Untitled design (11)

Kali pertama ia mula dipertontonkan kepada penggemar sneakers seluruh dunia pada Disember tahu lalu, Dior x Air Jordan 1 High OG menjadi sneakers paling tular di laman media sosial.

Ia mula menjadi bahan perbualan utama terutamanya di kalangan penggemar sneakers dan juga fesyen secara amnya.

Kini kita diberi peluang untuk melihat secara lebih terperinci sneakers yang dikatakan bakal menjadi item terhangat tahun 2020 rekaan Kim Jones.

IKLAN

Pandang Pertama Edisi Terhad Dior x Air Jordan 1 Low

Mengimbau kembali, ia pertama kali dipertontonkan di pentas peragaan pada pertunjukan Dior Men pre-fall 2020 berlangsung di Miami, Amerika Syarikat. Sebulan kemudia jurugambar terkenal, Karl Hab berkongsi beberapa foto menunjukkan versi low-top Dior Jordans di Instagram ketika berlangsungnya Dabiel Arsham di Paris.

IKLAN

Pandang Pertama Edisi Terhad Dior x Air Jordan 1 LowPandang Pertama Edisi Terhad Dior x Air Jordan 1 LowSama seperti versi Dior Air Jordan 1 High OG, versi cutting lebih rendah ini mempunyai corak sama dengan warna grey Dior dan krim.

IKLAN

Dikhabarkan versi low-cut ini lebih limited dengan hanya 4,700 pasang dihasilkan manakala versi asalnya pula hanya 8,500 pasang.

Kedua-dua versi Dior x Air Jordan 1 ini dijangka bakal dikeluarkan pada bulan April 2020 dan hanya boleh didapati di butik terpilih Dior di seluruh dunia. Mungkin inilah sneakers paling hype untuk tahun 2020.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI