Bagi penggemar sneakers terutamanya dari jenama adidas Originals, silhoutte Stan Smith merupakan rekaan klasik yang wajib ada dalam koleksi mereka.
Kasut yang dihasilkan untuk pemain tenis pada era 1960-an kini menjadi antara sneakers ikon terutamanya buat penggemar fesyen. Malah rekaannya dianggap tidak lekang dek zaman dan sentiasa relevan.
Terbaru pereka fesyen hi-end streetwear Nigo menerusi jenamanya Human Made tampil melakukan kolaborasi bersama adidas menghasilkan sneakers Stan Smith x Human Made.
Tiada perubahan besar yang dapat kita lihat menerusi rekaan kolaborasi ini. Tiga belang kecil di bahagian tepi kasut diganti dengan lubang berbentuk ‘love’. Begitu juga pada bahagian luarnya dengan lubang tebukan ‘love’ yang sangat sinonim dengan jenama Human Made.
Sentuhan daripada pereka Jepun ini dijangka akan mendapat sambutan yang baik daripada penggemar kedua-dua jenama. Walaupun rekaan secara keseluruhannya tidak banyak yang berubah namun dengan namanya yang berpengaruh rekaan ini dijangka akan menjadi buruan ramai.
Ia dijangka dikeluarkan pada penghujung bulan Januari dengan kuantiti yang cukup terhad.
Foto: adidas
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI