedai yang sama.
- Plihan yang lebih banyak akan timbulkan rasa tidak puas hati dalam diri kalau tersalah pilih
Ini antara yang bermain sepanjang tempoh soalan “nak makan mana” kalau pergi kedai A, tak sedap, Kedai B pilihan tak banyak. Hakikatnya, kedai makan yang paling menepati citarasa kita memang tak akan jumpalah sampai bila-bila. Ingat makan untuk hidup bukan hidup untuk makan.
Nak pilih kedai makan ni tak susah sebenarnya, anda cuma perlu listkan 3 kedai makan terbaik untuk anda anda pilih paling sesuai untuk anda makan bersama kawan-kawan anda. kedai tersebut mestilah dekat dengan anda, kenyang, dan sedap. cukup! tak perlu fikir panjang-panjang, nanti jadi kes jelly pulak. Lepas ni tak tunggu “berjanggut” untuk dapat jawapan dari soalan “nak makan mana?”
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI