Ada satu rasa romantisme yang tak dapat diucapkan dengan kata-kata bila berbicara tentang motosikal berkuasa tinggi dan jenama dari Itali, Ducati.
Sejak berdekad lamanya nama jenama Ducati cukup mesra di hati setiap penggemar kenderaan beroda dua ini. Maka tidak hairanlah setiap keluaran atau model yang diperkenalkan akan sentiasa menjadi bualan hangat peminat motosikal.
Minggu lalu Ducati telah ‘mengusik’ peminatnya dengan beberapa foto teaser serta pengumuman tentang model istimewa edisi terhad, Panigale V4 25th Anniversario 916.
Menariknya model yang benar-benar istimewa ini hanya dikeluarkan sebanyak 500 unit sahaja di pasaran dan sekali gus bakal menjadi hot item yang pasti menjadi idaman ramai peminat motosikal terutamanya penggemar Ducati.
Ads
KELUARAN ULANG TAHUN
Ia dijangka dikeluarkan di pasaran bermula pada bulan Oktober tahun ini. Pengenalan edisi terhada ini bersempena dengan sambutan ulang tahun model Ducati 916 yang ke-25.
Model legenda ini direka oleh Massimo Tamburini pada tahun 1994 dan pernah memenangi sehingga 120 perlumbaan, 8 gelaran pengeluar dan 6 gelaran juara kejohanan. Ini terutamanya ketika era di mana ia ditunggang oleh Carl Fogarty.
Mungkin peminat Ducati sendiri terntanya-tanya pakah keistimewaan model yang benar-benar terhad ini? Edisi Panigale V4 25th Anniversario 916 ini dikatakan menggunakan asas daripada model V4 S. Namun pada bahagian hadapannya ia merupakan idea atau komponen dari model V4 R.
Ia juga dilengkapi dengan enjin dari unit V4 Stradale dengan enam kelajuan, klac slipper kering di mana ia mampu mengeluarkan sehingga 214 kuasa kuda pada bacaan 13,000 rpm dan 124 Nm tork pada 10,000 rpm.
Ads
Antara ciri-ciri istimewa lainnya pula ialah rim magnesium yang diperkuar Marchesini, top yoke yang diukir dengan nombor nengeluaran edisi khas, komponen gentian karbin, ekzos titanium Akrapovic dan suspensi unit elektrik daripada Ohlins.
Harga yang diumumkan untuk pasaran di Eropah bermula dari EUR41,00 (RM194,000) manakala untuk keluaran yang kelima pula akan dilelong dalam satu acara khas bagi memperibgatu Carlin Dunne yang meninggal dunia baru-baru ini dala perlumbaan di Pikes Peak.
Adakah deruman bunyi ekzosnya boleh kita dengar di jalan raya di Malaysia? Sama-sama kita tunggu. Ducati Panigale V4 25th Anniversario 916 bukan sahaja produk automotif semata tetapi membawa indikasi hasil kerja seni bertaraf tinggi.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Triumph mendedahkan video teaser model Bonneville Speedmaster baharu yang bakal dilancarkan pada 3 Oktober depan.
Tidak banyak maklumat yang didedahkan pada video berdurasi 26 saat itu. Hanya tertera beberapa perkataan antaranya ‘British attitude’, ‘classic custom style’ dan ‘classic leading capability’. Latar belakang video berkenaan secara samar-samar menunjukkan bahagian enjin, lampu depan dan imej penuh model tersebut.
Berdasarkan video pendek itu, dapat dilihat Speedmaster baharu masih mengekalkan ekzos yang panjang dan berada dalam posisi yang rendah.
Selain itu, bahagian enjin juga seakan menggunakan jana kuasa lebih besar. Mungkin pihak Triumph akan menggunakan enjin yang ada pada Thruxton dan Bobber.
Untuk makluman, Speedmaster bukanlah nama baharu. Produk berkenaan berada dalam rangkaian Triumph sejak 2002. Speedmaster yang asal dijana oleh enjin 790cc yang kemudiannya ditingkatkan menjadi 865cc pada 2005.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Apabila bercakap tentang kenderaan hibrid, soalan yang sering diajukan ialah penyelenggaraan dan jangka hayat bateri hibrid serta kos.
Justeru itu demi ketenangan minda pemilik, berikut perkara utama yang perlu anda ketahui tentang penyelenggaraan bateri hibrid bagi model baharu City Hybrid dan Jazz Sport Hybrid i-DCD yang ditawarkan oleh Honda Malaysia:
1) Honda Malaysia menawarkan waranti lapan tahun bagi bateri litium-ion tanpa had perbatuan.
2) Bateri berkenaan direka bagi tempoh jangka hayat kenderaan.
3) Setakat ini, kes berkaitan penukaran bateri hibrid baru adalah rendah. Data yang dikeluarkan oleh pihak Jepun, hanya 0.103 peratus nisbah penukaran bateri daripada 256, 565 unit Honda Fit Hybrid (Honda Jazz) sejak dikeluarkan September 2013.
4) Pengguna tidak perlu bimbang, harga jualan bateri hibrid Honda boleh dikatakan termurah berbanding pesaingnya. Sekiranya bateri tersebut perlu diganti selepas berakhirnya tempoh waranti, harga jualan bateri hibrid berkenaan ialah RM5, 513.
5) Demi ketenangan minda pemilik, tiada caj buruh dikenakan dalam tempoh enam kali servis setiap selang 20,000 penyelenggaraan yang diselang selikan dengan servis berbayar.
6) Untuk makluman, tiada servis khusus diperlukan untuk menyelenggara kereta hibrid. Proses servis sama seperti model Honda yang lain.
7) Selain daripada harga jualan kereta hibrid yang kompetitif, pihak Honda Malaysia juga menyatakan kos penyelenggaraan juga adalah berpatutan. Dalam tempoh lima tahun, kos penyelenggaraan bagi model City Hybrid dan Jazz Sport Hybrid hanyalah RM2, 867.96.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Sewaktu kecil, pasti ramai yang kagum dan teruja apabila ternampak motosikal berkuasa tinggi melintasi atau berselisih dengan kita, baik di jalan raya atau di lebuhraya.
Si bikers kental, gelaran buat penunggang motorsikal berkuasa tinggi namun di Malaysia anda perlu anda lesen B penuh bagi mematuhi undang-undang.
Ini berita baik untuk anda semua!
Lesen B penuh, bermula 1 Oktober
Pemegang Lesen Memandu Malaysia (LMM) kelas B1 dan B2 selama lebih 10 tahun akan layak menyertai program peralihan khas untuk mendapatkan lesen B penuh, bermula 1 Oktober depan.
Lesen B2
Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, berkata pemohon bagaimanapun perlu memenuhi syarat ditetapkan, antaranya menghadiri dan lulus program peralihan serta penyesuaian ke kenderaan motosikal berkuasa 500cc ke atas di institut memandu (IM) dengan kos yuran sebanyak RM160.
Beliau berkata, pemohon perlu menjalani program amali penunggangan, informasi pemanduan selamat dan informasi pengoperasian motosikal berkuasa besar, untuk tempoh dua jam sahaja.
“Melalui program amali itu, pemohon mesti mendapatkan pengesahan tahap keupayaan mengendalikan motosikal berkuasa besar oleh ‘Qualified Training Officer’ (QTO) di IM.
Wah, dah boleh tengok dan pilih model motosikal berkuasa tinggi ke ni?hehe