Sudah banyak kes berlaku di mana individu terpaksa dikejarkan ke hospital akibat rasa lapar yang melampau hingga tiada tenaga. Semuanya berpunca daripada rejim diet yang radikal dan keterlaluan. Berlapar dan hanya makan makanan yang tidak memberikan tenaga untuk badan berfungsi dengan normal. Oleh itu, kita haruslah pandai dalam memikirkan soal tersebut.
Ada banyak beza di antara nafsu makan dan juga lapar.
Nafsu makan itu kemahuan yang membuak-buak untuk makan tanpa ada had dan juga jenis makanan. Manakala lapar pula adalah rasa semula jadi apabila perut kita kosong dan memerlukan makanan untuk tenaga. Harus pandai buat keputusan.
Andai kata sukar untuk mengawal rasa lapar hingga bertukar menjadi nafsu makan, anda boleh cuba beberapa langkah berikut.
Terdapat kajian dilakukan British Journal of Nutrition yang mendapati jika seseorang bersarapan dengan mengambil protein, lemak dan karbohidat cukup, maka perut akan rasa kenyang dengan lebih lama. Jadi secara tak langsung makan tengahari dan malam anda tidak akan jadi keterlaluan. Sebab itulah sarapan dianggap waktu makan paling penting.
Apa ata anda mula makan sesekali setiap empat jam sekali. Mengatur waktu makan seperti ini mampu membantu badan mengawal kandungan gula dalam darah dan tenaga. Dan ia boleh kawal rasa lapar keterlaluan yang boleh membibitkan nafsu makan.
Pilihlah makanan dari jenis sayuran, buah atau kacang-kacangan yang banyak mengandungi serat dan air.
BACA: Ini Beberapa Langkah Pencegahan Untuk Hindari Ibu Bapa Dari Bahaya Wabak
Pengambilan serat juga boleh membantu perut lebih rasa kenyang dengan cepat dan tahan lama. Ini kerana badan anda akan memproses makanan yang berserat lebih lambat dan membantu anda kenyang lebih lama.
Makanan berserat untuk setiap hari juga dapat mengurangkan risiko diabetes dan penyakit jantung.
a) Makan dalam kuantiti Sedikit
• Anda tidak lapar tetapi makanan kesukaan anda membuatkan anda tidak dapat menahannya. Keadaan ini boleh ditangani dengan membahagikan makanan tersebut dalam jumlah yang kecil.
• Inilah cara yang paling efektif dan pandai kerana anda masih lagi boleh menikmati makanan kesukaan dalam jumlah hidangan yang lebih kecil.
b) Catat makanan yang dimakan
• Ya, cara ini boleh membuatkan anda sentiasa ingat semua makanan yang diambil. Ini akan membuatkan anda lebih beringat untuk tidak makan secara berlebihan dan menurutkan nafsu semata.
• Anda juga boleh memasukkan dalam senarai makanan yang kaya dengan vitamin dan mineral seperti sayuran dan buahan untuk membantu menjaga kesihatan anda.
c) Elak bekas trasparen
• Bekas makanan yang kut sinar boleh menggoda anda untuk makananan dinikmati. Menurut International Journal of Obesity di Amerika, wanita akan makan 71 peratus lebih banyak jika menggunakan bekas mudah telus.
• Jadi, untuk mengurangkan nafsu makan, gunalah bekas makanan yang tertutup.
Semoga perkongsian ini mampu memberikan manfaat buat anda semua. Ikuti YouTube MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah!